Get me outta here!

Friday, 6 June 2014

Bolehkah Ibu Hamil Berpuasa?

hamilpuasa-1Bulan Ramadhan bakal menjelma tak lama lagi. Pasti ramai yang teruja untuk merebut keberkatan bulan mulia ini tak kira samada lelaki atau perempuan. Bagi golongan lelaki dan wanita yang sihat tanpa sebarang masalah kesihatan, berpuasa bukanlah sesuatu yang membimbangkan, tapi bagaimana pula dengan wanita hamil? Adakah wanita hamil dibolehkan berpuasa?

Pakar perubatan sendiri tidak menggalakkan wanita yang masih dalam trimester satu kehamilan (3 bulan pertama) untuk berpuasa. Ini kerana, pada peringkat awal kehamilan adalah peringkat yang kritikal yang memerlukan penjagaan sebaiknya agar tidak memberi sebarang komplikasi serius pada kandungan. Selain itu, saat ini juga janin sangat memerlukan nutrien yang secukupnya untuk tumbesaran. Kebanyakkan ulama juga tidak menggalakkan wanita hamil berpuasa jika ia boleh membawa kemudharatan kepada bayi atau kepada ibu itu sendiri.

HUKUM WANITA HAMIL BERPUASA

Dalam hal ini, terdapat dua hukum berbeza.

Pertama: Wanita hamil yang bimbang akan kesihatan dan keselamatan dirinya jika berpuasa. Maka hukumnya, wajiblah wanita itu menggantikan puasa sahaja tanpa perlu membayar fidiyah.

Kedua: Wanita hamil yang bimbang akan kesihatan dan keselamatan dirinya dan bayi yang dikandung terjejas jika berpuasa. Maka hukumnya, wajiblah wanita itu menggantikan dan membayar fidiyah.

".... barang siapa yang uzur (tidak boleh berpuasa), maka hendaklah membayar fidiyah dengan memberikan makan pada orang miskin..." (al-baqarah 2:184)

PANDUAN ASAS UNTUK BERBUKA PUASA BAGI WANITA HAMIL:

✰ Rasa pening, lemah, pitam atau penat walaupun telah bereahat selma 30minit - 1 jam

✰ Rasa loya dan muntah sehinggakan tiada cara lain selain memakan ubat tahan muntah

✰ Rasa sangat haus, warna air kencing menjadi keruh dan bau sangat hancing, menandakan simptom dehidrasi. Bila ini terjadi, wanita hamil akan berasa amat lemah dan membahayakan diri dan bayinya. Beliau harus berbuka dan jika perlu dimasukkan air saline ke dalam salur darahnya secara intravenous.

✰ Jika usia kehamilan melebihi 20 minggu dan bilangan pergerakan bayi dalam rahim berkurangan daripada 10 kali  gerakan. Kebiasaannya bayi akan bergerak selepas ibunya makan kerana pada masa itu bayi akan mendapat nutrisi yang dibekalkan. Kurangnya pergerakan bayi menandakan bayi memerlukan nutrien dan berada dalam keadaan yang berisiko.

✰ Sakit perut memulas seperti mahu bersalin. Ini berkemungkinan menandakan kelahiran pramatang. Dengan makan dan minum, nutrien dapat diberikan kepada bayi dan kelahiran pramatang dapat dielakkan.

Tidak mengalami pertambahan berat badan atau mengalami penurunan berat badan. Ini bermakna tenaga dan nutrien yang disimpan untuk proses kelahiran semakin berkurangan.

✰ Mengalami sakit kepala atau demam yang memerlukan si ibu mengambil ubat untuk meredakan kesakitan.

KOMPLIKASI YANG MENGHALANG WANITA HAMIL BERPUASA

Para doktor akan melarang wanita hamil yang mengalami komplikasi seperti di bawah dari berpuasa:

✰ Diabetes mellitus

✰ Penyakit buah pinggang

✰ Penyakit hati (liver) yang tidak berfungsi

✰ Penyakit bronchial athma yang kuat

✰ Darah tinggi yang tak terkawal

✰ Kehamilan kembar

✰ Berisiko kehamilan pramatang

PANDUAN PEMAKANAN DAN TIPS DIET BAGI WANITA HAMIL YANG BERPUASA

✰ Minum air yang banyak semasa bersahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi

kurma✰ Makan makanan yang memberikan tenaga secara beransur seperti kurma (bagus untuk menstabilkan tahap gula dalam darah yang rendah setelah seharian berpuasa) dan kekacang. Makanan jenis ini memberikan tenaga secara berterusan walaupun telah beberapa jam berpuasa

Kurangkan makanan yang bergula  yang boleh meningkatkan paras gula dalam darah secara mendadak. Makanan jenis ini hanya memberikan tenaga dengan cepat tetapi sebentar sahaja. Ini keranaa, apabila insulin dalam badan dirembeskan, ia akan menurunkan paras gula  dan kita akan mudah berasa letih dan mengantuk

✰ Makan makanan yang tinggi protein seperti daging, ayam, kekacang atau lentil

✰ Ambil karbohidrat kompleks seperti beras perang atau roti gandum

✰ Banyakkan sayuran dalam hidangan

Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak bagi mengelakkan pertambahan berat badan, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami masalah ketakcernaan

✰ Lakukan aktiviti ringan seperti berjalan-jalan atau jika larat boleh lakukan solat terawih selepas berbuka

Jangan makan pada lewat malam sebelum tidur, dan jangan sesekali tinggal waktu bersahur

✰ Ambil pemakanan tambahan yang sesuai untuk ibu hamil bagi menyokong keperluan tubuh anda dan bayi yang dikandung (LIHAT DI BAWAH)

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN WANITA HAMIL YANG BERPUASA

Seboleh-bolehnya cuba elakkan beberapa perkara berikut bagi mengelakkan keletihan:

✰ Elakkan perjalanan yang jauh atau membawa barang-barang yang berat

✰ ELakkan terdedah pada cuaca yang panas

✰ Kurangkan melakukan kerja-kerja rumah yang berat. Sebaiknya minta tolong suami untuk melakukannya

✰ Elakkan membuang masa dan banyakkan membaca al-quran atau berzikir

✰ Rancang jadual seharian anda dan dapatkan rehat yang secukupnya

PEMAKANAN TAMBAHAN YANG SESUAI UNTUK WANITA HAMIL

✰✰ ESP - tinggi kandungan protein yang membantu mengekalkan tenaga sepanjang hari, disamping memberikan rasa kenyang yang lama

✰✰ Mealshake - Membekalkan nutrien penting yang diperlukan ibu dan bayi. Mudah dan ringkas untuk disediakan. KLIK DI SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang khasiat Mealshake

✰✰ Performance Drink - mengandungi formula karbohidrat unik iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah. Ia juga mengelakkan dehidrasi.

mighty 3 gems 2014

Apa tunggu lagi, sediakan payung sebelum hujan. Berikan yang terbaik buat si comel anda. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan bulan Ramadhan ini dan mampu menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Untuk sebarang pertanyaan atau pesanan, boleh hubungi saya dengan cara berikut:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.

##COD KLANG/SHAH ALAM/KELANA JAYA

##Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments:

Post a Comment