Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) adalah kematian bayi yang berlaku secara mengejut. Ia biasanya berlaku tanpa meberikan apa-apa petanda yang jelas dan bayi meninggal secara tiba-tiba ketika tidur.
Pelbagai kajian dilakukan oleh para saintis bagi mengenal pasti punca belakunya SIDS. Antara penyebab yang dapat dikaitkan adalah keadaan tempat tidur, posisi tidur bayi malah ada juga berpendapat jangkitan bakteria sebagai salah satu sebab.
Menurut pakar, gabungan bakteria jenis Staphylococus dan Enterobakteria yang menghuni bahagian hidung dan tekak boleh menyebabkan SIDS. Gejala SIDS biasanya melibatkan bayi berusia kurang setahun, dan menurut statistik 1/1000 bayi meninggal dunia akibat sindrom tersebut setiap tahun. Ibu bapa bertanggungjawab memastikan keadaan bayi mereka selamat semasa tidur dan keadaan tempat tidur yang bersih bagi mengelakkan kejadian ini berlaku.
BAGAIMANA UNTUK ATASI?
✒ Persekitaran - Pastikan persekitaran bilik tidur bayi bersih, pencahayaan dan pengudaraan yang sempurna. Edaran udara yang tidak sempurna menggalakkan pengumpulan mikroorganimsa berbahaya. Juga elakkan terlalu banyak perabot atau hiasan di dalam bilik bayi anda kerana ia boleh mengumpul habuk dan mikroorganisma dan tidak sihat untuk pernafasan dan kesihatan secara menyeluruh
✒ Posisi Tidur - Bayi yang tidur dalam posisi meniarap lebiah mudah terdedah pada SIDS berbanding bayi yang tidur secara telentang. Sekiranya hidung bayi tertindih dengan bantal, ia akan menyukarkan pernafasan dan akhirnya menyebabkan kematian. Jadi, elakkan penggunaan bantal semasa tidur meniarap
✒ Tidur Dengan Botol Susu Di Mulut - Sebelum bayi anda nyenyak, pastikan botol susu telah dikeluarkan dari mulut terlebih dahulu. Ini kerana ia boleh menyebabkan bayi tersedak dan mengganggu pernafasan. Malah, pastikan bayi anda sendawa dengan sempurna selepas menyusu bagi mengelakkan dia muntah susu semasa tidur
✒ Jangan Tidur Bersama - Sesetengah ibu lebih suka tidur bersama dengan bayi di atas satu katil kerana ingin memastikan keselamatan mereka. Sebenarnya ini SALAH terutama sekali jika tilam yang digunakan itu lembut, kerana ia boleh menyebabkan bayi terhimpit dan lemas. Adalah lebih baik jika ibu tidur di katil yang berlain di dalam satu bilik
✒ Beri Ruang - Ada ibu-ibu yang gemar meletakkan terlalu banyak bantal dan permainan dalam katil bayi. Perbuatan ini hanya akan menyempitkan ruang tidur bayi dan tanpa disedari bayi anda boleh lemas. Minimumkan penggunaan bantal dan pastikan bayi tidur dalam keadaan telentang.
Credit to: whenmayend.blogspot.com
Ingin mendapatkan supplement Shaklee beserta Konsultasi Eksklusif Percuma dari pihak MIGShoppe? Hubungi saya dengan cara berikut:
sms/whatsapp/wechat: 0192156963
Email: migshoppe@gmail.com
ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe
FB Fanpage: FamiliSihat.com untuk CHAT secara terus.
* Free consultation untuk anda yang melanggan dengan saya.
##COD KLANG/SHAH ALAM/KELANA JAYA