Get me outta here!

Wednesday, 9 July 2014

Fadhilat Ramadhan

Fadhilat Ramadhan



Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."


Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."


Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."


Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."


Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."


Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."


Sumber: Darulnuman

Wednesday, 2 July 2014

Beruban Sebelum Usia?

uban-ts-dlm

Uban di usia emas adalah perkara biasa. Namun, bila masalah rambut beruban di kalangan orang muda ia menjadi pekara luar biasa. Rambut beruban boleh mempengaruhi penampilan serta kurang keyakinan diri seseorang untuk berdepan dengan orang ramai.

Bagaimana Uban Terajadi?

Uban terjadi bila terdapat gangguan pada proses sintesis protein di bahagian kulit kepala. Di bawah epidermis kulit kita terdapat 4 lapisan sel yang akan terus mengelupas dan diperbaharui dan salah satunya adalah "melanosit". "Melanosit" menghasilkan melanin, pigmen yang memberikan warna kulit/ rambut kepada warna asal. Melanin juga memberikan warna kepada iris mata dan bulu. Mereka yang mempunyai kulit dan rambut yang hitam dikatakan mempunyai pigmen melanin yang tinggi.

Faktor Tumbuhnya Uban

Keturunan/ genetik - Merupakan punca utama tumbuhnya uban. Bermakna jika salah seorang ibu atau ayah memang mempunyai masalah uban di usia muda, maka kebarangkalian ia akan terjadi kepada anak-anak juga adalah tinggi.

Kekurangan nutrisi tertentu - gaya hidup seseorang yang tidak/kurang mengamalkan pemakanan yang seimbang turut mempengaruhi tumbuhnya uban. Terlalu kerap mengambil makanan aasegera, merokok dan minum alkohol yang boleh membantutkan penghasilan melanin.

Stress - Stress atau tertekan akan menyumbang kepada pengurangan vitamin B dalam tubuh manusia seterusnya menyebabkan terjadinya pigmentasi pada rambut. Keadaan ini boleh dikawal dan akan menjadi normal jika anda bijak mengawal stress.

Bahan Kimia - Bahan kimia yang terkandung dalam produk-produk penjagaan rambut seperti syampu dan pewarna rambut juga boleh mendorong kepada tumbuhnya uban. Anda dinasihatkan agar tidak terus membeli sesuatu produk jika tidak yakin atau tidak tahu bahan-bahan yang digunakan.

Penyakit - Terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan fungsi melanin berkurang dan tumbuh uban seperti penyakit kulit: vitiligo, tuberous sclerosis, waardenburg syndrome dan neurifibromatosis serta thyroid seperti grave 's disease

Kerap terdedah kepada radiasi

Umur - semakin usia meningkat semakin merosot fungsi melanin dan juga kulit mengalami proses penuaan. Ini perkara biasa!

Bagi mereka yang sedang alami masalah ini pasti runsing mencari penyelesaian. Terutama yang kerjanya memerlukan berdepan dengan orang ramai. Atau si isteri yang bersuamikan lebih muda.

Jangan risau, Vivix ada penyelesaiannya.

"Vivix bertindak memulihkan struktur DNA yang telah rosak dan seterusnya membantu menghasilkan sel-sel yang baru yang lebih sihat"

Info lebih lanjut tentang Vivix, klik DI SINI

APA KATA MEREKA?

1) Nampak muda 3 tahun!!

testi uban 1

2) Uban dah kurang. muka nampak pinkish dan cantik. Masalah keintiman suami isteri pun tiada lagi. Vivix  memang power!!!

testi uban 2

Pasti ramai yang teruja dengan testimoni tadi kan.. apa lagi.. sempena promosi Vivix ni, grab lah satu untuk diri sendiri. Hubungi jer saya dengan cara di bawah..


sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

* Free consultation untuk anda yang melanggan dengan saya.

##COD KLANG/SHAH ALAM/KELANA JAYA

##Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, 1 July 2014

Kejang Kaki Ketika Hamil? Ketahui Penyelesaiannya

kaki kejang semasa hamilKekejangan semasa hamil biasa dialami oleh ibu-ibu yang berada dalam trimester kedua dan ketiga . Ia berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walaupun begitu, sebab dan mengapa ia sering terjadi semasa hamil tidaklah diketahui.

Kekejangan biasa berlaku pada otot betis. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang berlanjutan untuk beberapa minit, ia tidak akan merosakkan otot betis.

Mengapa Kekejangan Berlaku Semasa Hamil:

★ Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah - ia berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya dari tubuh anda untuk tumbesaran

★ Rahim semakin membesar dan memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Juga kesan dari hormon kehamilan iaitu hormon progesteron boleh memberi kesan pada otot kaki anda

★ Seperti aktiviti berlari, bersukan atau berdiri sahaja dalam tempoh masa yang lama boleh membuat otot letiha, begitu juga dengan kandungan yang semakin sarat dan beban yang terapaksa ditanggung oleh otot kaki

Bagaimana Untuk Legakan Kekejangan?

Jika kekejangan berlaku,

★ Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang

★ Urut otot yang kejang itu.

★ Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Bagaimana Untuk Elakkan Kekejangan Berlaku?

Ikuti beberapa langkah dibawah untuk mengelakkan risiko kekejangan:

★ Lakukan senaman regangan kaki. Berdiri satu meter dari dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Tapak kaki haruslah melekap pada lantai. Lakukan selama 5 saat. Ulang senaman ini selama 5 minit, 3 kali sehari terutama sebelum masuk tidur

★ Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak 8 kali dan ke bawah 8 kali

★ Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah

★ Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang

★ Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur

★ Banyakkan minum air masak 8 gelas sehari

★ Ambil supplement tambahan seperti kalsium dan garam magnesium untuk menggantikan nutrien yang hilang seirinag dengan pembesaran bayi

Sumber: BabyCentre

OSTEMATRIX Shaklee Kalsium Magnesium

Semestinya saya mengamalkan Ostematrix Shaklee yang dilengkapi dengan Vitamin D dan Magnesium. Alhamdulillah, saya tidak perlu risau diserang kekejangan, lenguh-lenguh atau sakit gigi sepanjang hamil

Ketahui lebih lanjut tentang Ostematrix di SINI.

APA KATA MEREKA?

1) Puan N alami masalah cramp semasa tidur disebabkan kekurangan kalsium. Puan N pula seorang yang susah minum susu akhirnya temui penyelesaian dengan Ostematrix.

testi 3

2) Dulu dah minum susu pun kaki still cramp, gusi berdarah. Sekarang telan Ostematrix 4 biji sehari aje tiadalah lagi sakit-sakit!

testi 4

3) Sapu minyak angin pun kaki masih kebas . Telan Oste 2 biji, SELESAI!!
testi 5

Jika anda turut mengalami masalah kekejangan kaki, sakit gigi, gusi berdarah dan anda juga seorang yang TAK SUKA MINUM SUSU, inilah supplement terbaik untuk anda cuba. Hubungi saya untuk pembelian yea...




sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

* Free consultation untuk anda yang melanggan dengan saya.

##COD KLANG/SHAH ALAM/KELANA JAYA

##Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.