Get me outta here!

Tuesday, 30 April 2013

Rahsia Susu Banyak

breastmilk

Ibu-ibu yang bekerjaya pasti sangat2 memerlukan stok susu buat bekalan apabila telah mula bekerja nanti. Namun untuk menjayakan penyusuan eksklusif bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan KOMITMEN yang besar dan DISIPLIN yang tinggi.

Ibu-ibu dinasihatkan agar mula mengumpul stok seawal seminggu selepas kelahiran. Tapi, kebanyakkan ibu-ibu haanya akan mula mengepam apabila cuti bersalin hampir habis, dan apabila stok tidak mencukupi, mulalah menggelabah mencari suppliment itu suppliment ini. Ia bukanlah cara yang betul, kerana walaupun dgn pengambilan suppliment tubuh kita mengambil sedikit masa untuk bertindak balas terhadap suppliment tersebut. Ketika itu, apabila susu yang keluar itu tak seperti yang diharapkan, mulalah menyalahkan suppliment tertentu.

Di sini saya ingin konsikan sedikit tips2 bagaimana untuk manperolehi stok susu yang banyak.

1) Tanamkan azam untuk menyusukan bayi anda sejak dari awal kehamilan. Jika boleh, hadirilah kelas2 nutrition yang disediakan badan2 tertentu atau banyakkan bacaan tentang penyusuan. Ingat ya, penyusuan bukanlah semudah yang disangka terutama bagi ibu-ibu baru.

2) Mula mengepam seawal yang mungkin. Seeloknya selepas seminggu bersalin.

3)Konsep 'Demand and Supply". Semakin kerap anda mengepam/menyusu (demand), semakin banyak susu yang terhasil (supply)

4) Sediakan jadual mengepam setiap 2-3 jam sekali agar payudara betul-betul kosong. Jika bayi anda menangis ketika sedang mengepam, susukan bayi anda dahulu sehingga dia kenyang, kemudian sambung semula mengepam.

5) Jika anda dapati susu anda merudum, lakukan teknik Power Pumping. InsyaALLAH berkesan kerana teknik ini dapat meningkatkan penghasilan susu.

6) Minum air putih sekurang2 nya 3L sehari. Jika badan kita kekurangan air, bagaimana untuk menghasilkan susu.

7) Makan makanan yg berkhasiat yang mampu menambah susu, contohnya; Kurma, sayuran hijau, Milo, Horlicks, Barli dan semua jenis makanan yang berunsurkan bijirin.

8) Jika mampu, ambillah suppliment untuk menambahkan susu.

9) Doa dan Tawakal pada ALLAH

Selain daripada 9 tips diatas, anda amat digalakkan untuk mengambil SET PENYUSUAN SHAKLEE kerana ia bukan sahaja untuk menambah susu, tetapi juga untuk meningkatkan nutrisi susu tersebut agar lebih pekat dan bayi anda akan cepat kenyang.

Mari kita lihat beberapa testimoni ibu-ibu yang telah menggunakan SET PENYUSUAN SHAKLEE.

bf1 bf2

bf3

Jika berminat untuk mendapatkan set ini, hubungi saya melalui cara berikut:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

* Free consultation untuk anda yang melanggan dengan saya.

Saturday, 27 April 2013

Bahaya Air Masak Kepada Bayi Bawah 6 bulan

plain waterTahukah anda bahawa air masak adalah dilarang sama sekali diberikan pada bayi yg di bawah 6 bulan? Walaupun sudah diingatkan berkali2, namun masih ada segelintir kita yg tetap menyuapkan air masak kpd bayi mereka. Haishhh.... tak sayang anak ke? Puncanya..?? desakan org tua lah, nk bilas lidah bayi selepas minum susu la, nk bagi kuning bayi turun cepat dan byk lg. Pakar dah menegaskan bahawa sama ada bayi anda susu ibu atau formula, air masak adalah dilarang sama sekali pd bayi kurang 6 bulan. Mengapa? Jom kita terjah faktadi bawah...

1) Merencatkan tumbesaran - Perut bayi sangat kecik. Jadi apabila perut bayi telah dipenuhi, bayi akan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya, bayi tidak dapat menerima khasiat susu ibu secara optima. Ini akan menjejaskan pertumbuhan bayi tersebut kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Kajian juga menunjukkan pemberian air glukos pd minggu2 pertama kelahiran akan mengakibatkan kehilangan berat badan yg banyak lalu merencatkan pertumbuhan.

2) Merencatkan Akal - Amalan memberi air masak kpd bayi pd awal kelahiran didapati akan meningkatkantahap bilirubin dlm darah. Menurut Anne Kirkham, seorang pakar laktasi dr Kanada, pemberian air akan memburukkan lg keadaan bayi yg diserang jaundis, kerana boleh menyebabkan "kernicterus" iaitu terencat akal. Bayi juga akan bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

3) Mengancam Nyawa - Air boleh membawa kuman. Sumber air yg tidak selamat, ataupun bekas air dan puting yg tidak bersih boleh menyebabkan pencemaran yg akhirnya membawa kepada serangan cirit birit. Air akan menghakis salutan perlindungan penyakit yg dihasilkan susu ibu dan ini bakal mendedahkan bayi kepada pelbagai penyakit.

4) Mengakibatkan Sawan Tarik - Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam dlm darah bayi, akibatnya suhu badan menjadi rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggi "Oral Water Intoxication"

Perlu diketahui bahawa susu ibu sudah memadai untuk bayi kerana  susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yg terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit .

Di harap info ini dapat memberi manfaat kepada ibu2 diluar sana terutama kepada ibu2 muda.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tips2 percuma kehamilan, kecantikan, penyusuan dan bermacam lg, LIKE fanpage saya di SINI.

Friday, 26 April 2013

Susu Ibu: Fakta vs Auta

dect_mom_babyTengah godek2 google cari info pasal susu ibu, terjumpa entry pasal fakta dan auta penyusuan susu ibu. Bagi saya, memang ada benarnya sesetengah dr kita yg berfikiran sebegini terutama mak-mak kita. Tapi tak boleh salahkan mereka juga, kerana zaman mereka dulu mana ada Internet Explorer, Mozilla Firefox atau Chrome yg membolehkan mereka meng'akses' semua maklumat ni kann.... So bagi kita ni yg hidup dalam zaman serba canggih ni, segala maklumat di hujung jari. Cuma mahu dengan tidak sahaja. Jom kita tegok Fakta vs Auta susu ibu..

Auta #1: Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.

Fakta #1: Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak). Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan. Penyusuan susu ibu tidak menyebabkan payudara menjadi kendur; ianya disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Malah, penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali kepada bentuk badan asal lebih cepat dengan membakar lemak yang tersimpan semasa hamil. Ia juga mengeluarkan hormon yang membantu mengecut dan mengembalikan rahim kepada saiz yang asal.

Auta #2: Bayi asyik “melekat” dengan ibu.

Fakta #2: Ibu adalah orang pertama yang bayi kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa “melekat” dengan ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.

Auta #3: Susu ibu tidak sesedap susu formula.

Fakta #3: Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding hanya 4.8 g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.

Auta #4: Susu formula mengandungi pelbagai nutrien.

Fakta #4: Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan “khasiat dan nutrien” yang terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia.

Auta #5: Payudara kecil, susu kurang.

Fakta #5: Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi. Saiz payudara ditentukan oleh tisu lemak, yang tidak berkaitan dengan penghasilan susu. Penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah serupa tanpa mengira saiz payudara anda.

Auta #6: Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara.

Fakta #6: Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.

Auta #7: Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan.

Fakta #7: Ibu menyusu (malah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.

Auta #8: Susu ibu terlalu cair (banyak air).

Fakta #8: Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.

Auta #9: Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.

Fakta #9: Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.

Auta #10: Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.

Fakta #10: Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.

Auta #11: Ramai wanita tidak menyusukan bayi dengan susu ibu dan anak mereka masih membesar dengan sihat!

Fakta #11 : Ya, jika dilihat dari luaran sahaja…tetapi bayi yang tidak menyusu susu ibu sebenarnya lebih terdedah kepada penyakit dan alergi seperti ekzema, rinitis alergik dan asma. Sesetengah kajian menunjukkan bayi yang tidak diberikan susu ibu lebih berisiko untuk mendapat diabetes dan obesiti apabila membesar kelak.

Auta #12:Tidakkah penyusuan susu ibu menyakitkan?

Fakta #12 : Tidak. Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Jika anda masih rasa sakit, ini mungkin disebabkan mulut bayi tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul.

Auta #13: Penyusuan susu ibu menyusahkan!

Fakta #13 : Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan dan penyediaan susu. Tambahan pula, penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia juga tidak melibatkan sebarang kos.

Auta #14: Kenapa nak bersusah payah? Tambahan pula, saya akan kembali bekerja.

Fakta #14 : Penyusuan ibu, walaupun beberapa minggu atau bulan, akan beri manfaat kepada bayi. Mula bekerja tidak bermaksud anda perlu menghentikan penyusuan susu ibu. Penjaga bayi boleh memberi susu ibu yang sudah diperah pada siang hari dan anda boleh menyusukannya sendiri pada waktu malam.

Ingin dapatkan lebih banyak tips penyusuan dan info kesihatan? 

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

Saturday, 20 April 2013

I am your Shaklee Independant Distributor

image

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog FamiliSihat.Com. Blog ini ditubuhkan khususnya untuk berkongsi tips2 keibubapaan, petua2 ibunda dan penjagaan kesihatan yg optimum bersama Shaklee. FamiliSihat.Com juga akan memberikan pelbagai tawaran menarik beserta 'free consultation'.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya: sms/whatsApp 0192156963, atau email: migshoppe@gmail.com. Anda juga boleh walk in terus ke cawangan Shaklee terdekat dan dapatkan dengan harga ahli menggunakan ID saya:

SITI FARHANAH JAAFAR

ID: 920416

COD available with Klang and Shah Alam area (around UiTM campus)

 

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.