Get me outta here!

Thursday, 28 November 2013

Kencing Manis Semasa Hamil

Kencing manis semasa hamil atau dikenali sebagai Diabetes Gestasi. Ia merupakan kencing manis yang dihidapi semasa kehamilan. Anggaran 2-14% wanita hamil diserang penyakit ini.

Diabetis terjadi apabila badan tidak dapat menghasilkan insulin secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dna membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. Semasa kehamilana, badan akan menghasilkan lebih banyak insulin untuk memenuhi keperluan bayi. Jika badan anda kekurangan insulin, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan berisiko menghidap Diabetis Gestasi.

Ibu hamil yang menghidap Diabetes Gestasi biasanya akan pulih selepas melahirkan, berbeza dengan penyakit diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Antara tanda-tanda anda penghidap Diabetes Gestasi:

⌛ Keletihan

⌛ Cepat dahaga

⌛ Kerap buang air kecil

⌛ Penglihatan kabur

Kegagalan untuk megawal kandungan gula dalam darah akan menyebabkan ia merentasi plasenta dan mendatangkan risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas dilahirkan seperti kandungan gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Manakala bayi yang dilahirkan oleh ibu diabetes didapati cenderung kepada obesiti dan diabetes jenis 2 di kemudian hari.

Siapa yang berisiko terdedah kepada Diabetes Gestasi?

✎ Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 30

✎ Pernah melahirkan bayi besar denga berat 4kg atau lebih

✎ Pernah menghidap Diabtest Gestasi sebelum ini

✎ Mempunyai sejarah keluarga penghidap kencing manis

Diabetis-Semasa-Mengandung

SET KEHAMILAN SHAKLEE yang boleh membantu ibu-ibu penghidap Diabetes Gestasi ini:

° ESP - Kandungan Indeks Glisemik yang rendah iaitu 39, sangat membantu untuk mengawal paras gula dalam darah. Untuk waanita hamil, ia sangat digalakkan kerana dapat menjadikan ibu kekal bertenaga, membekalkan kalsium untuk ibu dan anak, merendahkan paras kolesterol, mengekalkan kesihatan jantung dan banyak lagi.

° B COMPLEX - Mengandungi kesemua 8 komponen vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin). Rumusan B12 memainkan peranan untuk mengelakkan diabetes. Manakala Asid Folik amat penting bagi memastikan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Asid folik juga dapat membantu merangsang pengeluaran susu ibu!

° Performance Drink  - Merupakan minuman isotonik yang mengelakkan kita dari terhidrasi. Ia juga dapat mengekalkan paras gula dalam darah yang penting untuk tenaga otot dan penyembuhan luka.

Harga?? Pastilah yang berbaloi aje...

Sebarang pertanyaan boleh kemukakan dengan cara berikut:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.Com

Tuesday, 26 November 2013

Keputihan Semasa Hamil

Sering mendapat soalan dari bakal-bakal ibu yang bimbang kerana dijangkiti keputihan sepanjang kehamilan. Bahayakah keputihan semasa hamil?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Keputihan yang normal adalah lelehan faraj bersifat cair dan bewarna putih seperti susu. Perkara normal bagi wanita hamil yang mengalami lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa. Sekiranya anda mengalami perkara seperti berikut, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan sewajarnya.

➤ Pekat dan bewarna krim seperti keju
➤ Gatal, sakit atau kemerahan di dalam faraj atau sekelilingnya termasuk punggung
➤ Sakit ketika mmbuang air kecil
➤ Sakit apabila bersama suami

Bagaimana keputihan dijangkiti?

Jangkitan semasa hamil adalah perkara biasa. Keputihan disebabkan kulat mikroskopik atau yis yang digelar candida albicans. Kulat ini ada dalam setiap tubuh manusia. Secara umumnya, ia adalah sebahagian dari sistem penghadaman manusia, dan dikawal oleh bakteria dalam badan. Biasanya ia hidup dalam daraj manusia tanpa memudaratkan anda.

Namun, masalah timbul apabila terdapat ketidakseimbangan antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam sistem tubuh kita. Anda berkemungkinan untuk dijangkiti keputihan sekiranya:

➤ Hamil. Semasa hamil, faraj mengandungi kandungan gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, yang menggalakkan pertumbuhan kulat

➤ sering memakai pakain ketat atau yang diperbuat daripada kain sintetik seperti jeans atay seluar dalam nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pembiakan kulat

➤ Ada mengambil antibiotik. Antibiotik mengganggu keseimbangan mikro-organisme baik dan jahat dalam tubuh manusia

➤ Menggunakan buih mandian yang berbau wangi atau pantyliner yang beraroma

➤ Anda menghidapi kencing manis atau diabetis gestasi yang tidak dikawal dengan baik

RAWATAN DI RUMAH

1) sapukan yogurt asli dengan bakteria hidup di dalam dan sekeliling faraj

2) pakai seluar dalam kapas, seluar longgar atau kain

3) jangan berendam dalam tab mandian panas terlalu lama, kerana persekitaran lembap dan hangat adalah persekitaran terbaik untuk pembiakan kulat

4) Elakkan buih mandian dan pantyliner beraroma

5) Lap alat sulit anda sehingga benar-benar kering selepas ke tandas

6) Pastikan faraj anda cukup basah sebelum bersama suami

Adakah keputihan berbahaya kepada bayi?

Jawapannya tidak. bayi anda dilindungi laposan uterua dan tidak terjejas sama sekali. Namun jika anda dijangkiti semasa proses bersalin, bayi anda berisiko untuk dijangkiti semasa dia melalui faraj untuk keluar dari rahim.

Jika bayi yang baru lahir dijangkiti keputihan, anda boleh lihat ada tompokan putih di mulutnya. Sekiranya anda menyusu badan, ibu dan bayi perlu dirawat segera kerana keputihan ini boleh merebak ke payudara melalui mulut bayi.

>>>
Bagi wanita yang tidak hamil dan mengalami keputihan, adalah disarankan untuk mengamalkan Alfalfa kerana ia merupakan raja segala tumbuhan serta bertindak seakan kacip fatimah dan mampu merawat masalah keputihan.

20131126-173218.jpg

Sebarang supplement Shaklee boleh berhubung dengan saya:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.Com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tuesday, 12 November 2013

Kopi Dan Kesuburan

Apa perkaitan amalan meminum Kopi atau Kaffein dengan kesuburan?

Amalan meminum kaffein harus dihentikan bagi lelaki dan wanita.
Beberapa kajian telah dilakukan dan mereka mendapati wanita yang yang minum lebih dari satu cawan kopi sehari akan mengalami kesan ketidaksuburan sebanyak 50 peratus.
Kajian itu dijalankan pada tahun 1999 terhadap 100 orang wanita yang tidak mengamalkan minum kopi berbanding dengan wanita yang minum kopi.
hot-coffee
Mereka mendapati wanita yang tidak minum kopi mempunyai kebarangkalian untuk hamil seanyak 26.9 dalam 100 kitaran haids, sementara peminum kopi pula sebanyak 10.5 kehamilan dalam 100 kitaran haid. Kajian lain menunjukkan wanita yang mengamalkan 300mg kafein atau lebih, mempunyai kebarangkalian untuk hamil yang lebih rendah. Oleh itu bagi wanita yang ingin hamil harus meninggalkan pengambilan kaffein. Semakin banyak wanita itu minum kopi dalam sehari, semakin rendah kebarangkaliannya untuk hamil.
Kajian yang dilakukan di Denmark terhadap 423 pasangan telah menyokong kajian sebelumnya. Kajian lengkap ini telah mengambil kira faktor berat wanita, pengambilan alkohol, penyakit dalam sistem pembiakan, kualiti air mani suami dan kitaran haid wanita itu.
Bagaimana kaffein boleh menyebabkan ketidaksuburan? Satu kajian pada 2005 yang telah dikeluarkan dalam ‘Journal Diabetes Care’ menunjukkan pengambilan kaffein telah menyumbangkan kepada masalah ‘insulin resistance’. Insulin resistance bermakna insulin tidak dapat digunakan dengan berkesan ketika pembakaran gula untuk menghasilkan tenaga. Ini menyebabkan banyak gula yang tidak ’dibakar’ di dalam darah. Selain itu insulin resistance menghalang proses ovulasi (pengeluaran ovum dari ovari).

Jadi apabila seorang wanita itu mengalami obesiti, endometriosis dan PCOS, pengambilan kaffein akan memburukkan keadaan. Banyak kajian mendapati kafein meninggikan tahap hormon estrogen dalam darah sehingga menyebabkan ketidaksuburan. Kajian lain menunjukkan wanita yang mengambil 200 mg atau lebih kaffein dari kopi, teh, soda, minuman coklat boleh menyebabkan keguguran.

Sekian untuk renungan