Kekejangan semasa hamil biasa dialami oleh ibu-ibu yang berada dalam trimester kedua dan ketiga . Ia berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walaupun begitu, sebab dan mengapa ia sering terjadi semasa hamil tidaklah diketahui.
Kekejangan biasa berlaku pada otot betis. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang berlanjutan untuk beberapa minit, ia tidak akan merosakkan otot betis.
Mengapa Kekejangan Berlaku Semasa Hamil:
★ Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah - ia berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya dari tubuh anda untuk tumbesaran
★ Rahim semakin membesar dan memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Juga kesan dari hormon kehamilan iaitu hormon progesteron boleh memberi kesan pada otot kaki anda
★ Seperti aktiviti berlari, bersukan atau berdiri sahaja dalam tempoh masa yang lama boleh membuat otot letiha, begitu juga dengan kandungan yang semakin sarat dan beban yang terapaksa ditanggung oleh otot kaki
Bagaimana Untuk Legakan Kekejangan?
Jika kekejangan berlaku,
★ Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang
★ Urut otot yang kejang itu.
★ Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
Bagaimana Untuk Elakkan Kekejangan Berlaku?
Ikuti beberapa langkah dibawah untuk mengelakkan risiko kekejangan:
★ Lakukan senaman regangan kaki. Berdiri satu meter dari dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Tapak kaki haruslah melekap pada lantai. Lakukan selama 5 saat. Ulang senaman ini selama 5 minit, 3 kali sehari terutama sebelum masuk tidur
★ Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak 8 kali dan ke bawah 8 kali
★ Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah
★ Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang
★ Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur
★ Banyakkan minum air masak 8 gelas sehari
★ Ambil supplement tambahan seperti kalsium dan garam magnesium untuk menggantikan nutrien yang hilang seirinag dengan pembesaran bayi
Sumber: BabyCentre
OSTEMATRIX Shaklee Kalsium Magnesium
Semestinya saya mengamalkan Ostematrix Shaklee yang dilengkapi dengan Vitamin D dan Magnesium. Alhamdulillah, saya tidak perlu risau diserang kekejangan, lenguh-lenguh atau sakit gigi sepanjang hamil
Ketahui lebih lanjut tentang Ostematrix di SINI.
APA KATA MEREKA?
1) Puan N alami masalah cramp semasa tidur disebabkan kekurangan kalsium. Puan N pula seorang yang susah minum susu akhirnya temui penyelesaian dengan Ostematrix.
2) Dulu dah minum susu pun kaki still cramp, gusi berdarah. Sekarang telan Ostematrix 4 biji sehari aje tiadalah lagi sakit-sakit!
3) Sapu minyak angin pun kaki masih kebas . Telan Oste 2 biji, SELESAI!!
Tuesday, 1 July 2014
Kejang Kaki Ketika Hamil? Ketahui Penyelesaiannya
Posted by Unknown on 7/01/2014 12:57:00 am with No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment