Get me outta here!

Friday, 31 May 2013

Sup Brokoli Yang Lazat

Emm.. Yummy! Gambar sahaja sudah bisa membuatkan semua orang meleleh air liur. Resepi ni sangat bagus untuk ibu-ibu hamil dan juga wanita yang ingin hamil kerana kandungan folat nya yang sangat tinggi. Jom kita tengok cara-cara untuk membuatnya.

SUP BROKOLI

Sup brokoli merupakan hidangan makan tengah hari yang bagus kerana ia mudah dihadam dan kaya dengan folat. Hidangkannya dengan roti berkerak yang disapu dengan hummus rendah lemak untuk menjadikannya lebih berkhasiat. Resipi ini menggunakan susu soya yang diperkaya, maka ia sesuai untuk mereka yang vegetarian, tetapi anda boleh juga menggunakan susu lembu skim jika anda suka. Sup ini juga boleh disejuk-beku.

Bahan-bahan
2 sudu besar minyak zaitun atau minyak sesawi
1 biji bawang besar, dicincang kasar
500g brokoli, dicincang kasar
150g kacang pis beku
500ml susu soya diperkaya dan tanpa gula (atau susu lembu separa skim)
500ml stok sayuran
Lada hitam sebagai perasa

Cara-cara
Tumiskan bawang hingga lembut selama kira-kira 10 minit. Masukkan brokoli dan kacang pis dan masak selama beberapa minit sambil dikacau. Masukkan susu soya dan stok sayuran, dan biarkan sup mendidih. Kecilkan api, tutup periuk dan renih selama kira-kira 20 minit hingga brokoli lembut.

Tuang sup tadi ke dalam pemproses makanan atau pengisar, atau guna pengisar berbatang dan kisar hingga halus. Hidangkan segera.

SELAMAT MENCUBA!!
sumber: http://www.babycenter.com.my

Wednesday, 29 May 2013

HB rendah merungsingkan

Perkara yang paling merisaukan bagi ibu-ibu hamil adalah Hemoglobin (HB) rendah. Bacaan normal HB bagi ibu mengandung  adalah pada julat 11-12g/dl (gram per deciliter) dan bagi wanita tidak hamil pula adalah 12-15 g/dl. Jika bacaan rendah dari 11g/dl maka anda mengalami anemia atau kurang darah merah.

AnemiaGRnormales-300x210

Apa punca-punca terjadinya kurang darah merah ni?

  • Peningkatan dalam isipadu darah

  • Penurunan secar sederhana dalam kepekatan sel darah merah

  • Penurunan kadar HB normal

  • Kekurangan pengambilan zat besi dalam diet harian

  • Kekurangan asid folic

  • Pendarahan gastrointestinal

  • Kehilangan darah dari pendarahan buasir


Berisikokah jika HB rendah?

Jangan pandang ringan jika anda mengalami HB rendah. Ini kerana ibu hamil adalah lebih berisiko berbanding orang biasa. Antara risikonya adalah:

IBU

  1. Ibu boleh/mudah pitam dan pengsan

  2. Mengalami keguguran

  3. Mengalami kegagalan jantung

  4. Pendarahan semasa mengandung dan bersalin

  5. Risiko penyakit berjangkit


BAYI

  1. Pertumbuhan janin terbantut

  2. Lahir sebagai bayi pramatang

  3. Lahir dengan berat kurang dari 2.5kg

  4. Anak lemas semasa lahir

  5. Mati semasa dilahirkan


Kenapa HB begitu penting ketika hamil?

Kurang Dari 5 Bulan

Pada masa ini bayi sedang mengalami proses organogenesis (pembentukan organ-organ penting seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika HB rendah dari 11g/dl, jika jantung tak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Dan jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair, bayi mungkin akan dapat hidup tetapi cacat. (ttiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair, akan melambatkan proses pembentukan otak bayi, iaitu bayi mungkin selamat dilahirkan tetapi kurang bijak.

5-7 Bulan

Ketika ini pembentukan sifat anggota badan bayi telah sempurna. Tetapi jika HB rendah, bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya menyebabkan kematian dalam kandungan

7 bulan ke atas

Dalam usia sebegini, sifat bayi telah sempurna namun jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah HB. Jika darah terlampau cair atau bacaan HB kurang dari 9 g/dl, jantung bayi tidak kuat dan berisiko untuk mati dalam kandungan.

CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HB DALAM DARAH

Melalui makanan

  • Daging lembu sebesar kotak mancis - 2 keping

  • Daging ayam - bahagian dada

  • Kerang 20 biji

  • Ikan Bilis


Jangan ambil pill tambah darah dengan susu (teh susu, kopi susu) kerana ia akan mengurangkan kadar penyerapan vitamin. Sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah

HB akan meningkat sekiranya kita mengambil vitamin selama 10-14 hari secara berterusan.

Vitamin yang dicadangkan adalah MultivitaminVita-Lea Iron Formula SHAKLEE kerana Vita-Lea Shaklee kaya dengan zat besi yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Selain itu, ia juga dapat menjadikan si ibu lebih bertenaga dan kekal cergas walaupun seharian bekerja.

Mari kita lihat ibu-ibu yang pernah mengamalkan Vita-Lea Iron Formula semasa hamil.

testi 1_vitaleatesti 2_vitalea Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Vita-Lea Iron Formula Shaklee ni, boleh lah hubungi saya:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

Set Kehamilan Shaklee

UPTGembira tak terkata bila melihat UPT naik 2 line. Itu maknanya anda mengandung. Bagi yang baru pertama kali, pastinya ia saat yang mendebarkan, dan bagi yang telah beberapa kali pula pasti merasakan inilah saat yang paling indah dalam hidup. Perkara paling mencabar sepanjang tempoh kehamilan adalah untuk memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sempurna  dan sihat. Bagi memastikan bayi anda sihat, si ibu juga haruslah sihat fizikal dan mental. Tapi bagaimana untuk memastikan kandungan anda kekal sihat terutama bagi ibu yang bekerjaya. Bagaimana pula jika si ibu mengalami 'morning sickness' yang teruk sehingga terpaksa ditahan di wad.

Kerana itulah pentingnya pengambilan vitamin di awal kehamilan.  Tak kisahlah jika anda mahu mengambil ubat yang diberi oleh doktor atau membeli jenama yang lain, asalkan ia mendapat pengiktirafan KKM dan persetujuan dari doktor anda.

SET KEHAMILAN SHAKLEE adalah antara suppliment yang menjadi pilihan bakal-bakal ibu. dan sekiranya anda telah mengambil suppliment ini, anda tak perlu lagi mengambil Asid Folic dan Obimin.

Mari kita lihat apa yang ada dalam set ini.

+ B complex - Mengandungi asid folic yang penting untuk mengelakkan kecacatan otak dan saraf tunjang bayi. B complex juga penting untuk pembentukan sel darah merah dan mampu mengurangkan rasa mual dan loya ibu.

+ Vitalea - Mengandungi zat besi yang sangat penting untuk pembentukan sel darah merah. Bagi anda yang mengalami hemoglobin (hb) rendah, Vitalea adalah pilihan tepat.

+ Kalsium - sangat penting dalam pembentukan tulang dan gigi. Wanita hamil memerlukan 100mg kalsium setiap hari. Sengal-sengal badan, sakit lutut, lenguh-lenguh dan kejang adalah tanda-tanda kekurangan kalsium.

+ Omega - adalah minyak ikan terbaik di dunia bagi memastikan perkembangan otak bayi, pembentukan saraf dan penglihatan mata dalam keadaan baik. Namun, harus diingat, OMEGA hanya boleh diambil apabila ibu memasuki TRIMESTER ke-2 dan ke-3 sahaja.

+ ESP - sebagai persediaan untuk penyusuan. Membantu meningkatkan sistem imune badan ibu semasa mengandung, dan menjadikan ibu lebih bertenaga.

Jom kita tengok testimoni customer yang pernah amik set ni.

testi 2_vitalea

testi 3

Bagi bakal-bakal ibu di luar sana, pilihlah yang terbaik untuk kandungan anda. Jika anda berminat untuk mendapatkan set ini atau sebarang produk SHAKLEE, boleh hubungi saya:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

Saturday, 25 May 2013

Makanan Otak dan Minda

boy_2Sebagai ibu-bapa, sudah tentunya kita mengharapkan yang terbaik buat anak kita sama ada dalam pelajaran ataupun kehidupan seharian. Pastinya kita mahu anak-anak kita menjadi yang terbaik dan berjaya apabila dewasa kelak. Oleh itu, adalah penting bagi ibu-bapa untuk memantau tahap pembelajaran anak-anak di sekolah, sama ada anak kita BIJAK, LEMAH atau SEDERHANA sahaja.

Menurut kajian, minda anak Melayu tidak sekuat minda anak bukan Melayu. Ini antara sebab pelajar-pelajar Melayu gagal mendapat keputusan cemerlang. Puncanya??

FAKTOR PEMAKANAN

??????????

Cuba kita teliti gaya pemakanan anak kita dengan daya pemakanan anak Cina. Pemakanan pelajar Cina adalah lebih seimbang dan mengutamakan makanan sumber tenaga seperti ayam atau daging, sayur dan sup. Mereka juga mengambil sumber protein bagi memastikan mereka kekal cergas dan bertenaga di dalam kelas. Tapi, cuba perhatikan pemakanan anak Melayu, kebiasaannya hanya sepinggan nasi bersama ayam dan kicap, atau telur goreng dengan kicap. Dan yang paling jelas, menu ayam itu lebih kerap berbanding ikan atau daging. SAYUR? amat jarang sekali.

Nah... nampak kan kenapa anak-anak Melayu tidak mempunyai stamina dan kurang fokus dalam pembelajaran? Tambahan lagi jika bersekolah di sesi petang. Baru membaca sikit dah mula menguap dan tersengguk-sengguk. Ini semua adalah berpunca dari pemakanan yang tidak seimbang mengakibatkan minda mereka lemah dan kurang aktif.

Jadi, sebagai ibu-bapa adalah menjadi tanggungjawab kita juga untuk memastikan anak-anak mendapat makanan yang berkhasiat dan seimbang. Kebiasaan ibu-bapa sekarang ramai yang bekerja dan seringkali membawa anak-anak makan di kedai, kerana sudah terlalu letih untuk masak di rumah. Makanan di kedai, tahu-tahu je lah... kurang sikit khasiatnya, dengan serbuk perasa, MSG, dan tahap kebersihan yang tidak sama seperti di rumah. Jadi bagaimana nak dapat makanan berkhasiat??

Langkah yang paling mudah adalah dengan membekalkan suppliment terbaik untuk minda dan kecergasan badan anak-anak. Jika anda boleh berbelanja setiap hari untuk makan di kedai, mengapa tidak untuk memberikan suppliment terbaik untuk anak anda? Antara suppliment yang bagus untuk otak adalah Omega Guard Shaklee. Bukan itu sahaja, ia juga dapat meningkatkan sistem imune anak dan mengawal emosi dan stress ketika menghadapai peperiksaan.

omega guard

Jika berminat untuk mendapat Omega Guard Shaklee atau sebarang produk Shaklee, boleh hubungi saya di:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

Free Consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli dengan saya sahaja.

Friday, 24 May 2013

BERPANTANG CARA MODEN

ibu berpantang

Berpantang merupakan antara waktu-waktu sukar yang harus dilalui oleh ibu-ibu yang baru bersalin. Letih, stress, tak cukup tidur, itulah antara cabaran-cabaran yang tepaksa dilalui oleh kaum hawa yang telah bergelar ibu. Ye lah.. mana tidaknya, luka bersalin masih terasa, pergerakan pun terbatas, anak pula sering berjaga malam dan sentiasa mahu menyusu. Situasi sebegini lah yang harus difahami oleh orang sekelliling terutama suami.

Kebanyakan ibu-ibu akan berasa stress dan emosi yang tak stabil, mudah marah, bersedih dan cepat tersinggung menyebabkan suami atau ibu yang menjaga akan berasa serba salah. Kenapa keadaan ini terjadi? ini kerana, si ibu tadi mengalami pelbagai bentuk tekanan sepanjang proses kelahiran akibat perubahan fizikal. Di tambah lg semasa proses bersalin, seluruh tenaga dikerah mengakibatkan urat saraf tercedera dan luka di bahagian tertentu.

Jadi, amatlah penting untuk menjaga dan menitik beratkan pemakan ibu-ibu berpantang ini agar mereka dapat memulihkan kembali tenaga dan emosi mereka. Antara makanan yang perlu ada dan perlu disediakan sebelum 'due' adalah SET BERPANTANG. Saya amat menggalakkan ibu-ibu untuk mengamalkan SET BERSALIN SHAKLEE, kerana ia bukan sekadar suppliment tetapi juga membantu menangani stress di samping memulihkan luka akibat bersalin dengan cepat.

Mari kita tengok apa yang ada dalam SET BERSALIN SHAKLEE serta kebaikannya:

IMG_4177

VITALEA - multivitamin terhebat yang membantu ibu-ibu kekal betenaga dan mampu menguruskan rumah tangga dengan melakukan kerja-kerja ringan walaupun masih dalam tempoh berpantang.

B Complex - mengawal emosi ibu, memberikan rasa tenang dan mengurangkan stress.

Ostematrix - Sumber kalsium yang membantu meredakan lenguh badan, membekalkan kalsium untuk ibu menyusu, mengurangkan sembelit dan keletihan.

Zinc - Komponen utama ikan haruan yang membantu luka bersalin cepat sembuh sama ada bersalin secara normal atau pembedahan.

Amatlah disarankan ibu-ibu agar turut mengamalkan ESP yang merupakan MILKBOOSTER terhebat selain menyembuhkan luka bersalin dengan cepat.

Berminat untuk mencuba produk ini? Sila hubungi saya:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

* FREE CONSULTATION untuk customer yang membeli sebarang produk dengan saya.

Thursday, 23 May 2013

Menu Baru Untuk Si Manja

Jom cuba resepi baru untuk si manja anda.

PURI BLUEBERRY STEW

puri blueberry
Anda disarankan merebus terlebih dahulu buah blueberi mentah jika memperkenalkan puri ini kepada bayi seawal usia 7 – 8 bulan atau sekiranya si kecil didapati mempunyai masalah berkaitan penghadaman makanan lain.

Bahan-bahannya:

½ cawan buah blueberi (segar atau dingin beku)

Cara membuatnya:

1.      Didihkan air. Tambah blueberi dan biarkan mendidih hingga 15 minit atau lembut.
2.      Asingkan air rebusan dan blueberi. Kisar blueberi sehingga menjadi puri.
3.      Jika perlu boleh tambahkan lebihan air rebusan ke dalam puri.
4.      Tambah bijirin bayi (jika mahu) untuk memekatkan puri.

Makanan bayi yang sesuai ditambah bersama blueberi

*Bubur
*Barli
*Oat
*Epal
*Pir
*Yogurt

SELAMAT MENCUBA!!!

sumber: http://pama.karangkraf.com

 

Berminat untuk dapatkan vitamin Shaklee, boleh hubungi:

sms/whatsAPP: 0192156963

Email: sfarhanahjaafar@gmail.com

FB fanpage: Mummy Insyirah Gorgoeus

Wednesday, 22 May 2013

ENDOMETRIOSIS

JANGAN PANDANG RINGAN PADA SENGGUGUT

=========================================

PENYAKIT ENDOMETRIOSIS

Penyakit endometriosis merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa. Ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain

Endometriosis
Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

Bagaimana endometrium terjadi

Pada kebiasaannya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), tiub saluran fallopian, pundi-pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan. Endometrium ini juga boleh tumbuh dengan luar biasa saiznya pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. Dinding rahim menjadi besar dari biasa dan membengkak.

Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang ada penyakit endometriosis.

Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.

Berminat untuk mencuba produk Shaklee, sila hubungi saya melalui:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

* FREE Consultation untuk customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.

Wednesday, 15 May 2013

Bawang Putih Pencegah Kanser?

Bawang putih selalu digunakan dalam masakan. Di setiap dapur pasti akan ada bawang putih. Apa jua masakan, bawang putih antara ramuan utama. Tak de bawang putih, tak sedap. Betul tak?

Kenapa begitu penting peranan bawang putih ni dalam kehidupan kita? Pasti ada sebabnya kan? Jom kita teroka satu persatu khasiat bawang putih.garlic

1. Mengurangkan risiko strok.

Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser.

Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus.

Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi.

Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin.

Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan.

Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan

7. Meningkatkan sistem imunisasi

Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.

Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Betapa besarnya peranan bawang putih menangkis segala penyakit-penyakit kronik. So, lepas ni kena kunyah bawang putih sebiji sehari la. hihihi... SIAPA SANGGUP?? Tak pe, kita cari alternatif lain. Kalau telan Garlic SHAKLEE rasanya tak la macam telan BAWANG PUTIH sebiji kan.

GARLIC SHAKLEE

Dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA pada waktu musim panas.

Ia dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual mengandungi Allicin aktif). Dwi-teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary dan Spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita. Setiap 2 tablet membekalkan 1000 mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar

Dah tahu kelebihan Garlic Shaklee, kalau berminat untuk mencuba:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

* FREE CONSULTATION untuk anda yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan Mummy Insyirah.

Tuesday, 14 May 2013

Atasi Anak Sering Demam

Sistem daya tahan kanak-kanak tidak sama seperti orang dewasa. Oleh kerana itu, mereka akan sering sakit terutama jika mereka tinggal di rumah pengasuh atau taska.  Kanak-kanak akan lebih mudah dijangkiti virus dan kuman di sekeliling mereka. deman

Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan keperluan mereka dari segi fizikal dan mental. Antara langkah paling mudah adalah memastikan anak-anak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu harian mereka. Tapi sejauh manakah kemampuan kita untuk memaksa mereka menelan 2 'vitamin' ini, kerana sedia maklum kebanyakan kanak-kanak amat tidak menggemari sayuran dan buah-buahan.

Teringat zaman kanak-kanak dulu, setiap hari mak akan hulurkan sebiji tablet perisa oren. Katanya vitamin, tak ingat dah jenama apa. Kes nya sama la jugak, tak boleh nak telan sayur, buah pulak memilih nak yang sedap je. Nasib baiklah durian tu bermusim, kalau tak tiap2 minggu mintak durian. hehehe.. , Nah, tu cerita zaman 90-an. Mak-mak zaman 90-an dulu pun dah protect anak-anak mereka dengan suppliment. Apatah lagi kita ni yang hidup di zaman 2013 ni, yang mana udara sekeliling kita amatlah tercemar dengan pelbagai jenis virus yang muncul sejak akhir-akhir ni.

Jadi, langkah terbaik adalah menyediakan Mealshake dalam hidangan mereka. SURE anak-anak takkan cakap TAK NAK. Kenapa? Sebab rasanya memang SEDAP. Mealshake juga boleh menjadi suppliment seisi keluarga. Lagipun untuk apalah asik berbelanja membeli ubat tapi baiknya cuma seketika. Bukankah MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT.

mealshaketesti1

Mari dapatkan MEALSHAKE untuk si kecil anda. Hubungi saya sekarang:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

*FREE CONSULTATION bagi anda yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.

Bagaimana Merawat Selsema Untuk Bayi

Bayi yang di bawah usia 2 tahun tidak digalakkan diberikan ubat-ubatan sama ada ubat selsema, ubat batuk apatah lagi antibiotik. Ini kerana menurut US Food and Drugs Administration  (US FDA), ubat-ubatan tidak harus diberikan kepada bayi 2 tahun ke bawah kerana  ia hanya merawat penyakit tetapi tidak merawat punca penyakit.

Baby-Cold-300x206

Bagi bayi, mereka masih tidak tahu bagaimana untuk mengeluarkan kahak atau hingus. Oleh itu, mereka akan agak sukar bernafas disebabkan kahak dan lendir hingus yang terkumpul idi rongga hidung. Jika bayi diberikan ubat-ubatan, mereka akan tidur lebih lama  dan ini akan membahayakan bayi tersebut kerana kandungan antihisamine (kesan mengantuk) yang terdapat di dalam ubat tersebut. Kadar pernafasan bayi akan berkurang dan menyebabkan kepekatan oksigen  dalam darah turut berkurang seterusnya mengakibatkan degupan jantung bayi terhenti dan berisiko MENINGGAL DUNIA.

Di sini, petua-petua kampung amatlah berguna untuk merawat selsema bayi ini

Petua Selsema dan Batuk Bayi


1. Sapukan batang hidung bayi dengan sedikit ibu kunyit yang telah disagat pada tepi lesung. Lakukan sekerap mungkin

2. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas-ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi sedang tidur. Lakukan sekerap mungkin.

3. Elakkan sebarang makanan yang berminyak buat sementara waktu kepada bayi selsema

4. Sediakan sup ayam

5. Sapukan Vikcs Baby Balsam di bahagian dada, belakang dada dan hidungnya jika tidak suka guna daun kaduk

6. Sapukan minyak telon selepas mandi dibahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi selsema selepas mandi

7. Elak basahkan kepala bayi sewaktu mandi petang sekiranya bayi selsema

8. Pemakaian topi dapat elakkan ubun-ubun bayi sejuk dan menyebabkan bayi selsema.

 

Cara Atasi Selsema dan Batuk Bayi Bawah Dua Tahun


1. Berikan satu sudu madu dan air suam kepda bayi berusia 2 tahun dan ke atas.

    Madu dapat melonggarkan lendir hingus yang tersekat ditekak


2. Bagi bayi selsema berusia 1 hingga 2 tahun, berikan mereka sedikit

    sahaja madu. Gunakan madu yang lembut, bukan madu tualang


3. Campurkan sedikit Vikcs Baby Balsam ke dalam sebekas air suam. Tutupkan kepala

    bayi selsema dan batuk dengan tuala agar wap vikcs Baby Balsam boleh diserap ke

    dalam paru-parunya. Sambil anak ditiarapkan dalam pangkuan ibu atau bapa dan

    sedang menghidu wap Vikcs Baby Balsam tepukkan belakangnya secara

    perlahan menggunakan kekuatan pergelangan tangan sahaja agar kahak dari paru

    -paru yang telah longgar dapat dikeluarkan melalui batuk bayi. (Vikcs Baby

    Balsam berpenutup berwarna pink botol berwarna biru - diperbuat dari tumbuh-

    tumbuhan sahaja)


5. Buang kahak dalam paru-paru  dengan melakukan fisioterapi paru-paru satu jam sebelum bayi selsema menyusu atau satu jam

    selepas bayi menyusu sahaja.

    Caranya - Tiarapkan bayi dan lapikkan perut bayi dengan bantal tidurnya, bentukkan

    tangan anda seperti scoop dan tepuk belakang tubuh anak anda dengan kekuatan

    pergelangan tangan sahaja mengikut gerakan ikut arah jam. Kahaknya akan keluar

    melalui  najis.


Bagi ibu yang EXCLUSIVE BREASTFEED, anda digalakkan mengambil suppliment yang dapat meningkatkan daya tahan/antibodi bayi seperti, Vitamin C, Vitalea, OMega Guard atau Nutriferon.

set boost imune

Berminat untuk mendapatkan SET IMUNE BOOSTER ni?

Boleh hubungi saya:

sms/WhatrsAPP : 0192156963

Email : sfarhanahjaafar@gmail.com

LIKE FB fanpage: Mummy Insyirah Gorgeous

ADD FB: Mummy Insyirah untuk CHAT secara terus

* FREE CONSULTATION untuk anda yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan Mummy Insyirah.

Monday, 13 May 2013

1001 Khasiat Alfalfa

polkok alfalfaApa itu alfalfa?

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala zat. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6m ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.

Alfalfa Complex adalah satu formula yang dibangunkan Dr Shaklee (Formula Shaklee Signature) dalam tahun 1950-an. Istimewanya Alfalfa Shaklee ini,adalah ia hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, temasuk kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.

20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1.    Merawat gangguan pencernaan

2.    Mengawal kolestrol dalam darah

3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh

4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok

5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah

6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan

7.    Mengurangkan simptom menopous

8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan

9.    Merawat masalah sembelit

10.  Menyahkan toksik dalam tubuh

11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi

12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh

13.  Membantu masalah penghadaman

14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu

15.  Mengurangkan masalah pundi kencing

16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati

17.  Meningkatkan kesihatan prostat

18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita

19.  Menghangatkan hubungan suami isteri

20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

intimate-couple-having-activities-lying-bed-13077378

Alfalfa Shaklee dan semua produk Shaklee adalah truely origin and ORGANIC, tidak mengandungi PEWARNA, PERISA, BAHAN PERASA dan PENGAWET serta BAHAN KIMIA lain.

Ingin dapatkan Alfalfa SHAKLEE dengan harga ahli? boleh terus hubungi saya:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

FREE CONSULTATION bagi sesiapa yang membeli sebarang produk SHAKLEE terus dengan saya.

Sunday, 12 May 2013

7 Sebab Bayi Menangis

crying-baby-101028-02

Bayi baru lahir yang sihat akan menangis sebanyak 1 - 3 jam sehari. Ini kerana mereka tidak mampu membuat apa pun untuk diri mereka sendiri, jadi mereka bergantung pada orang lain untuk membantu mereka untuk makan dan keselesaan. Tangisan adalah cara bayi berkomunikasi dengan orang dewasa untuk memberitahu  yang mereka perlukan sesuatu.

Sebagai ibu bapa terutama ibu bapa baru, agak sukar untuk mengenal pasti - sama ada lapar, sejuk, haus dan lain-lain. Di hari-hari awal, apabila anda belum lagi tahu bagainama untuk menentukan keperluan bayi anda, tangisan ini boleh membuat anda rasa bimbang. Namun begitu, lambat laun anda akan mula mengecam gaya tangisan bayi anda yang berlainan dan, setelah anda lebih mengenalinya, akan dapat mendahului keperluannya.


1. Saya perlukan makanan

Kelaparan adalah sebab utama bayi baru menangis. Lebih muda bayi itu, lebih kemungkinan dia menangis sebab dia lapar. Pengecualian kepada ini ialah pada masa sehari dua selepas kelahiran, apabila bayi makan amat sedikit. Jika anda mengamalkan penyususan badan, anda mungkin sedar akan perkara ini, sebab susu terawal kolostrum yang sangat pekat dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit dan anda juga sedar bahawa susu "mula datang" sekitar hari ketiga. Perut bayi yang kecil tidak dapat menyimpan begitu banyak, jadi, jika bayi anda menangis, cuba berikan dia susu, sebab besar kemungkinannya dia lapar. Dia tidak akan berhenti menangis dengan serta merta, tetapi teruskan penyusuan jika dia mahu, dan dia akan mula bertenang apabila perutnya terisi. Walau bagaimanapun, jika bayi anda sudah disusukan dan dia masih menangis, mungkin dia menyatakan keperluan seterusnya.

2. Saya perlukan keselesaan
Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu ketat atau jika lampin kotor mengganggu mereka. Setengah bayi tidak membantah jika lampin mereka penuh - ia cuma terasa panas dan selesa bagi mereka - manakala yang lain akan menjerit dan minta ditukarkan dengan serta merta, terutama sekali jika kulit mereka terasa jengkel. Memeriksa lampin bayi dan menukarkannya mungkin akan memenuhi keperluan dia, jadi memang elok mencuba. Ia juga memberi peluang untuk anda memeriksa yang lampinnya tidak terlalu ketat atau tiada perkara lain bersabit pakaiannya yang membuatkan dia tidak selesa.

3. Saya perlu nyaman dan selesa - tidak terlalu panas atau sejuk
Setengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan - mereka tidak biasa merasakan udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Jika bayi anda seperti ini, anda akan cepat tahu bagaimana hendak menukarkan lampin dengan segera supaya bayi anda boleh bertenang semula. Namun begitu, berhati-hatilah supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapis baju, sehingga dia akan terlalu panas. Satu petua ialah dengan mengingatkan yang dia memerlukan satu lapis pakaian lebih daripada anda untuk selesa.

Jika dia berada di kot atau raga pembawanya, cuba gunakan cadar atau selimut berlubang-lubang sebagai kain penutup bukan duvet untuk membolehkan anda menambah atau membuangkan satu lapisan apabila perlu. Anda boleh memeriksa samada bayi anda terlalu panas atau sejuk dengan merasa perutnya: jika dia terasa terlalu panas, buangkan satu lapisan selimut, jika dia sejuk, tambah satu. Jangan berpandu kepada suhu tangan atau kakinya, sebab adalah normal bagi kaki dan tangan terasa agak sejuk. Memang mudah untuk membeli termometer di Malaysia (kebanyakan farmasi menjualnya) dan anda boleh menggunakannya untuk mengambil suhu badan bayi anda jika kurang pasti. Kekalkan suhu di bilik bayi anda pada 24 darjah C / 75.2 darjah F, dan letakkan dia menelentang dengan kaki di hujung kot supaya dia tak boleh turun bergeliang geliut sehingga tenggelam di bawah selimut dan menjadi terlalu panas.

4. Saya perlu dipeluk
Setengah bayi sangat perlu dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang lebih tua akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar suara anda dalam bilik, tetapi, bayi baru lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa. Jika anda telah memberi bayi makan dan menukar lampinnya, anda akan dapati bahawa sekarang dia hanya mahu dipeluk. Setengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika dia didukung berlebihan, tetapi semasa bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini tidak mungkin. Separuh bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal, manakala yang lain mahu dipeluk hampir sepanjang masa. Jika bayi anda perlu banyak didukung, anda mungkin mahu mencuba gendongan bayi, yang membenarkan bayi anda rapat dengan anda dan membebaskan tangan anda untuk menjalankan kerja lain; ini mungkin penyelesaian yang akan membuat anda berdua bahagia.

5. Saya perlukan rehat
Memang senang untuk menyangkakan yang bayi akan tertidur apabila mereka terasa nak tidur, di manapun mereka berada, sebab kebanyakan bayi berbuat demikian. Tetapi, jika bayi anda telah mendapat terlalu banyak perhatian - mungkin hari itu sibuk dan ramai pelawat datang ke rumah - dia mungkin terlalu terangsang dan mendapati sukar untuk "tutup suis" dan bertenang. Bayi baru lahir mendapati sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa - cahaya lampu, bunyi bising, di hulurkan dari seorang saudara tersayang kepada yang lain - hingga boleh menjadi gelisah. Ramai ibubapa mendapati bayi menangis lebih dari biasa apabila suadara mara datang melawat, atau apabila petang menjelma. Jika tidak ternampak sebab spesifik bayi anda menangis, dia mungkin cuba memberitahu anda, "Saya dah tak tahan lagi". Jika anda bawa dia ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan ransangan secara perlahan, dia mungkin akan mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum betenang dan terus dapat tidur.

6. Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sejahtera
Jika anda telahpun memberi bayi makan dan memastikan dia selesa, tetapi dia masih terus menangis, anda mungkin tertanya-tanya samada dia sakit atau mengalami kesakitan. Mereka, ibubapa buat pertama kali, sering mendapati sukar untuk mengetahui samada bayi menangis sebab dia sebenarnya seorang yang bersifat sedih (separuh bayi begitu, dan mereka mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri untuk hidup di dunia) atau samada memang ada sesuatu yang tak kena. Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa - ianya mungkin berbunyi cemas atau nyaring. Begitu juga dengan bayi yang sering menangis; sekiranya dia mula berdiam ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang mengenali bayi anda seperti anda sendiri. Jika anda rasakan mungkin ada masalah tertentu, hubungilah ahli pediatrik atau doktor keluarga anda. Ahli kesihatan profesional lazimnya akan mempertimbangkan kebimbangan anda secara serius, dan anda akan merasa lebih tenang jika diberitahu tiada sebab fizikal bayi anda menangis. Anda mestilah memanggil doktor jika bayi anda mengalami kesesakan nafas apabila dia menangis.

7. Saya perlukan sesuatu ... tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu
Kadangkala anda mungkin tidak dapat menduga apakah masalahnya apabila bayi anda menangis. Ramai bayi baru lahir melalui masa-masa bilamana dia meragam dan tidak senang untuk dipujuk. Ketidak gembiraan boleh berbeza antara tangisan yang berlanjutan beberapa minit dan tidak boleh dipujuk kepada tangisan beberapa jam pada satu-satu masa, tangisan yang tak berhenti-henti yang kadangkala dikenali sebagai kembung kolik. Kolik didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlalu selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang dari tiga hari dalam seminggu. Ramai ibubapa mendapati sukar untuk menguruskan bayi yang menghidap kolik, dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga. Tiada rawatan ajaib bagi kolik, tetapi keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan. Jika anda sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu akan pulih apabila dia membesar, itu mungkin membantu.



Untuk mengetahui lebih banyak info dan tips penyusuan, boleh hubungi saya:


sms/WhatsAPP: 0192156963 / Email: sfarhanahjaafar@gmail.com


LIKE FB fanpage: Mummy Insyirah Gorgeous


atau ADD FB: Mummy Insyirah untukCHAT secara terus

Saturday, 11 May 2013

Set Kesuburan Shaklee

pregnant

Anak adalah anugerah ALLAH yang tak ternilai. Bagi pasangan yang telah berumah tangga pastinya kehadiran cahayamata sangat2 dinantikan. Apalagi bila mengenangkan faktor usia yang semakin meningkat. Hati bertambah pilu apabila teman2 lain yang seusia perkahwinan telah berderet-deret anaknya, ditambah pula dengan pertanyaan orang tua dan saudara-mara setiap kali pulang ke kampung. Namun, sebagai hamba, kita perlulah redha dengan ujianNYA dan dalam masa yang sama perlu sentiasa berusaha.

Antara tanda-tanda masalah kesuburan adalah kitaran haid yang tidak teratur, senggugut yang teruk, cyst dan sebagainya. Selain itu, sperma suami yang tidak mencukupi dan lemah juga boleh menjadi faktor persenyawaan lambat terjadi.

Walaupun di pasaran kini telah banyak produk yang menawarkan pakej-pakej kesuburan, namun perkara utama yang perlu anda lakukan adalah dapatkan pemeriksaan doktor pakar terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengetahui punca utama terjadinya masalah kesuburan ini. Dan sekiranya rawatan doktor pakar tidak membuahkan hasil, bolehlah cari jalan alternatif lain.

Shaklee juga ada menawarkan pakej kesuburan khas untuk suami isteri dan ia adalah 'long term' cure, In shaa ALLAH.

set kesuburan

Set Kesuburan Isteri:

1) GLA

- membantu kitaran haid yang tidak teratur dan masalah senggugut yang sering dialami ketika pre-menstrual.

- membantu meningkatkan kesuburan isteri dan sekaligus meningkatkan potensi persenyawaan berlaku

- membantu sperma untuk terus hidup lama dalam Tiub Fallopio sekaligus meningkatkan peluan persenyawaan.

2) ESP

- memastikan sel ovum sentiasa dalam keadaan sihat

- merupakan makanan asas bagi memastikan sel-sel badan dalam keadaan yang baik.

Set Kesuburan Suami

1) Vitamin E

- Meningkatkan keinginan seksual dan menambah tenaga

- membentuk sel sperma yang kuat dan sempurna

- Vitamin E juga boleh diambil oleh isteri untuk meningkatkan keinginan seksual dan kesuburan

2) ZINC

- Kandungan Zinc dalam prostat lelaki adalah lebih 10x ganda dari organ lain. Justeru ia adalah mineral yang sangat penting untuk kesuburan lelaki

- sangat penting untuk keupayaan seksual lelaki dan menguatkan sperma lelaki

Mari kita lihat antara testimoni pengguna yang tealh berjaya hamil dengan set kesuburan SHAKLEE.

testi 1 testi 2 testi 3

Jika berminat untuk mencuba, sila hubungi saya:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

Friday, 10 May 2013

Cyst Punca Sukar Hamil

Apa itu Ovarian Cyst?

Ovarian Cyst adalah kantung yang mengandungi cecair berada dalam kilang telur ovari. Cecair ini boleh menjadi cair seperti air, pekat likat dan adakalanya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ovarian cyst yang normal akan pecah dan mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle. Jika ia tidak pecah, saiznya akan membesar tetapi ia tidak merbahaya melainkan saiznya terlalu besar.

Jenis-Jenis Cyst


Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.

Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.

Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.

Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.

Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.

Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.

Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.

Wednesday, 8 May 2013

Slimming Set Testimoni

Ok, entry sebelum ni saya dah bercerita pasal kelebihan set slimming Shaklee. Sekarang saya nak share pulak beberapa testimoni customer yg dah berjaya menurunkan berat badan selepas mengamalkan set slim Shaklee ni secara konsistent.

1) Puan Noor Akilla Saleh berjaya menurunkan sebanyak 20kg selepas mengambil set slimming breastfeeding. Lebih mengagumkan berat badannya sekarang turun lebih daripada zaman sebelum pregnant, tanpa menjejaskan penghasilan susu. testi 2

2) Berkat usaha mengamalkan ESP dan Alfalfa, Puan Nur Zahirah berjaya menurunkan beratnya sebanyak 3kg. ESP membantu beliau mengatasi masalah cepat lapar manakala Alfalfa mengatasi masalah sembelit yang dialaminya. testi 1Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan set slimming Shaklee

 

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

Friday, 3 May 2013

Kekal Langsing Selepas Bersalin

Tahukah anda bahawa ibu yang menyusu akan mengalami penurunan berat badan secara semulajadi selepas 2-3 bulan menyusu? Ini kerana, ibu yang menyusu mampu membakar kalori sebanyak 500 kalori semasa penyusuan. Namun lain pula halnya apabila anak anda telah mula mengambil makanan pejal dan kurang menyusu. Berat badan anda pasti akan menaik.

Apabila keadaan ini berlaku, ibu-ibu akan mula risau. Hendak berdiet, risau susu merudum, nak ambil suppliment, bimbang akan memberi kesan pada bayi. Kerana itu, Shaklee mengambil inisiatif untuk menghasilkan produk slimmimg diet yang mesra breastfeeding mom, dan ia adalah pilihan terbaik ibu-ibu. Nanti kite tengok testimoni nya yer..

 

OK, Set Slimming Shaklee ini mengandungi 3 unsur penting:

1) Detox - Proses membersihkan usus yang mana segala toksin, lendir dan lemak yang melekat di dinding usus akann dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Anda boleh mengambil Herblex, Alfalfa atau Fiber. Herblex adalah sesuai untuk mereka yang mengalami sembelit, jika tidak anda boleh mengambil Alfalfa atau Fiber. HERBLEX ADALAH DILARANG SAMA SEKALI JIKA ANDA MENYUSUKAN BAYI. Fiber memanjangkan tempoh makanan dalam perut dan kenyang lebih lama. Ia melancarkan proses penghadaman dan memudahkan proses membuang air besar. Usus dicuci sepenuhnya dan elakkan perut buncit.

2) Protein - Protein diperlukan untuk meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, mengawal nafsu makan dan menjada otot bebas lemak. 35% kalori dalam badan akan tersingkir dengan pengmabilan protein. Sumber protein terbaik yang boleh anda ambil adalah Chinch Shake (terdapat dalam 3 perisa; chocolate, cafe latte dan vanilla). Jika anda ibu menyusu, JANGAN ambil Chinch sebaliknya gantikan dengan ESP. ESP juga berfungsi sebagai milk booster.

esp + Chinch

 

3) Lecithin - berfungsi untuk memecah lemak2 dan mencegah lemak2 dari melekat di dinding membrane. Lecithin dinamakan 'pengemulsi  semulajadi'  kerana ia mempunyai kesan melekat di lemak.. secara ringkasnya ia membolehkan lemak terapung di dalam darah. Lecithin tidak dihasilkan oleh badan manusia namun ia sangat diperlukan.

lecithin

Gabungan ketiga-tiga produk sangatlah memberi impak yang positif kepada penggunanya. Entri seterusnya saya akan berkongsi beberapa testimoni pelanggan yang telah berjaya dengan set ini.

Jika ingin mencuba, hubungi saya 0192156963 atau email sfarhanahjaafar@gmail.com

Sila LIKE fanpage Mummy Insyirah Gorgeous untuk daptkan konsultasi percuma.

Thursday, 2 May 2013

Set Penyusuan Shaklee

Bagi ibu-ibu yang berminat untuk mencuba set penyusuan Shaklee, di sini saya tampilkan 4 set yang sering menjadi pilihan. Sangat menjimatkan kerana sebotol boleh guna hingga 4 hingga 6 bulan. Berbaloi kan?

Set 1  - Set B

  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan alfalfa

  • Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan

  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu

  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat

  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan

  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu

  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa


Set 2 - Eu-Four Pack

 

  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan kalsium

  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)

  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat

  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan

  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.

  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.


Set 3 - Set E

  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin, kalsium dan alfalfa

  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat

  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan

  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.

  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.

  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan

  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu

  • Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana alfalfa dan kalsium bertindak sebagai milk-booster


Set 4 - Set 3M

  • Mengandungi set B, kalsium dan ESP

  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan

  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak

  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat

  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.


3M_edited

Untuk membuat tempahan, boleh hubungi melalui:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.