Get me outta here!

Thursday, 19 June 2014

Bulan Pertama Bonus 4 Angka!!!

Kali ni nak bercerita tentang Empayar Shaklee saya yang semakin berkembang. Asik cerita pasal supplement, vitamin, penyakit aje... mesti bosan kan?!

OK, setelah setahun terjebak dengan Shaklee di bawah naungan Group Enermax yang diterajui oleh Master Farah dan Master Azri, maka lahirlah DreaMAX, empayar Shaklee kami yang kini mempunyai lebih 60 orang ahli.

be-your-oen-boss-banner

DreaMAX membawa erti IMPIAN bagi yang begitu besar. Usaha hingga ke tahap MAKSIMUM untuk merealisasikan IMPIAN kami. Setiap 60 orang ahli kami mempunyai IMPIAN besar yang berbeza. Kami tak takut untuk memasang impian atau kata pasarnya berangan kerana setiap angan-angan kami ada usaha yang tak pernah jemu.

BAGAIMANA SAYA BERMULA?

Detik perkenalan saya dengan Shaklee adalah selepas tamat tempoh berpantang anak yang sulung. Kebiasaannya, ibu-ibu yang baru bersalin ni akan sibuk dengan dunia penyusuan pulak. Begitulah juga saya. Bila cuti bersalin tamat dan dah mula masuk kerja, susu badan pun mula drop.. Mulalah mengugel info-info penyusuan di website. Hasil carian membawa saya ke blog MommyIskandar yang menceritakan kelebihan Set Penyusuan Shaklee. Dari situ bermulalah episod hidup saya dengan Shaklee hanya sebagai pengguna dan customer kepada Master Farah.

Terus terang saya katakan, seumur hidup saya belum pernah lagi saya menjebakkan diri dalam sebarang bentuk perniagaan samada online ataupun offline. Tapi saya tertarik apabila suatu hari terbaca satu post di FB Master Farah yang menawarkan peluang kebebasan kewangan (FREEDOM FINANCIAL) dengan Shaklee walau secara online sahaja. Mungkin atas dasar telah berkeluarga dan mempunyai anak (yang telah 3 tahun kami nantikan keahadirannya), ia membuka hati saya untuk mencuba. Apatah lagi tuntutan pekerjaan saya sebagai seorang Engineer di sebuah kilang elektronik antarabangsa yang memaksa saya pulang lewat sedikit sebanyak menjentik naluri keibuan saya.

BERMODALKAN RM75

Setelah diberi penerangan yang terperinci dan berbincang dengan suami (kena jugak dapatkan restu ;-) ) kami sepakat untuk mencuba. Berbekalkan modal hanya RM75 sahaja SEUMUR HIDUP, saya bergelar Shaklee Independent Distributor pada March 2013. Alhamdulillah..

TENDER RESIGNATION

Bulan Mei 2013, keinginan untuk berhenti kerja dan memulakan bisnes Shaklee semakin membuak-buak (sebenarnya ada faktor lain juga yang mendorong saya untuk resign). Dan akhirnya tanggal 21 Mei 2013 tamatlah perkhidmatan saya sebagai Engineer di kilang tersebut selepas 3 tahun. Berbaki 9 hari sahaja untuk ke penghujung Mei itulah saya pulun sehabis mungkin untuk mula berbisnes secara serius dan mengejar sales yang banyak ketinggalan dengan harapan saya dapat buktikan dengan Shaklee saya juga mampu dapat bonus besar untuk bulan depan (masa tu masih mentah dan belum tahu apa-apa lagi tentang 7 tangga dalam Shaklee yang menjadi rebutan ramai)

BULAN PERTAMA BONUS 4 ANGKA!!

ALhamdulillah, dengan tunjuk ajar mentor tersayang Master Farah, saya berjaya melengkapkan sale bulan Mei itu dengan jayanya. Dan tanpa disangka-sangka rupanya selain bonus 4 angka yang saya harapkan itu, saya juga dinaikkan pangkat dari Distributor kepada Supervisor. Wow!!! Pucuk dicita ulam yang datang. Sangat gembira dan saya merasakan semua itu berbaloi dan ia merupakan titik awal perjalanan saya dalam Shaklee.. Dan kini semakin jauh perjalanan saya dalam Shaklee, bonus semakin besar, motivasi semakin tinggi, dan paling penting keinginan untuk melihat orang lain berjaya seperti saya juga semakin meningkat, terutama para ibu dan surirumah seperti saya ni.

KENAPA SAYA MEMILIH SHAKLEE?

1) Of course sebab modal yang rendah. Hanya RM75 saya dah boleh mulakan bisnes saya dan jangan tak tahu, dalam masa sebulan saya dah dapat pulangan modal malah berlipat kali ganda lagi

2) Tak perlu simpan stok. Bagi individu seperti saya yang tiada modal besar memang sangat sesuai dengan bisnes seperti ini. Shaklee tak memerlukan kita untuk buat pinjaman ribu riban hanya semata-mata untuk beli dan simpan stok demi untuk mengejar point. Tugas pengedar hanya mendapatkan order dari customer dan selebihnya boleh dibuat secara online sahaja. Nampak tak berbezanya Shaklee dari syarikat MLM yang lain?

3) Semuanya atas talian. Seperti yang saya katakan di point no 2, segala urusan boleh dibuat secara online dari proses membuat pesanan produk, pembayaran hinggalah ke proses pengeposan. Segalanya diuruskan oleh pihak Shaklee sendiri. Kiranya pengedar ni dapat untung atas angin sahajalah tanpa perlu bersusah payah keluar duit, atau keluar ke pejabat pos. Hatta sambil memasak kat dapur pun boleh lagi nak submit order customer. Hehehe...

4) Aura Positif. Sepanjang tempoh saya bersama organisasi Shaklee bawah naungan Group Enermax, banyak aura positif yang saya dapat terutama dari mereka yang dah berjaya berada di puncak. Mereka menerapkan hati yang bersih untuk berniaga yang mana kita berniaga bukan untuk kaya tapi berniaga untuak bantu orang lain sihat. Sokongan dan motivasi yang diberikan memang tak pernah putus. Mentor-mentor kami tidak akan biarkan kami anak didik mereka hanyut dan tenggelam timbul dalam organisasi mereka. Kami tidak dibiarkan terkapai-kapai mencari arah, malah tangan kami dipimpin hingga kami ketemu jalan yang betul

5) Bisnes yang boleh diwarisi. Sungguh menarik bila kejayaan kita dalam bisnes ini boleh diwarisi oleh anak-anak kita. Maka tak sia-sia lah jerih payah kita mendakit tangga-tangga kejayaan kan.. Secara tak langsung, bila income bulanan dah mencecah 5 angka, duit simpanan untuk anak-anak pun pasti terjamin.

6) Bonus yang mengujakan. Selain bonus cash yang kita dapat tiap-tiap bulan hasil dari sale dan prestasi kepimpinan, kita juga akan dapat car bonus dan convention bonus mengikut kelayakan. Anda tentukan berapa income yang anda inginkan dan kedudukan rank anda dalam organisasi anda. Semakin tinggi usaha, semakin dekat harapan untuk mengecapi impian tersebut :)

7) Hanya dari rumah. Part ni paling saya suka bila bergelar WAHM (Work At Home Mother). Segala-galanya saya buat di rumah tanpa perlu meninggalkan anak walau sedetik. Bermula dari deal dengan customer, order barang, pembayaran dan pengeposan. Bila kemudahan internet ada segalanya jadi mudah.

work from home

Best kan?? Sebab tu lah kalau dilihat sekarang semakin ramai SID bak cendawan tumbuh lepas hujan. Masing-masing nak rebut peluang menjadi surirumah berpendapatan. Walaupun semakin ramai SID, namun bonus masih 4, 5 angka.. tak terjejas sikit pun.

Nak tahu tips nya? Jom jadi ahli dulu, saya akan bimbing anda from Zero to Hero!!

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

0 comments:

Post a Comment