Friday, 20 June 2014
Antara Menu Yang Boleh Membawa Maut!!!
Posted by Unknown on 6/20/2014 04:11:00 am with No comments
Orang panggil Malaysia sebagai Syurga Makanan. Mana taknya, segala jenis makanan dari seluruh pelusuk dunia boleh didapati di sini. Makanan tempatan sendiri dah terdiri dari pelbagai jenis kaum, Melayu, India, Cina, Kadazan, Minang, Jawa dan macam-macam lagi.
Akan tetapi, tahukah anda berapa nilai kalori yang masuk ke dalam tubuh kita semasa menjamah makanan tersebut?
APA ITU KALORI?
Kalori adalah satu unit tenaga untuk tubuh badan. Kalori adalah sumber tenaga yang diperlukan untuk bergerak. Sama seperti minyak petrol yang digunakan untuk menggerakkan sebuah kereta. Tanpa kalori yang cukup, jantung akan susah untuk mengepam, paru-paru susah nak berfungsi, dan otak tak dapat digunakan.
Kalori sangat penting untuk tubuh badan manusia berfungsi dengan sempurna. Namun, ramai yang beranggapan kalori adalah sesuatu yang 'jahat' yang ada dalam makanan dan boleh menyebabkan kegemukkan. Ia salah sama sekali. Tubuh badan kita memerlukan kalori untuk tenaga, tapi jika nilai kalori yang masuk ke dalam tubuh kita berlebihan dari yang diperlukan, ia boleh membawa kepada obesiti dan masalah lain.
KETAHUI NILAI KALORI DALAM MAKANAN ANDA
Tahukah anda nilai kalori dalam setiap makanan anda? Jom kita semak..
Purata rakyat Malaysia akan mengambil
➢ Sarapan Pagi
1) nasi lemak (400 kcal), kopi O (60 kcal) JUMLAH 460 kcal
2) Sekeping roti canai kosong (200 kcal), teh tarik (140 kcal) JUMLAH 340 kcal
3) 2 jenis kuih-muih (cth: 1 ketul karipap (130 kcal) dan popiah goreng (130 kcal)), Nescafe susu (130 kcal) JUMLAH 390 kcal
Bayangkan seawal sarapan pagi kita telah mengambil antara 350-450 kcal dan belum lagi waktu tengah hari, minum petang dan makan malam.
Sumber: kalorimakanan.com
KESAN KALORI BERLEBIHAN
Pengambilan kalori yang berlebihan dari yang diperlukan akan menyumbang kepada faktor kegemukkan. Kalori yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak dalam badan. Namun, jika kalori yang diperoleh dari makanan kurang dari yang diperlukan oleh tubuh, lemak tadi akan digunakan semula sebagai sumber tenaga.
Selain itu, kegemukan juga berkait rapat dengan jumlah kalori yang diperolehi dan banyaknya tenaga yang dikeluarkan. Sebagai contoh, individu yang banyak menggunakan tenaga dalam rutin harian adalah kurang berlemak manakala individu yang kurang aktif lebih cenderung menjadi gemuk.
Kegemukan boleh membawa kepada beberapa penyakit kronik yang menjadi punca utama kematian. Sebagai contoh, penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, buah pinggang penyakit pundi hempedu, penyakit hait, rheumatik dan banyak lagi adalah antara penyakit yang dikaitkan dengan kegemukan.
AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT
Satu-satunya cara untuk mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Anda perlu peka dan tahu nilai kalori yang terkandung dalam setiap jenis makanan yang anda makan.
[caption id="attachment_1813" align="aligncenter" width="646"] Nilai kalori yang diperlukan setiap individu adalah berbeza[/caption]
MINUMAN SARAPAN YANG BERKHASIAT
Kerana itu, saya suka mencadangkan bagi pengamal-pengamal diet sihat untuk bersarapan dengan ESP dan Cinch Shake Mix sebagai 'meal replacement'.
ESP adalah ekstrak kacang soya non-GMO. Ia berindeks glisemik rendah iaitu 39. Makanan yang mempunyai GI yang rendah dapat memberikan rasa kenyang dengan cepat. Manakala jumlah kalori dalam setiap hidangan ESP (3 sudu besar) hanyalah 105 kcal sahaja. Bandingkan pengambilan nasi lemak (400kcal) dan ESP (105 kcal). Ini bermakna, ESP hanya mengandungi 1/4 nilai kalori nasi lemak. Jika ingin rasa lebih kenyang, boleh minum ESP bersama 2 keping roti putih. 2 keping roti putih mengandungi 156 kcal. Jumlah pengambilan kalori adalah adalah 261 kcal, masih sangat rendah berbanding nasi lemak.
Cinch Shake Mix juga merupakan 'meal replacement' yang berasaskan soya dan dapat memberikan rasa kenyang dengan cepat. Setiap 100g cinch shake mengandungi 380 kcal. Disarankan 2 scoops bagi setiap kali pengambilan sehari iaitu bersamaan 50gm. Bermakna jumlah kalori bagi setiap kali pengambilan adalah 190 kcal (380 / 100 * 50)
Jadi, jika saya bersarapan dengan 1 sudu besar ESP (35 kcal) dan 1 scoop Cinch (95 kcal), maka saya hanya mengambil 130 kcal sahaja. Cukup untuk keperluan tenaga yang diambil sebagai menu sarapan pagi yang berkhasiat.
Dengan pengambilan kalori yang terkawal, saya dapat mengelakkan lebihan lemak dalam badan seterusnya menghindarkan kegemukan dan penyakit-penyakit kronik yang lain. Jadi memang benarlah orang kata ESP dan Cinch tu boleh bikin kita kurus!
Ingin melihat testimoni-testimoni mereka yang berjaya? Klik DI SINI!
So, apa tunggu lagi?? Jom UBAH gaya hidup anda!
sms/whatsapp/wechat: 0192156963
Email: migshoppe@gmail.com
ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe
FB Fanpage: FamiliSihat.com untuk CHAT secara terus.
FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.
##COD KLANG/SHAH ALAM/KELANA JAYA
##Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment