Bagi bayi, mereka masih tidak tahu bagaimana untuk mengeluarkan kahak atau hingus. Oleh itu, mereka akan agak sukar bernafas disebabkan kahak dan lendir hingus yang terkumpul idi rongga hidung. Jika bayi diberikan ubat-ubatan, mereka akan tidur lebih lama dan ini akan membahayakan bayi tersebut kerana kandungan antihisamine (kesan mengantuk) yang terdapat di dalam ubat tersebut. Kadar pernafasan bayi akan berkurang dan menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya mengakibatkan degupan jantung bayi terhenti dan berisiko MENINGGAL DUNIA.
Di sini, petua-petua kampung amatlah berguna untuk merawat selsema bayi ini
Petua Selsema dan Batuk Bayi
1. Sapukan batang hidung bayi dengan sedikit ibu kunyit yang telah disagat pada tepi lesung. Lakukan sekerap mungkin
2. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas-ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi sedang tidur. Lakukan sekerap mungkin.
3. Elakkan sebarang makanan yang berminyak buat sementara waktu kepada bayi selsema
4. Sediakan sup ayam
5. Sapukan Vikcs Baby Balsam di bahagian dada, belakang dada dan hidungnya jika tidak suka guna daun kaduk
6. Sapukan minyak telon selepas mandi dibahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi selsema selepas mandi
7. Elak basahkan kepala bayi sewaktu mandi petang sekiranya bayi selsema
8. Pemakaian topi dapat elakkan ubun-ubun bayi sejuk dan menyebabkan bayi selsema.
Cara Atasi Selsema dan Batuk Bayi Bawah Dua Tahun
1. Berikan satu sudu madu dan air suam kepda bayi berusia 2 tahun dan ke atas.
Madu dapat melonggarkan lendir hingus yang tersekat ditekak
2. Bagi bayi selsema berusia 1 hingga 2 tahun, berikan mereka sedikit
sahaja madu. Gunakan madu yang lembut, bukan madu tualang
3. Campurkan sedikit Vikcs Baby Balsam ke dalam sebekas air suam. Tutupkan kepala
bayi selsema dan batuk dengan tuala agar wap vikcs Baby Balsam boleh diserap ke
dalam paru-parunya. Sambil anak ditiarapkan dalam pangkuan ibu atau bapa dan
sedang menghidu wap Vikcs Baby Balsam tepukkan belakangnya secara
perlahan menggunakan kekuatan pergelangan tangan sahaja agar kahak dari paru
-paru yang telah longgar dapat dikeluarkan melalui batuk bayi. (Vikcs Baby
Balsam berpenutup berwarna pink botol berwarna biru - diperbuat dari tumbuh-
tumbuhan sahaja)
5. Buang kahak dalam paru-paru dengan melakukan fisioterapi paru-paru satu jam sebelum bayi selsema menyusu atau satu jam
selepas bayi menyusu sahaja.
Caranya - Tiarapkan bayi dan lapikkan perut bayi dengan bantal tidurnya, bentukkan
tangan anda seperti scoop dan tepuk belakang tubuh anak anda dengan kekuatan
pergelangan tangan sahaja mengikut gerakan ikut arah jam. Kahaknya akan keluar
melalui najis.
Bagi ibu yang EXCLUSIVE BREASTFEED, anda digalakkan mengambil suppliment yang dapat meningkatkan daya tahan/antibodi bayi seperti, Vitamin C, Vitalea, OMega Guard atau Nutriferon.
Berminat untuk mendapatkan SET IMUNE BOOSTER ni?
Boleh hubungi saya:
sms/WhatrsAPP : 0192156963
Email : sfarhanahjaafar@gmail.com
LIKE FB fanpage: Mummy Insyirah Gorgeous
ADD FB: Mummy Insyirah untuk CHAT secara terus
* FREE CONSULTATION untuk anda yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan Mummy Insyirah.
0 comments:
Post a Comment