Get me outta here!

Saturday, 27 April 2013

Bahaya Air Masak Kepada Bayi Bawah 6 bulan

plain waterTahukah anda bahawa air masak adalah dilarang sama sekali diberikan pada bayi yg di bawah 6 bulan? Walaupun sudah diingatkan berkali2, namun masih ada segelintir kita yg tetap menyuapkan air masak kpd bayi mereka. Haishhh.... tak sayang anak ke? Puncanya..?? desakan org tua lah, nk bilas lidah bayi selepas minum susu la, nk bagi kuning bayi turun cepat dan byk lg. Pakar dah menegaskan bahawa sama ada bayi anda susu ibu atau formula, air masak adalah dilarang sama sekali pd bayi kurang 6 bulan. Mengapa? Jom kita terjah faktadi bawah...

1) Merencatkan tumbesaran - Perut bayi sangat kecik. Jadi apabila perut bayi telah dipenuhi, bayi akan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya, bayi tidak dapat menerima khasiat susu ibu secara optima. Ini akan menjejaskan pertumbuhan bayi tersebut kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Kajian juga menunjukkan pemberian air glukos pd minggu2 pertama kelahiran akan mengakibatkan kehilangan berat badan yg banyak lalu merencatkan pertumbuhan.

2) Merencatkan Akal - Amalan memberi air masak kpd bayi pd awal kelahiran didapati akan meningkatkantahap bilirubin dlm darah. Menurut Anne Kirkham, seorang pakar laktasi dr Kanada, pemberian air akan memburukkan lg keadaan bayi yg diserang jaundis, kerana boleh menyebabkan "kernicterus" iaitu terencat akal. Bayi juga akan bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

3) Mengancam Nyawa - Air boleh membawa kuman. Sumber air yg tidak selamat, ataupun bekas air dan puting yg tidak bersih boleh menyebabkan pencemaran yg akhirnya membawa kepada serangan cirit birit. Air akan menghakis salutan perlindungan penyakit yg dihasilkan susu ibu dan ini bakal mendedahkan bayi kepada pelbagai penyakit.

4) Mengakibatkan Sawan Tarik - Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam dlm darah bayi, akibatnya suhu badan menjadi rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggi "Oral Water Intoxication"

Perlu diketahui bahawa susu ibu sudah memadai untuk bayi kerana  susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yg terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit .

Di harap info ini dapat memberi manfaat kepada ibu2 diluar sana terutama kepada ibu2 muda.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tips2 percuma kehamilan, kecantikan, penyusuan dan bermacam lg, LIKE fanpage saya di SINI.

1 comment:

  1. […] JANGAN berikan AIR MASAK kepada bayi anda kerana ia TIDAK memberi tenaga ataupun khasiat kepada bayi […]

    ReplyDelete