OK, sebelum bercerita lebih panjang, mari kita selidik apa yang perlu anda persiapkan sebelum dan setelah kelahiran si manja.
✮ Banyakkan pembacaan mengenai penyusuan bayi dan tanamkan azam ingin menyusukan bayi yang dikandung sehinggan usia 2 tahun
✮ Ikuti kelas asas penyusuan yang dianjurkan pihak hospital atau badan-badan bertanggungjawab. Suami amatlah digalakkan untuk turut serta kerana sokongan suami sangat penting semasa tempoh penyusuan berlangsung
✮ Sertai kumpulan yang menyokong penyusuan supaya mereka dapat memberi kata-kata motivasi dan nasihat
✮ Susukan bayi sebaik sahaja melahirkan. Beritahu pada doktor atau nurse yang anda ingin susukan bayi anda sebaik sahaja proses melahirkan selesai. Sila jangan expect yang susu akan memancut-mancut tika ini kerana yang ada hanyalah kolustrum dan anda tak perlu risau jika beranggapan bayi tak kenyang kerana saiz perut bayi ketika ini hanyalah sebesar guli.
✮ Mula mengepam seawal minggu pertama berpantang
✮ Susukan bayi sekerap mungkin. Jika bayi anda tidur melebihi 2 jam, kejutkan dia untuk menyusu
✮ Ingat formula "demand and supply" - lagi banyak kekerapan bayi menyusu, lagi banyak susu akan terhasil
✮ Minum air masak sekurang-kurangnya 3L sehari. Bagi individu yang tidak menyusukan bayi, keperluan air adalah 1L bagi setiap 25kg berat badan. Hitunglah mengikut berat badan anda dan lebihkan sedikit kerana anda menyusukan bayi
✮ Ambil makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran hijau, buah-buahan segar, roti gandum, susu dan sebagainya.
✮ Elakkan stress dan banyakkan berehat
✮ Bangun malam untuk menyusukan bayi. Pada waktu malam hormon prolaktin (hormon pengeluaran susu) sangat tinggi. Jangan beri alasan, "anak saya tak menyusu waktu malam" kerana tanpa anda sedari masih banyak lebihan susu yang si manja tinggalkan. Jadi sekiranya tidak dihisap atau pam, maka tiadalah signal dihantar ke otak untuk menghasilkan lebih banyak susu.
✮ Jangan merungut dan membandingkan susu ibu-ibu lain. Bersyukur dengan susu yang anda miliki kerana itulah rezeki buat bayi anda.
✮ Jangan takbur jika anda berjaya memenuhkan freezer anda kerana ia hanyalah dengan izin Allah
✮ Amalkan doa dan zikir memperbanyakkan susu ibu seperti:
Surah Al-Baqarah ayat 60
Siapkan peralatan mengepam susu sebelum masuk kerja. Peralatan mengepam yang bagus tak bermakna yang mahal. Cukuplah sekadar ia selesa dan tidak menyakitkan. Kunjungi butik barangan ibu dan bayi yang menyediakan bilik untuk mencuba pam yang ingin dibeli terlebih dahulu.
Sediakan jadual mengepam yang sistematik yang tidak mengganggu waktu kerja anda. Jangan kelam-kabut atau tergesa-gesa semasa mengepam kerana ia sedikit sebanyak mengganggu produksi susu. Elakkan stress dan tekanan di tempat kerja.
Tidak dinafikan perjalan penyusuan bagi ibu-ibu bekerjaya amatlah mencabar. Letih, penat, stress adalah perkara biasa. Namun ramai yang kecundang di tengah jalan kerana membiarkan masalah tersebut tanpa mengambil apa-apa tindakan. Kerana itu, ramai di kalangan ibu-ibu menyusu dan bekerja yang mengambil SET PENYUSUAN SHAKLEE. Selain membekalkan dan memulihkan tenaga, ia juga memberi kepuasan dengan hasilnya yang dapat dilihat dalam tempoh seminggu pengambilan (*jika diamalkan mengikut tips-tips yang betul). Namun begitu, perlu diingatkan bahawa supplement Shaklee bukanlah ubat magic yang akan menjadikan susu memancut-mancut keluar, Ia hanyalah makanan tambahan yang membekalkan zat dan nutrien yang diperlukan ibu menyusu terutama bagi ibu-ibu yang sibuk kerana kesibukan mungkin menjadi punca kurangnya pengambilan makanan berkhasiat yang boleh menyebabkan produksi susu merudum.
Apa-apa pun kita hanya berusaha, hanya ALLAH yang mengizinkan ia berlaku atau tidak.
Bagi ibu-ibu yang baru ingin mencuba-cuba set penyusuan shaklee, atau yang memang menjadi peminat tegar, boleh hubungi saya:
sms/whatsapp/wechat: 0192156963
Email: migshoppe@gmail.com
ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe
FB Fanpage: FamiliSihat.com untuk CHAT secara terus.
##COD KLANG/SHAH ALAM/KELANA JAYA
##Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
[…] ✿ Berdoa – Sentiasa berdoa agar setiap hari akan ada rezeki susu buat anak anda. Amalkan juga doa untuk menambah susu ibu dari Surah Al-Baqarah dan zikir Ya Matin. Klik Di SINI. […]
ReplyDelete