Risiko menghidap kencing manis semasa hamil atau Diabetes Gestasi adalah pada tahap 2-14%. Kebiasaannya paras gula akan kembali normal selepas bersalin. Hal ini berlaku kerana perubahan hormon dalam badan akibat kehamilan. Semasa hamil, hormon insulin yang berfungsi untuk mengawal paras gula tidak dapat dihasilkan secukupnya oleh pankreas dan menyebabkan paras gula tak terkawal dan meningkat. Pada masa yang sama juga, hormon yang terhasil dari uri bayi untuk tujuan tumbesaran pula menghalang badan si ibu dari menggunakan hormon insulin dengan efisien.
Di sini, saya ingin berkongsi tips-tips yang boleh diamalkan bagi ibu-ibu yang menghidap Diabetes Gestasi:
PANDUAN PEMAKANAN
✰ Bahagikan masa makan kepada 3 masa utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam dan 2 kali masa makan ringan.
Jangan makan terlalu banyak dalam satu-satu masa. Bagi memastikan anda tidak terlalu lapar dan makan dengan banyak, sebaiknya ambil snek seperti roti gandum penuh, biskut, salad atau buah di antara waktu makan utama (minum pagi 10am / minum petang 4pm). Selain itu, jangan pernah tinggal waktu makan kerana bayi anda dan badan anda memerlukan lebih nutrisi dari pelbagai sumber.
✰ Kenalpasti kumpulan kanji makanan anda.
Maksimum 2-3 senduk nasi (ataubersamaan 2 keping roti), banyakkan jumlah sayur dalam pinggan terutama sayur hijau kerana sayuran hijau mengandungi serat yang tinggi yang boleh menurunkan paras glukos dalam darah dengan cepat serta menjadikan kita lebih kenyang.
Makanan daripada kumpulan kanji iaitu: nasi, mi, roti, kuih-muih berasaskan teppung gandum akan bertukar menjadi gula apabila diproses dalam badan. Makanan-makanan daripada jenis ini perlu dikawal sebaik mungkin agar paras gula dalam darah tidak meningkat dengan mendadak.
Terdapat 2 jenis makanan berkanji iaitu kanji kompleks dan kanji halus
✔ Nasi putih, roti putih, mee dan sebagainya adalah dari kumpulan kanji halus dan amat mudah diuraikan menjadi gula setelah diproses dalam badan
✔ Nasi perang, roti gandum penuh, adalah dari kumpulan kanji kompleks dan mengambil masa untuk diproses menjadi gula. Justeru, ia mampu menstabilkan paras gula dalam darah dari mencanak naik.
✰ Minum satu gelas susu sahaja dalam satu masa
Susu mengandungi karbohidrat, justeru, ibu-ibu hamil disarankan hanya mengambil hanya satu gelas sahaja dalam satu-satu masa (lebih kurang satu mug). Sekiranya sukatan yang ditetapkan adalah 6 skop, jadi anda boleh bahagikan 3 skop di waktu pagi dan 3 skop pada waktu malam.
✰ Hadkan pengambilan buah
Buah juga mengandungi gula semulajadi yang perlu dikawal pengambilannya. Anda boleh makan 1-2 sajian setiap hari tapi pada masa yang berlainan. Satu sajian bermaksud 1 biji untuk buah kecil (epal, oren, pear), sepotong untuk buah besar (tembikai, betik), 8 biji anggur, 5 biji rambutan, 3 biji kurma, 1 sudu besar kismis dan banyak lagi
Petua orang-orang lama mengamalkan memakan peria sebagai ulam atau dibuat jus untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Ketahui khasiat peria untuk penyakit kencing manis di SINI
Selain tips-tips di atas, ibu-ibu hamil perlu mengamalkan gaya hidup yang aktif dan cergas. Cuba amalkan senaman ringan seperti berjalan kaki, menaiki tangga, berkebun atau membuat kerja rumah yang tak terlalu berat, sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
Dapatkan juga pandangan doktor dan pakar pemakanan tentang cadanagan pemakanan yang betul dan pengambilan ubat yang sesuai.
[caption id="1694" align="aligncenter" width="312"] Penghidap Diabetes Gestasi berisiko melahirkan bayi besar[/caption]
Ingin ketahui lebih lanjut tentang Diabetes Gestasi? Klik DI SINI!
Semoga bermanfaat ^^
Thursday, 15 May 2014
Panduan Pemakanan Bagi Diabetes Gestasi
Posted by Unknown on 5/15/2014 09:25:00 pm with No comments
Posted in buah, darah, diabetes gestasi, gula, kanji, karbohidrat, Kencing manis, makan, Petua amp; Tips, sayur, serat, Set Kehamilan, SHAKLEE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment