Get me outta here!

Friday, 28 June 2013

Pelihara Jantung Anda

Baru-baru ni Shaklee melancarkan 1 produk baru yang dinamakan CoQHealth Plus

Apa keistimewaan CoQHealth Plus ni?

CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik. CoQ10 telah ditunjukkan dapat:
• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap
pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di
dalam darah

Apakah coenzyme Q10?

= CoQ10 adalah zat makanan larut lemak yang hadir secara semulajadi dan didapati di setiap sel tubuh untuk berfungsi dengan baik terutamanya organ yang bekerja keras seperti jantung, hati , buah pinggang dan pakreas.

Coq10 penting dalam penghasilan tenaga bagi setiap sel kekal berfungsi. Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat bagi membolehkan jantung terus berdegup.

  • Ia dapat mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh.

  • CoQ10 juga menyokong pertalian antara salur darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat atau normal.

  • Ia juga bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoprotein berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah termsuk pengaliran darah ke jantung.


coq10 pic

Jika anda berminat untuk mendapatkan CoQHealth Plus, boleh terus hubungi saya:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.

* Segala penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuhkan atau menganalisaapa jua penyakit atau masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

Wednesday, 26 June 2013

Bagaimana Mencegah Darah Tinggi

Darah tinggi dikategorikan sebagai salah satu Silent Killer yang utama. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukkan bahawa kira-kira 24% penduduk Malaysia menghidap darah tinggi. Penyakit ini sehingga ke hari ini kurang didiagnos dan dirawat di seluruh dunia. Antara faktor utama adalah pembentukan 'benteng' dalam saluran darah yang disebabkan oleh kolesterol.

hyper tension

Darah tingi adalah ibu kepada penyakit kronik yang lain seperti arteri koronari, cerebrovaskular, arteri periferi dan kegagalan ginjal. Penghidap darah tinggi juga berisiko untuk mendapat strok atau angin ahmar.

Mencegah lebih baik dari merawat. Dengan mengamalkan beberapa suppliment dari Shaklee pasti dapat mengurangkan risiko pesakit darah tinggi dari menjadi lebih teruk. Antara Vitamin Shaklee yang disarankan untuk pesakit ini adalah:


  • Vitamin Asas (Vitalea, B complex, Vit C) - membekalkan sokongan yang diperlukan oleh sistem imun badan untuk melawan sebarang kesan jangkitan dan mengekalkan kesihatan kardio-vaskular

  • Carotamex & Vit E - gabungan nutrien antioksidan penting untuk mengurangkan risiko penyakit yang terhasil daripada aktivit radikal bebas

  • Omega Guard - mengurangkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung

  • Garlic Complex - mengawal jangkitan dan menurunkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dan memelihara kesihatan selular.


Jika anda berminat untuk mendapatkan set ini, boleh terus hubungi saya:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.

* Segala penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuhkan atau menganalisaapa jua penyakit atau masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

Tuesday, 25 June 2013

Makanan Boleh Dan Tak boleh Untuk Ibu Dalam Pantang

Assalamualaikum, hari ini saya nak kongsikan info tentang makanan yang boleh dan tak boleh ambil oleh ibu-ibu yang dalam pantang. Amat penting untuk kita ambil berat tentang perkara ini  untuk menjaga kesihatan dan kecergasan si ibu serta membekalkan nutrisi kepada si bayi. Jom kita lihat jadual di bawah.















































































































































































































BOLEHTIDAK BOLEH
·         Burung puyuh·         Ayam biasa (takut gatal)
AYAM & DAGING·         Burung merpati
·         ayam hitam
·         ayam didik
·         ayam selasih
·         ayam kampung
·         daging batang pinang
·         Ikan haruan·         Ikan kering
IKAN·         Ikan yu·         Ikan masin
·         Ikan selar·         Ikan keli
Penting:·         Ikan gelama·         Ikan bawal hitam
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan·         Ikan jenahak·         Ikan terubuk
·         Ikan merah·         Ikan duri
Ikan haruan menyembuhkan luka.·         Ikan tenggiri·         Ikan pari
Ikan yu membanyakkan susu ibu·         Ikan kurau·         Ikan sembilang
·         Ikan bawal putih·         Ikan parang
·         Ikan senangin·         ikan kembung
·         Ikan bilis·         Ikan tamban
·         Ikan cencaru
·         Ikan tongkol
·         makanan laut
·         udang
·         sotong
·         kerang
·         halia
ULAM ULAMAN·         Serai
·         Lengkuas
Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.·         pucukpegaga
·         pucuk mengkudu
Jantung pisang membanyakkan susu ibu·         pucuk ulam raja
·         lempuyang
Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan·         jantung pisang rebus
menyembuhkan luka dalaman·         daun atau ubi cekur
·         bunga kantan
·         kunyit hidup
·         daun lemuni hitam
·         daun kaduk
·         daun sekentut
·         daun kesum
·         daun cemumar
·         daun pudina
·         daun kari
·         daun bebuas
·         daun ruku

Selain pemakanan, suppliment selepas bersalin juga amat penting untuk menyembuhkan luka jahitan serta memulihkan tenaga si ibu tanpa memberi apa-apa kesan negatif pada bayi anda seperti jaundice dan cirit birit. Oleh kerana itu, ramai ibu-ibu telah memilih SET BERPANTANG SHAKLEE sebagai alternatif lain kepada jamu dan herba-herba kampung yang ternyata panas dan memudaratkan bayi.

pantang4_edited

Jika anda berminat untuk mendapatkan Set Berpantang Shaklee, boleh terus hubungi saya:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.

Friday, 21 June 2013

Menorrhagia Ganggu Kesuburan Wanita

Semalam belajar benda baru yang tak pernah saya ketahui sepanjang 16 tahun akil baligh ni. Sorang customer PM minta pandangan tentang masalah beliau iaitu haid yang berpanjangan selama 8 bulan. Mula-mula tu terkejut jugak, 8 BULAN?? Dalam hati mula terdetik, bunyinye macam masalah paranormal je. Kikiki.. ye lah kan, selama hidup ni tak pernah lagi dengar masalah macam ni.


Selongkar punya selongkar dari arkib pak cik google (terima kasih pada pak cik google), rupa-rupanya memang ada masalah begini, ia dipanggil Menorrhagia. Menorrhagia disebabkan ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan dinding rahim menebal, begitulah kot kesimpulannya.


Di bawah ni ada petikan yang di 'copycats' dari Utusan Online pada 25/01/2004. Disebabkan kekalutan hari ini, so tak dapat nak olah ayat sendiri.


Jom kita baca.


BIASANYA apabila seorang kanak-kanak perempuan buat pertama kali datang darah haid, dia dikatakan sudah baligh dan bergelar gadis. Pada masa itu setiap ibu akan berasa bangga kerana anak gadisnya telah dewasa.


Dari sudut perubatan, ia menandakan bermulanya fasa di mana organ reproduktifnya akan mula berfungsi dan berkembang.


Ia bermakna organ reproduktif iaitu rahim dan ovari berkembang dan bertambah matang. Ia juga mula berfungsi agar penghasilan hormon wanita seimbang serta setimpal. Ini bagi memastikan ovari dan kitaran haid seimbang dan lancar.


Di samping itu, penghasilan hormon wanita iaitu estrogen akan menjadi lebih tinggi. Ini untuk memastikan perkembangan seksual sekunder seperti pembesaran buah dada, pertumbuhan bulu ketiak, pertumbuhan bulu pubis serta bentuk badan wanita.


Jika ada gangguan pada sistem tersebut, maka timbullah berbagai-bagai gejala yang tidak menyenangkan.


Ini termasuk pendarahan haid yang banyak, senggugut, kitaran haid yang tidak tetap dan banyak lagi.


Oleh itu maklumat yang betul tentang haid serta pendidikan seksual pada masa ini penting. Ini bagi membolehkan para remaja memahami segala perubahan yang bakal mereka alami.


Maklumat tersebut boleh diperoleh sama ada secara formal atau tidak formal. Jika ia dapat diterapkan dengan baik maka mereka akan lebih menghargai diri masing-masing.


Oleh itu keluarga terutama ibu, guru, kakak, ibu saudara serta kawan rapat memainkan peranan penting untuk memberi maklumat yang betul tentang pengetahuan seksual.


Setelah datang haid, seseorang wanita mahupun gadis tidak akan lari dari masalah haid. Salah satu gejala yang mungkin di alami ialah menorrhagia.


Menorrhagia


menorrhagia


Menorrhagia merupakan satu gejala yang bermaksud haid yang keluar sangat banyak pada setiap bulan. Kebiasaannya, darah haid yang keluar tidak melebihi 80ml pada setiap 21-35 hari kitaran untuk selama dua hingga tujuh hari. Kehilangan darah haid yang terlalu banyak boleh berlaku apabila haid keluar terlalu banyak dan melimpah. Jumlah hari yang terlalu lama dan kitaran haid terlalu singkat menyebabkan kedatangan haid terlalu kerap atau tidak tetap. Oleh yang demikian, menorrhagia boleh didefinisikan sebagai haid yang melebihi 80ml setiap bulan.


Sebenarnya gejala ini merupakan salah satu masalah kesihatan di negara yang membangun. Didapati hampir dua pertiga daripada wanita yang mempunyai masalah menorrhagia akan juga mengalami masalah iaitu masalah kekurangan zat besi. Di New Zealand umpamanya, satu dalam lima wanita yang berusia 54 tahun ke atas terpaksa melalui pembedahan pembuangan rahim atau histerektomi akibat daripada masalah ini (Paul et al 1988). Jika ia berlaku pada remaja pula sudah tentu boleh menjejaskan pembelajaran di sekolah. Ini kerana kehilangan darah yang banyak dan berpanjangan boleh menyebabkan remaja tersebut akan menjadi anemia, pucat dan letih sehingga mengganggu pembelajaran beliau.


Sehubungan itu, remaja yang mempunyai masalah tersebut juga disarankan untuk cepat mendapat bantuan perubatan.


Punca


- Dysfunctional Uterine Bleeding (DUB).


Hampir 60 peratus dari gejala ini disebabkan oleh DUB. Ini boleh terjadi sama ada dalam kitaran anovulatory atau ovulatory. Biasanya, jika gejala ini timbul pada wanita peringkat umur yang ekstrem iaitu pada remaja atau peri menopaus, berkemungkinan besar ia adalah kitaran anovulatory. Ini terjadi disebabkan kitaran ovari yang belum begitu matang untuk berfungsi (pada remaja) atau kitaran ovari yang hampir gagal atau tamat usia untuk berfungsi (pada wanita perimenopaus). Manakala jika gejala ini berlaku pada peringkat umur reproduktif, sebabnya masih tidak diketahui tetapi mungkin berkaitan masalah receptor tertentu dalam rahim.


- Masalah ginekologi


Dianggarkan 35 peratus dari gejala ini disebabkan masalah ginekologi seperti radang pada rongga pelvis, penyakit endometriosis, fibroid atau polip pada rahim, endometrial hyperplasia iaitu peringkat prakanser dinding rahim (endometrium), kanser rahim atau ketumbuhan pada ovari.


- Penyakit endokrin


Kurang lima peratus pula disebabkan penyakit endokrin seperti penyakit tiroid (hipotiroid), penyakit darah seperti Von Willebrand's Disease ataupun apabila seseorang itu mengambil ubat seperti warfarin.


- Penggunaan kaedah merancang keluarga


Bagi mereka yang menggunakan kaedah merancang keluarga seperti alat dalam rahim (IUCD), hampir 50 peratus daripada mereka mempunyai haid dua kali ganda lebih banyak. Tetapi, keadaan ini adalah normal bagi pengguna IUCD. Biasanya rawatan yang disyorkan ialah bergantung kepada punca atau gejala tersebut. Walaupun begitu, bagi wanita yang berumur 35 ke atas pengambilan contoh dalam rahim iaitu endomertrial sampling atau pengambilan sampel tersebut melalui histeroskop disyorkan sebelum memulakan rawatan. Ini bagi memastikan gejala yang dialami bukan disebabkan oleh kanser rahim (endometrial hyperplasia).


- Rawatan hormon


Contoh rawatan hormon yang boleh diberikan termasuk Levonogestrel IUCD, progestogen dos tinggi seperti norethesterone, medroxyprogesterone selama tiga minggu setiap kitaran haid dan pil perancang.


- Anti-fibrinolitic - seperti tranexamic acid yang cuma di ambil semasa haid saja


- Nonsteriodal anti - inflammatory seperti


mefenamic acid (ponstan) boleh membantu


- Danazol.


Rawatan pembedahan konservatif termasuk:


- Endometrial ablation - Ia adalah kaedah memus nahkan lapisan endometrium menggu nakan pembedahan krio, laser atau gelombang mikro.


- Endometrial resection - Ia adalah kaedah di mana lapisan endometrium tersebut dikikis atau dipotong.


Bagaimanapun, kaedah rawatan sama ada ubat-ubatan atau pembedahan konservatif bukanlah jaminan kejayaan 100 peratus. Ada kalanya apabila rawatan ubat-ubatan gagal, pembedahan pembuangan rahim adalah disyorkan. Begitu juga hampir 40 peratus daripada pesakit yang telah melalui pembedahan konservatif tersebut terpaksa melalui pembedahan histerektomi selepas lima tahun rawatan. Oleh itu setiap wanita harus prihatin pada setiap perubahan pada diri masing-masing.


Jika anda mendapati terdapat perubahan pada haid, pergilah berjumpa doktor untuk mendapat kepastian, mengenal pasti penyakit dan mendapatkan rawatan yang berkaitan. Ini adalah kerana jika diperhatikan gejala menorrhagia sendiri boleh disebabkan oleh berbagai-bagai sebab termasuk kanser. Sukar untuk mengenal pasti penyebab sesuatu masalah berdasarkan kepada gejalanya saja. Oleh itu beberapa pemeriksaan lain harus dijalankan untuk mengenal pasti penyebabnya sebelum memulakan rawatan.


Jika anda menangguhkan pemeriksaan ia boleh memudaratkan kesihatan dan jika ia kanser mungkin segala rawatan yang disyorkan sudah tidak berkesan. Atau jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan alternatif lain dengan produk Shaklee, boleh terus hubungi saya:


sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.

Wednesday, 19 June 2013

Susu Tetap Meriah Walaupun Berpuasa

upin-ipin puasa copy

Ramadhan semakin menghampiri. Pasti anda semua excited menantikan bulan penuh barakah yang hanya datang sekali dalam setahun ni. Niatkan dalam hati untuk memenuhkan hari-hari mulia ini dengan amal soleh dan sedekah. Niat sahaja dah dapat pahala, apa lagi jika kita menyempurnakannya.

Jadi apa persiapan anda untuk diri dan keluarga agar Ramadhan ini menjadi Ramadhan ang penuh berkat? Sebagai ibu, adalah menjadi satu cabaran besar untuk menguruskan anak-anak dan rumahtangga sepanjang tempoh ramadhan ni. Apatah lagi jika anda bekerja.  Mana taknya, dengan kerenah anak-anak yang curi-curi makan, malas ke sekolah kerana letih, tugasan pejabat yang menimbum, terpaksa rush balik ke rumah untuk masak hidangan berbuka dan macam-macam lagi. Semua itu pasti memenatkan.

Bila dah penat dan stress macam ni, macam mana nak fokus pada solat terawih dan ibadat lain. Tambahan lagi jika anda menyusukan anak, penat pasti berganda-ganda. Jadi, ambillah langkah yang sewajarnya bagi memastikan keluarga anda dapat memanfaatkan Ramadhan ini dengan sebaiknya. Persiapkanlah diri dan keluarga dengan bekalan yang dapat membantu mereka menjalani hari-hari dengan cergas dan bermakna. Alhamdulillah dengan adanya minuman bertenaga seperti ESP dan PERFORMANCE DRINK, pasti Ramadhan kali ini lebih ceria dan bertenaga. Dua suppliment ini sangat membantu terutama untuk ibu-ibu yang menyusukan anak secara ekslusi, kerana ESP bertindak untuk memberikan rasa kenyang lebih lama (sekurang-kurangnya tak de lah waktu tengah hari dah pancit) manakala PERFORMANCE DRINK pula mengelakkan ibu-ibu ini mengalami dehidration sepanjang bulan puasa. Ini kerana ibu-ibu menyusu sangat memerlukan air untuk diri sendiri dan bayi. Tambahan di bulan puasa pengambilan air amatlah terhad, jad PD insyaALLAH dapat mengurangkan dehidration dalam badan kita.

ESP + PD + testi

Jadi bagi sesiapa yang ingin mendapatkan 2 suppliment ini, boleh hubungi saya:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.

Wednesday, 12 June 2013

Might 3 Gems

Alhamdulillah, lagi beberapa hari sahaja lagi anak bulan Ramadhan bakal menjelma. Bagi yang wanita pasti sekarang sedang berhempas pulas menggantikan semula puasa tahun lepas yang masih berbaki. Bagi yang lelaki pula, pasti sedang sibuk mengejar pahala sunat berpuasa di bulan Rejab.

Namun sudahkah anda membuat persedian fizikal dan mental anda dan anak-anak untuk menghadapi Ramadhan ini? Kerana pastinya sesuatu yang meletihkan terutama bagi anda yang bekerja dan anak-anak yang bersekolah pagi dan petang untuk menjalani ibadah puasa tahun ini, tambahan lagi sekarang ni musim panas. Jadi untuk memastikan ibadah puasa yang hanya datang sebulan dalam setahun ini tidak terjejas, saya sukacita ingin memperkenalkan anda semua dengan 3 serangkai yang sangat dikenali sebagai minuman bertenaga iaitu:

  • ESP - semua orang tahu akan kebaikan ESP yang kaya dengan protein soya non-GMO. Satu hidangan ESP bersamaan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur dan 12 kali ganda susu. Oleh sebab itu, ia akan menjadikan kita kenyang dalam tempoh masa yang lebih lama berbanding biasa.

  • Performance Drink - mengekalkan kandungan air dalam badan dan mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi. PD adalah minuman isotonik ala-ala 100+ sangat digemari para atlit dan berperisa oren. PD juga sangat sesuai di ambil oleh ibu-ibu yang menyusu.

  • Mealshake - lengkap dengan 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.


MIGHT 3 GEMS

Jom kita tengok testimoni pengguna set ini sepanjang Ramadhan.

test_2

Jika anda berminat untuk dapatkan ketiga-tiga produk ini, boleh terus hubungi saya;

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.

Tuesday, 11 June 2013

Kenali Punca Ketidaksuburan

Penyebab Sulit Hamil Pada Wanita- Kompilasi Pena

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimanasistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal. KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT PELUANG MENDAPTAKAN BERAT BADAN IDEAL.

4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma. KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT PELUANG MENINGKATKAN KESUBURAN ANDA.

8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)

  • Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.

  • Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.

  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.

  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

  • KLIK DI SINI UNTUK MENGEMBALIKAN NUTRISI HARIAN ANDA.


10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:

  • Memasak

  • Bersenam

  • Mendengar muzik

  • Membaca dan mendengar audiobooks

  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri

  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga

  • Beromantik dengan suami


11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

Jika anda berminat untuk mendapatkan sebarang produk SHAKLEE, sila hubungi saya:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

FREE CONSULTATION hanya diberikan kepada customer yang membeli dengan saya sahaja.

Monday, 10 June 2013

Promosi Bulan June

Mealshake murah.. mari-mari dapatkan sekarang. Bulan nie je dapat harga macam ni. Lepas ni tak dak dah..

MEALSHAKE PROMOSI

Siapa nak dapatkan Mealshake dengan harga istimewa boleh terus hubungi saya:

sms/whatsAPP: 0192156963

Email: sfarhanahjaafar@gmail.com

FB fanpage: Mummy Insyirah Gorgeous

ADD FB: Mummy Insyirah untuk CHAT secara terus dengan saya.

FREE Consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli dengan saya sahaja.

Penjagaan Gigi Kanak-kanak

Penjagaan kesihatan gigi seharusnya bermula sejak bayi masih di dalam kandungan ibu lagi. Di peringkat ini ibu yang hamil wajib mengamalkan tabiat pemakanan yang baik. Ibu juga perlu mengambil makanan yang sseimbang untuk tujuan menjaga kesihatan diri serta kesihatan bayi dalam kandungan.

Bagi ibu-ibu yang mengandung, keinginan untuk selalu makan terutama makanan yang manis dan masam akan menjejas kesihatan mulut. Ini sekiranya amalan makan tanpa mengira masa ini diteruskan tanpa memberi perhatian kepada penjaga kebersihan mulut, terutama selepas setiap kali makan. Sekiranya tidak dijaga, ia akan mengakibatkan kesakitan bagi mereka yang menghadapi masalah gigi berlubang dan penyakit gusi serta mulut berbau. Seringkali kejadian ini dikaitkan keadaan mengandung sebagai punca masalah tersebut, walhal ia tidak sedemikian. Cuma perubahan hormon sewaktu mengandung akan menyebabkan sebilangan ibu mengandung mengalami masalah gusi yang mudah berdarah. Keadaan bertambah teruk dengan amalan kekerapan makan yang tidak boleh dikawal.

Pemakanan yang seimbang adalah penting untuk pembinaan gigi yang telah pun bermula semasa bayi masih di dalam kandungan ibu lagi. Seharusnya ibu meneruskan amalan baik ini setelah anak itu lahir. Ssalah satu langkah ke arah mencapai tahap gigi sihat seumur hidup ialah dengan mengamalkan tabiat penyusuan yang baik. Pembersihan gigi yang baru tumbuh boleh dibuat dengan menggunakan kain lembut yang dibasahkan.

Adalah tidak digalakkan memberi susu botol semasa anak-anak sedang tidur. Ini kerana, sekiranya gigi itu terendam dalam susu tersebut semasa anak sedang lena, gigi akan mudah berlubang iaitu karies botol susuan.

Gigi yang sering kali terlibat dengan kejadian ini ialah gigi hadapan. Sekiranya keadaan bertambah teruk, ia akan menyebabkan kehilangan gigi susu lebih awal daripada masanya. Ini akan menjejaskan pertumbuhan gigi kekal kelak.

Ekoran itu, masalah gigi yang tumbuh dengan tidak teratur akan terjadi dan dari sini jugalah berpuncanya masalah-masalah yang lain.

Sekiranya anak itu memerlukan juga minuman/susu botol semasa waktu tidur, eloklah beri air kosong sahaja. Botol perlu dikeluarkan apabila anak itu lena. Sewajarnya kita menghentikan menyusu melalui botol apabila anak sudah berumur lebih kurang 2 tahun dan menggalakkan minum susu menggunakan cawan.

Peranan serta asuhan berterusan daripada ibulah yang memaonkan peranan penting untuk menentukan kesihatan mulut anak-anak. Berus gigi perlu diperkenalkan kepada anak-anak apabila mereka berusia 1 atau 2 tahun. Walaupun mereka belum sedar tentang fungsi berus tersebut, sekurang-kurangnya mereka telah kenal dan boleh diasuh cara menggunakannya sedikit demi sedikit. Elakan menggunakan ubat gigi pada peringkat awal kerana mereka akan menelannya. Apa yang penting ialah mengeluarkan sisa makanan di atas permukaan gigi dan tabiat ini harus dilakukan secara beransur-ansur.

Peranan ibu seterusnya ialah memastikan anak mengamalkan tabiat menjaga kebersihan gigi setiap kali selepas makan dan mengurangkan makanan-makanan yang manis dan melekit. Selain itu dapatkan pemeriksaan doktor sekerap yang mungkin.

GIGI

Jika anda berminat untuk mendapatkan sebarang produk kesihatan SHAKLEE, boleh terus hubungi saya:

sms/whatsAPP: 0192156963

Email: sfarhanahjaafar@gmail.com

FB fanpage: Mummy Insyirah Gorgeous

ADD FB: Mummy Insyirah untuk CHAT secara terus dengan saya.

Consultation percuma hanya diberi kepada customer yang membeli dengan saya sahaja.

Friday, 7 June 2013

Kulit Berjerawat Kini Tiada Lagi

Kulit berparut akibat jerawat, pasti sedikit sebanyak melemahkan semangat anda untuk berhadapan dengan orang ramai. Apalagi jika tuntutan kerja memerlukan kita berjumpa orang ramai di luar pejabat. Jangan mudah putus asa. Masih ada jalan penyelesaian yang boleh membantu anda mengatasi masalah seperti ini.

kulit berjerawat

Lazimnya antara punca-punca kulit berjerawat adalah:

  1. Alahan pada makanan - Elakkan makanan yang bergoreng, pedas, kopi, coklat dan makanan laut yang hanya memburukkan lagi keadaan kulit berjerawat.

  2. Kuantiti air yang tidak mencukupi, apabila keadaan ini berlaku, badan tidak dapat mengalirkan toksin menyebabkna toksin tersebut kekal lama dalam badan dan jerawat bertambah teruk. Diansihati juga agar makan buah-buahan dan sayuran untuk membantu pengaliran toksin keluar dari badan.

  3. Kurang tidur - pembaikan sel-sel sistem badan tidak berfungsi jika kurang tidur. Tidur yang mencukupi adalah sekurang--kurangnya 8 jam sehari. Jam 12 mlm - 3 pagi adalah masa sistem badan sedang menjalankan tugas.

  4. Sembelit - Sembelit menyebabkan toksin kekal lebih lama dalam badan dan peredaran darah jadi tidak lancar. Toksin yang berlebihan akan tersekat dan akan dikeluarkan melalui kulit wajah. Selagi masalah sembelit tidak selesai, selagi itu masalah jerawat juga timbul.

  5. Hormon tidak seimbang - Masalah hormon tidak seimbang terjadi apabila kalenjar sebaceous mengeluarkan banyak sebum sehingga liang roma tersumbat. Ia terus dikeluarkan sehinggajerawat menjadi bertambah banyak, membengkak dan merebak.


Justeru, jangan biarkan masalah ini membelenggu anda sehingga menjadikan anda anti-sosial dek kerana malu muka yang berjerawat. Ambillah suppliment tau vitamins yang sesuai yang boleh mengurangkan gejala jerawat. Antara suppliment yang paling yang saya sarankan adalah SET D SHAKLEE.

Apa yang ada dalam SET D SHAKLEE?

SET D mengandungi VIT C, VIT E dan B COMP dan jika mahukan kesan yang optimum boleh ditambah dengan ESP.

Jika Budget anda terhad, anda boleh memilih Vit E dan  ESP sahaja. Mengapa Vit E dan ESP? Kerana kedua-duanya sangat bagus untuk kulit, manakala ESP pula protein terbaik dan membantu membentuk sel-sel kulit dengan baik dan sihat.

Jom kita lihat testimoni pengguna yang berjaya.

testi 2

testi 1

Untuk yang berminat untuk mendapatkan set ini, boleh terus hubungi saya:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

Wednesday, 5 June 2013

Resdung

Apa itu resdung?rongga-resdung

Istilah tradisional - Resdung adalah kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi  gatal dan tidak selesa.

Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menyebabkan kerosakkan pada kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.

Resdung atau sinusitis adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung/hama yang terus merebak dalam tubuh pesakit.

Tahukah anda resdung adalah penyakit dari parasit demodex atau dipanggil ulat resdung dalam bahasa kita. Terdapat hampir 44 jenis resdung. Masalah resdung berpunca dari alahan pada habuk, debu, pemakanan, pencemaran dan sebagainya. Penyakit resdung juga boleh membawa MAUT jika tidak dirawat dengan segera.

SIMPTOM-SIMPTOM RESDUNG

  • Hidung selalu tersumbat

  • LEndir dari hidung dan tekak

  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan antara mata

  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang

  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan

  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya


EFEK RESDUNG


  • Jangkitan nanah di sekeliling mata

  • Jangkitan otak

  • Sakit tekak yang kronik

  • Jangkitan Tulang muka

  • Lelah

  • Jangkitan telinga dan tonsil

  • Berdengkur secara kronik

  • Alahan hidung

  • Selsema yang melarat


PENCEGAHAN

  • Banyakkan minum cecair apabila anda diserang selsema untuk mencairkan mukus dan mengalirkannya keluar.

  • Jauhkan diri dari asap tembakau/rokok  dan udara yang tercemar. Ia boleh meradangkan laluan hidung anda. Perokok lebih mudah mendapat sinusitis.

  • Jangan pergi berenang atau menyelam ketika anda diserang sinusitis kerana bahan klorin yang terdapat pada air kolam ituakan mengganggu pengalas lapisan hidung dan sinus. Penyelam biasanya akan mengalami kesesakan nafas.

  • Dapatkan rawatan dengan segera jika anda diserang selsema. Hembuskan hidung anda dengan perlahan-lahan.

  • Dapatkan suppliment yang dapat meningkatkan antibodi atau daya tahan penyakit yang sesuai.


Suppliment yang paling sesuai dan berkesan untuk pesakit resdung adalah SET RESDUNG SHAKLEE yang terdiri daripada.

  • B complex - menstabilkan hormon dan bertindak sebagai penenang.

  • Alfalfa - mengurangkan keradangan akibat resdung, kerana ia kaya dengan sumber klorofil.

  • Garlic - meningkatkan sistem imune badan , menghalang alergy.


Jika anda berminat untuk mendapatkan SET RESDUNG SHAKLEE, boleh terus hubungi saya:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

Konsultasi percuma hanya diberikan kepada customer yang membeli dengan saya sahaja.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, 4 June 2013

Petua Tradisional Tambah Susu Ibu

Oranges_and_juice
Kerapkali terdengar cakap-cakap di kalangan ibu baru bersalin tentang susu badan yang semakin berkurangan. Sebenarnya ada petua mudah yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah tersebut.

1.      Kerap menyusu

Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.

2.      Amalan tradisi

Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.

3.      Makanan herba

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.

4.      Minum air ikut keperluan

Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu,

5.      Posisi yang betul

Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.

Sumber: http://pama.karangkraf.com

Jika anda berminat untuk dapatkan set-set penyusuan, boleh hubungi saya:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

Consultation percuma hanya di beri kepada customer saya sahaja.

Sunday, 2 June 2013

Oh Anak!! Kenapa Tak Nak Makan?

Ibu bapa yang mempunyai anak berumur 6 tahun ke bawah seringkali menghadapi masalah anak tak mahu makan. Ada ibu yang mengadu anaknya hanya minum susu seharian tanpa menjamah nasi atau makanan lain. Justeru, bagaimana dengan tumbesarannya jika tidak makan.picky-eater1

Antara faktor-faktor anak tidak mahu makan adalah:

  • Bermasalah dengan gigi

  • Terlalu banyak bermain

  • Bosan dengan menu yang sama

  • Tidak berselera untuk makan

  • Ibu bapa sering memaksa untuk menghabiskan makanan


Jadi, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mewujudkan suasana yang seronok dan tenang semasa makan. Galakkan makan bersama di meja makan daripada makan di hadapan televisyen. Jangan memaksa anak-anak untuk menghabiskan makanan kerana ini akan meletakkan mereka dalam mood stress. Makan sikit-sikit dan kerap lebih baik dari memaksa anak-anak menghabiskan makanan. Sebagai ibu, anda juga haruslah lebih kreatif dalam penyediaan makanan bagi menarik minat mereka untuk makan. Dan option terakhir yang boleh anda lakukan adalah menyediakan suppliment yang boleh manaikkan selera makan anak-anak. Apa suppliment sesuai untuk kanak-kanak yang selamt dan tiada kesan sampingan?

TADAAAAA... MEALSHAKE SHAKLEE!!

mealshake

Mealshake adalah suppliment terbaik untuk anak-anak seawal 1 tahun. Ia mengandungi protein, multivitamin, kalsium, fiber dan nutrien penting yang diperlukan dalam tumbesaran anak. Mealshake diperbuat dari bahan semulajadi dan tiada kesan sampingan.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Mealshake, boleh terus hubungi saya:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

Saturday, 1 June 2013

Punca-Punca Badan Lemah dan Lesu

Seharian sibuk bekerja dari jam 8 am - 5pm tentulah amat meletihkan. Apalagi bila balik ke rumah, perlu menguruskan rumah tangga dan anak-anak. KEtahui antara punca-punca badan cepat letih dan tak bermaya yang boleh kita elakkan.

tired_man

  1. Tidur yang tak mencukupi - waktu tidur yang disarankan untuk orang dewasa adalah 7-8 jam setiap hari. Tidur yang tak mencukupi boleh menganggu fokus samada terhadap keluarga atau kerjaya. Jadikan tidur itu satu keutamaan untuk mengembalikan tenaga anda.

  2. Diet - Diet yang keterlaluan akan menyebabkan badan lemah dan bertenaga akibat daripada pemakanan yang tidak seimbang. Pentingnya diet yang seimbang agar dapat mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. apabila paras glukos terlalu rendah, anda akan menjadi lemah dan mudah pitam

  3. Tidak ambil sarapan pagi - Perlu diingat sarapan pagi adalah satu KEMESTIAN walaupun anda sedang berdiet. Sarapan pagi tak perlu yang berat seperti nasi lemak atau mee goreng, cukuplah sekadar beberapa keping roti dan telur separuh masak, sebagai pengalas perut.

  4. Anemia - Bagi golongan wanita, Anemia merupakan antara punca utama mereka sering berasa letih. Ini kerana mereka kehilangan banyak darah semasa haid. Biasanya tahap iron dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko kerana sel darah merah berperanan membawa oksigen ke seluruh tubuh. Antara simptom-simptom anemia yang perlu anda ketahui adalah lemah, sesak nafas dan berdebar-debar. segera berjumpa doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda tersebut. Jika didapati kekurangan zat besi dalam darah, dapatkan suppliment di klinik-klinik atau farmasi atau amalkan pemakanan yang kaya dengan zat besi seperti daging merah dan kekacang.

  5. Stress - Anda mungkin merasakan STRESS hanya memberi tekanan kepada emosi sahaja. Tapi sebenarnya ia turut memberi kesan kepada fizikal. Lemah, hilang selera makan dan sakit kepala adalah antara simptom tekanan emosi.

  6. Terlalu banyak kafein - Kandungan kafein yang terlalu tinggi akan mengakibatkan degupan jantung bertambah dan tekanan darah meningkat. Ada juga kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan seseorang menjadi lemah, dan secara perlahan-lahan menyebabkan penurunan pada ketagihan kopi. Penurunan secara mendadak akan menyebabkan anda kembali ketagih dan menjadikan anda bertambah lemah.

  7. Dehidrasi - Kurang minum air. Sama ada anda bersenam atau bekerja di dalam ofis berhawa dingin, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda haus, menunjukkan and mengalami dehidrasi.


Amatlah di sarankan agar anda mengambil makanan yang sihat dan berkhasiat setiap hari dan bersenam bagi mengurangkan gejala keletihan dan kelesuan. Namun, gaya hidup yang sibuk membataskan kita untuk melakukan 2 perkara itu dengan konsisten. Justeru, pengambilan suppliment adalah salah satu alternatif  dan cara paling mudah.

Set Optimum A adalah set yang merangkumi segala keperluan kita seharian. Apa yang ada dalam Set ini?

  • Vitamin C

  • B complex

  • Vitalea


Siapa yang sesuai mengambil set ini?

  • Semua golongan lelaki dan wanita yang mementingkan kesihatan ayng optimum (termsuklah ibu mengandung, ibu menysus, warga tua dan remaja)

  • Individu yang cepat letih dan lesu dan tak bermaya.

  • Individu yang kerap demam dan mudah dijangkiti penyakit.

  • Individu yang stress dan cepat mengantuk.

  • Sesuai untuk pelajar bagi meningkatkan fokus dan daya ingatan.

  • Untuk individu yang sibuk dan tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang

  • Untuk ibu mengandung yang hemoglobin nye rendah, kerana kandungan zat besi dalam vitalea amat penting untuk pembentukan sel darah merah.


Bagi anda yang ingin mencuba set ini, boleh hubungi:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.