"Saya dah stop bf baby lepas habis pantang.. sekarang baby saya dah 3 bulan, terkilan pulak bila tengok org lain bf baby mereka.. boleh lg ke saya nak bg baby saya susu badan saya sendiri? susu saya dah kering langsung.. "
Biasa tak dengar keluhan seperti ni. YE... ramai ibu-ibu yang alami situasi seperti ni. Susu badan kering setelah berhenti menyusukan si kecil. Namun naluri keibuan begitu kuat ingin menyusukan semula si permata hati setelah bebearapa bulan. Ye lah, siapa yang tak sayang anak oii.. Susu ibu kan susu terbaik untuk anak kita.
Jika anda berdepan dengan situasi ini, apa yang perlu anda lakukan? Jika anda tanya pengedar Shaklee yang lain, tentu sahaja mereka akan kata ambil set penyusuan untuk banyakkan susu kembali. Tapi tidak bagi saya! Apalah gunanya supplement bertimbun-timbun jika akar masalah tidak diperbetulkan dahulu.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk kembalikan susu badan anda?
✿ Hypno Breastfeeding - imagine, percaya dan yakin susu banyak. You're what you think. Jadi, sentiasalah berfikiran positif.
✿ Jadual Mengepam Yang Konsisten - mulakan aktiviti mengepam susu walaupun pada hari pertama anda akan dapati tiada setitik pun susu yang keluar. Pastikan anda mengepam setiap 2-3 jam sekali dan KONSISTEN. Jika bayi bersama anda, susukan secara direct sebagai ransangan kepada kilang susu sebelum anda berikan susu formula.
[caption id="attachment_1766" align="aligncenter" width="300"] Titisan Susu Mula Keluar Setelah Beberapa Hari Proses Stimulasi[/caption]
✿ Bersyukur - ucapkan syukur walaupun hasil pada hari pertama kedua hanyalah angin semata. Yakinlah, nikmat akan datang berlumba-lumba jika kita ucapkan syukur sebelum nikmat itu muncul.
✿ Berdoa - Sentiasa berdoa agar setiap hari akan ada rezeki susu buat anak anda. Amalkan juga doa untuk menambah susu ibu dari Surah Al-Baqarah dan zikir Ya Matin. Klik Di SINI.
✿ Power Pumping - Lakukan power pumping pada setiap malam sekurang-kurang selama 2 jam. Lebih elok jika di lakukan pada waktu malam jam 1 - 4 pagi kerana pada waktu ini hormon prolaktin (hormon pengeluaran susu) sangat tinggi. Sudah tentu hasilnya bukan sehari dua, ia mungkin memakan masa seminggu atau 2 minggu bergantung pada individu. Klik DI SINI untuk teknik power pumping.
✿ Minum Air Masak Yang Banyak - Pastikan anda mengambil air masak yang banyak sekurang-kurangnya 3L sehari (seatiap 25kg berat badan individu tanpa supplement atau ubat-ubatan memerlukan 1L air masak).
✿ Makan makanan yang berkhasiat - ikan, daging, sup ayam, sayuran hijau, susu, oat, roti, dan banyak lagi makanan yang boleh meniangkatkan penghasilan susu ibu. Klik DI SINI.
✿ Jangan Stress - Elakkan tekanan atau keletihan. Jangan Stress bila melihat susu ibu lain sangat banyak. Sekali lagi, YAKIN susu anda juga banyak! Jika anda ibu bekerjaya, rancang jadual anda dengan teliti agar tugasan rumah dan tugasan pejabat dapat disiapkan dengan sempurna dan badan anda tidak keletihan. Sentiasa ceria dan berfikiran positif. Jangan berkira jika anda memerlukan supplement atau makanan tambahan. Ingat, supplement bukanlah penentu susu anda akan banyak. Supplement hanya menyokong keperluan tubuh anda agar lebih sihat dan bertenaga. Dengan tubuh yang sihat, perasaan yang gembira dan mental yang positif sahaja dapat menghasilkan susu yang banyak.
✿ Tawakkal - Setelah berusaha dan berdoa sebaik mungkin, jangan lupa bertawakkal kepada Allah kerana Dia-lah yang maha memberi.
Jangan pernah berputus asa dengan nikmat Allah kerana orang yang berputus sahaja yang akan gagal. Letakkan 100% kepercayaan dan keyakinan kepada kuasa Allah, dan bukannya terlalu bergantung harap pada supplement. Saya ucapkan selamat mencuba dan semoga berjaya!
Jika anda menghadapi masalah mudah letih, lesu dan tak bermaya, segera dapat Set Kesihatan Optimum untuk meningkatkan kembali energy anda agar ia tidak mengganggu perjalanan penyusuan anda.
sms/whatsapp/wechat: 0192156963
Email: migshoppe@gmail.com
ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe
FB Fanpage: FamiliSihat.com untuk CHAT secara terus.
FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.
##COD KLANG/SHAH ALAM/KELANA JAYA
##Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Monday, 9 June 2014
Susu Badan Dah 3 Bulan Kering.. Teringin Nak Menyusu semula.. Apa Perlu Saya Buat?
Posted by Unknown on 6/09/2014 10:42:00 pm with No comments
Posted in doa, hypno breastfeeding, makanan berkhasiat, Petua amp; Tips, power pumping, Set Optimum, set penyusuan, SHAKLEE, stimulasi, stress, susu ibu, susu kering, tawakkal, Ya Matin, yakin, zikir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment