Get me outta here!

Friday, 16 May 2014

Khasiat Peria Katak

Entry sebelum ni kita bercerita tentang Diabetes Gestasi. Sekarang nak cerita pulak tentang khasiat peria. Salah satu khasiat yang terdapat pada peria adalah menurunkan paras gula dalam darah.

Tahukah anda, peria katak mengandungi banyak zat dan khasiat yang penting terutama kepada ibu mengandung.

Antaranya adalah:

♦ mengandungi kalori yang rendah

♦ mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zink, fosforus, manganese dan fiber yang sangat tinggi

♦ Kaya dengan zat besi

♦ Kandungan beta karo-tene nya 2x ganda daripada yang terdapat dalam brokoli, kalsiumnya 2x ganda daripada bayam, potassiumnya 2x ganda daripada pisang

khasiat-peria

Khasiat Peria Pada Kesihatan Manusia:

Merawat darah tidak sihat seperti darah bertoksin - campurkan jus peria dengan sedikit jus limau

Merawat penyakit taun - Campurkan jus daun peria dengan jus bawang merah dan jus limau bagi mengubati penyakit taun yang berada pada tahap awal

Penyakit kencing manis - Peria katak mengandingi sebatian hypoglycemic (juga dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan

Pemulihan tenaga - Jus peria katak dapat mengembalikan tenaga dan stamina serta mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu

Masalah mata - Kandungan beta karotene yang sangat tinggi dapat memperbaiki masalah penglihatan

Memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan pengambilan alkohol berlebihan

Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit

Penyakit buasir - campurkan jus peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk yang diperbuat daripada akar pokok peria pula boleh dibubuh pada luka buasir untuk mempercepatkan penyembuhan.

Psiorosis - Kerap minum jus peria dapat mengurangkan masalah psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan dan lain-lain

Gangguan pernafasan - campurkan jus peria dengan madu. Amalkan meminumnya setiap hari untuk merawat masalah athma, dan penyakit paru-paru yang lain

 

♦♦ Nota kaki: Ibu hamil tidak digalakkan minum jus peria terlalu kerap kerana dikhuatiri boleh merangsang pengecutan rahim dan menyebabkan kehairan pra-matang.

2 comments:

  1. […] Petua orang-orang lama mengamalkan memakan peria sebagai ulam atau dibuat jus untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Ketahui khasiat peria untuk penyakit kencing manis di SINI […]

    ReplyDelete
  2. […] Petua orang-orang lama mengamalkan memakan peria sebagai ulam atau dibuat jus untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Ketahui khasiat peria untuk penyakit kencing manis di SINI […]

    ReplyDelete