Ada seorang hamba Allah yang dah 3 tahun mendirikan rumah tangga, namun masih belum dikurniakan zuriat lagi. Katanya dah pergi berurut dengan macam-macam bidan kampung.
Asal dengar ada bidan yang bagus je sanggup drive jauh-jauh. Supplement kesuburan jangan cakaplah.. semua produk dari yang murah hingga yang mahal semua dah cuba. Tapi rezeki masih belum berpihak pada mereka.
Pernah pergi check up dengan doktor pakar? "Belum lagi.." katanya. Takut katanya.. kalau boleh nak berubat cara kampung dulu.. <sigh>
Atas nasihat, mereka suami isteri pun pergilah berjumpa doktor pakar. Lepas sebulan, si polan ni bagitau saya... sebenarnya suaminya mengalami masalah jumlah sperma yang tidak mencukupi dan kurang sempurna.
Faktor penyebab
❥ Pra testikular - gangguan hormon menyebabkan testis (buah zakar) yang walaupun normal tetapi tidak terangsang atau mengalami masalah untuk menghasilkan sperma
❥ Testikular - kerosakan sel menyebabkan testis tidak dapat menghasilkan sperma yang sihat
❥ Post testikular - penghasilan sperma normal tetapi gagal ejakulasi
Ciri-Ciri Sperma Yang Normal
❥ Kuantiti - Bagi benih yang normal haruslah mengandungi lebih 15juta sperma per mililiter
❥ Kualiti - mempunyai kepala oval dan ekor panjang.
❥ Pergerakan - untuk mencapai dan menembusi telur, sperma mesti bergerak, berenang menerusi servik (leher rahim) wanita, uterus (rahim) dan tiub fallopio. Ini dikenali sebagai mortaliti. Anda mungkin paling subur jika lebih 40 peratus daripada sperma anda sedang bergerak.
Cara yang bagus untuk menghasilkan sperma sihat
❥ Amalkan seks yang sihat - ini bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia (disebabkan serangan sejenis bakteria) dan gonorea (kencing nanah)
❥ Makan diet sihat. Pilih buah dan sayuran kerana ia kaya antioksidan
❥ Kekalkan berat badan yang seimbang. Kebanyakan kajian mencadangkan obesiti memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, mengurangkan bilangan sperma dan pergerakan sperma
❥ Uruskan tekanan dan dapatkan tidur mencukupi. Perkara itu boleh mengurangkan fungsi seksual dan terganggu dengan hormon diperlukan untuk menghasilkan sperma
❥ Banyakkan pergerakan termasuk aktiviti fizikal dalam rutin setiap hari
❥ Pakai seluar dalam longgar
Makanan berkhasiat diperlukan dalam diet anda
❥ Zink - tahap zink meningkatkan kesuburan lelaki dengan ditunjukkan melalui peningkatan tahap sperma, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma lelaki dan mengurangkan ketidaksuburan
Sumber makanan - hati lembu, tiram, daging, biri-biri, daging rusa, bijan, biji labu, dadih, ayam Belanda, kacang hijau dan udang. Zink boleh rosak jika dimasak dan beberapa jenis makanan yang tinggi kandungan zink lebih baik dimakan mentah, misalnya daripada tumbuhan.
❥ Selenium - diperlukan untuk menghasilkan sperma. Kajian menunjukkan lelaki yang kurang kandungan sperma juga didapati mempunyai kandungan selenium yang rendah.
Sumber makanan : hati, ikan jenahak, ikan kod, ikan halibut, tuna, salmon, sardin, udang, cendawan butang dan ayam Belanda
❥ CoQ10 - meningkatkan mortaliti sperma dalam air mani. Ia juga antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia mungkin memberi kesan lebih baik kepada kesihatan telur
Sumber makanan : ditemui dalam makanan laut dan organ lembu. Jumlahnya menurun dalam haiwan yang sudah tua.
Makanan semula jadi lebih baik daripada pil
❥ Vitamin E meningkatkan kesihatan dan mortaliti sperma lelaki. Kajian
[caption id="attachment_1827" align="alignright" width="234"] Vitamin E Complex Diperkaya dengan Selenium[/caption]
menunjukkan kekurangan Vitamin E menyebabkan ketidaksuburan pada tikus.
Sumber makanan mengandungi Vitamin E ialah biji bunga matahari,
almond, buah zaitun, bayam, betik dan sayuran berwarna hijau gelap.
❥ Lelaki yang tahap asid folik rendah meningkatkan risiko bagi sperma mengandungi terlalu sedikit atau banyak kromosom.
Sumber makanan: hati, kekacang, kacang pinto, asparagus, bayam dan kacang merah besar.
Perkara Perlu Elak
❥ Elakkan testis terdedah kepada haba atau bahan kimia toksik.
❥ Elakkan memaki seluar dalam ketat atau seluar pendek olahraga
❥ Sekiranya anda penunggang basikala atau bekerja sebagaia pemandu atau memerlukan anda duduk dalam tempoh masa yang lama, sesekali ubah kedudukan seperti berdiri seketika
❥ Jangan letakkan laptop di riba anda
❥ Elakkan mandi dalam tab panas, sauna dan mandian wap
❥ Berhenti merokok
Sumber: MyMetro
Apa Kata Mereka?
1) Setelah keguguran 2x pada 2011, akhirnya penghujung 2012 berjaya hamil dengan izin ALLAH setelah berikhtiar dengan Set Kesuburan Shaklee
2) COQ Health Plus, bukan hanya untuk jantung.. malah lebih hebat dari Vit E!!
Nasihat dari Dr Pakar Perbidanan Dato' Dr Hamid Arshad
USAHA, DOA dan TAWAKKAL kepada ALLAH. Jom Dapatkan supplement untuk suami anda!
sms/whatsapp/wechat: 0192156963
Email: migshoppe@gmail.com
ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe
FB Fanpage: FamiliSihat.com untuk CHAT secara terus.
FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.
##COD KLANG/SHAH ALAM/KELANA JAYA
##Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
0 comments:
Post a Comment