Tuesday, 3 June 2014
Risiko Placenta Previa
Posted by Unknown on 6/03/2014 01:48:00 am with 1 comment
Placenta Previa adalah keadaan di mana kedudukan uri berada dibahagian bawah rahim iaitu berdekatan pangkal rahim. Keadaan ini biasanya boleh menyebabkan pendarahan terutama pada trimester ketiga kehamilan dan ia boleh membahayakan keselamatan ibu dan bayi. Pendarahan ini boleh berlaku bila-bila masa dan lazimnya akan berulang selang beberapa hari atau minggu.
Uri akan terbentuk apabila seseorang wanita didapati hamil. Uri melekat pada dinding rahim dan tali pusat bayi yang menjadi penghubung utama antara ibu dan bayi dalam kandungan. Ia merupakan penghubung antara di antara bayi dengan sistem darah ibu yang membekalkan oksigen dan khasiat makanan, dan akan keluar bersama bayi apabila dilahirkan. Uri juga berperanan menyingkirkan bahan sisa daripada darah bayi.
Adalah normal jika uri berada di bawah pada awal kehamilan. Namun, semakin janin membesar, uri akan bergerak dan tertolak ke atas menjauhi pangkal rahim. Kedudukan uri boleh dikesan melalui ujian Ultrasound atau imbasan bunyi yang dilaukan sepanjang pemeriksaan prenatal.
Bagaimanapun, hanya 10-15 peratus sahaja kes uri kekal di bahagian bawah. Masalah bermula apabila janin semakin membesar (memasuki minggu ke 26) dan memberi tekanan kepada uri yang boleh mengakibatkan pendarahan. Walaupun statistik kes uri rendah adalah rendah, namun risikonya amatlah tinggi kerana pendarahan boleh menyebabkan ibu dan bayi yang dikandung menghadapi masalah kekurangan darah atau anemia. Pendarahan berlaku apabila bahagian bawah rahim mula mengalami perubahan bentuk dan menjadi nipis sebagai persediaan untuk melahirkan anak. Namun, disebabkan uri tidak boleh meregangkan seperti rahim, ia merekah pada tempat tertentu lalu berlaku pendarahan. Pada peringkat permulaan, pendarahan biasanya sedikit, namun berisiko menjadi pendrahanan yang banyak bila-bila masa tanpa amaran. Jika tidak dirawat segera, ia boleh membawa maut akibat terlalu banyak kehilangan darah.
Wanita yang mengalami masalah Placenta Previa (minggu ke 26 ke atas) tidak akan berasa sakit walaupun mengalami pendarahan. Mereka akan mengalami keletihan, pucat, lesu, cepat berpeluh dan jantung berdegup kencang. Oleh kerana itu, wanita yang dikesan menghadapi Plasenta Previa Major perlu dimasukkan ke hospital sehingga bersalin.
PUNCA PLACENTA PREVIA
Belum ada kajian yang membuktikan secara saintifik punca sebenar berlakunya Placenta Previa. Namun ada hipotesis yang mengaitkan ia dengan salur darah yang tidak normal pada lapisan endometrium (dinding rahim) akibat pembedahan atau jangkitan. Bentuk rahim yang tidak normal jauga boleh mneyebabkan masalah ini.
JENIS-JENIS PLACENTA PREVIA
✯ Jenis 1 (Uri rendah) - Uri terletak pada bahagian paling bawah rahim (uterus) tetapi tidak sampai ke pangkal rahim
✯ Jenis 2 (pinggiran) - Uri menyentuh bahagian atas pangkal rahim tetapi tidak menutupinya.
✯ Jenis 3 (separa) - Uri menutup separuh pangkal rahim
✯ Jenis 4 (lengkap ) - Uri menutup seluruh pangkal rahim
Jenis 1 dan 2 dikenali sebagai Placenta Previa Minor, manakala Jenis 3 dan 4 dikenali sebagai Placenta Previa Major. Namun, tak semua kes uri rendah dipanggil Palcenta Previa. Jika kandungan belum mencecah 28 minggu, ia hanya dikategorikan sebagai kes uri rendah.
ADAKAH IA MEMBAHAYAKAN BAYI?
Secara umum ia tidak mendatangkan bahaya pada bayi tetapi boleh menjadi bahaya sekiranya berlaku pendarahan yang banyak. Antara risiko-risiko yang boleh terjadi:
✯ Bayi kekurangan darah
✯ Kelahiran pramatang
✯ Keguguran (sekiranya pendarahan terlalu banyak sebelum kandungan memasuki minggu ke 26)
Oleh itu, bagi wanita yang mengalami masalah Placenta Previa dinasihatkan memilih hospital yang mempunyai bank darah yang mencukupi. Bagi wanita yang tidak mengalami masalah pendarahan pula, masih perlu berehat di hospital untuk pantauan doktor sehingga bayi cukup matang (minggu 36) untuk dilahirkan secara pembedahan.
KUMPULAN BERISIKO:
✯ Kerap hamil dan kehamilan yang terlalu rapat
✯ Pernah melahirkan anak secara Ceaserian
✯ Pernah menjalani pembedahan membuang fibroid
✯ Mempunyai luka pada rahim
✯ Pernah menjalani Dillation & Curettage (D & C) yang menyebabkan rahim terluka dan berparut
✯ Hamil pada usi terlalu muda (belasan tahun) atau lewat (melebihi 35 tahun)
✯ Pernah mengalami Palcenta Previa pada kehamilan terdahulu
✯ Hamil kembar
✯ Merokok atau mengambil alkohol
Sekian untuk manfaat bersama 8-)
********************************END********************************
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
[…] seorang peminat pasukan England, cedera selepas telinganya digigit hingga menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak, oleh penyokong Uruguay dalam perlawanan antara England menentang Uruguay baru-baru […]
ReplyDelete