Tempoh penyusuan susu ibu adalah antara tempoh yang mencabar bagi seorang ibu. Jatuh bangun, berjaya atau gagalnya misi tersebut bergantung kepada ketabahan dan kekentalan semangat si ibu serta sokongan keluarga.
Selain mengamalkan petua-petua yang boleh memperbanyakkan susu ibu, si ibu juga perlu mengelakkan diri dari stress, murung, keletihan atau sebarang situasi yang boleh mengganggu emosi ibu. Selain itu, sebagai ibu anda juga perlu tahu perkara-perkara yang boleh menyebabkan produksi susu merudum.
Di sini, ingin saya kongsikan beberapa perkara yang boleh menyebabkan susu ibu berkurang. Moga bermanfaat buat ibu dan bayi anda ;)
1) hanya mengepam setelah breast bengkak
Perlu fahami konsep 'demand and supply' . Jangan tunggu sehingga breast bengkak baru nak cari pam. Pam susu ibarat hisapan bayi anda. Makin kerap anda pam, makin banyak susu yang dihasilkan. Malah membiarkan breast bengkak boleh menyebabkan susu berkurang kerana liang-liang susu mungkin boleh tersumbat dan pengaliran susu akan terganggu.
Breast hanya akan cepat penuh & bengkak dengan pengambilan makanan tinggi kandungan protein seperti ESP dan Alfalfa
2) Pengambilan minuman bergas dan berais
Hindari minuman bergas dan berais kerana ia akan mengganggu penghasilan susu ibu. Selain itu, pengambilan dalam jangka masa yang lama akan menyebabkan anda sakit urat.
3) Pengambilan minuman berkafein
Kandungan kafein juga boleh mengganggu kelancaran saraf dalam jangka masa yang panjang. Walaupun ada yang menyatakan, buah kopi mengandungi antioksida yang tinggi, namun kita tidak makan buah kopi ratah begitu sahaja. Ianya diproses dan kandungan kafein dalam kopi lebih tinggi daripada teh.
4) Berdiet / mengambil supplement untuk berdiet
Perlu difahami susu ibu sangat kaya dengan nutrien dan khasiat yang diperlukan bayi anda. Namun semua itu hanya akan berlaku jika anda mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat. Apabila si ibu berdiet atau menjadikan minuman berfiber dan menggantikan makanan sarapan pagi, secara automatik, anda telah mengurangkan zat asli dalam badan. Dalam erti kata lain, apabila makanan yang sepatutnya dimakan digantikan dengan supplement maka khasiat sebenar akan berkurang dan secara langsung memberi kesan kepada penghasilan susu ibu. Harus difahami pengambilan supplement adalah bertujuan memenuhi keperluan nutrisi yang mungkin ter'miss' dalam menu harian, bukanlah menggantikan terus pengambilan makanan yang sebenar.
Ibu-ibu menyusu dan bimbang tentang berat badan, anda perlu tahu bahawa penyusuan juga boleh membakar kalori dalam tubuh untuk menghasilkan susu.
Jika anda mengamalkan supplement bagi menambah zat dan nutrisi dalam susu ibu anda, pasti dapat lihat hasil perahan yang lebih pekat dan berkrim berbanding jika anda mengamalkan supplement diet yang mana susu akan kelihatan cair!
5) Stress/Keletihan
Hindari stress, tekanan, keletihan atau sebarang situasi yang boleh mengganggu emosi anda. Ibu-ibu yang menyusu perlu sentiasa berada dalam keadaan positif dan happy. Ini kerana, perasaan happy akan menghasilkan hormon oksitoksin dan susu ibu akan lebih mudah terhasil.
Jika anda mudah letih, terutama bagi ibu-ibu bekerjaya, dapatkan rehat yang secukupnya. Berbincang dengan suami agar beliau memahami situasi anda dan dapat menbantu mengurus rumah tangga bersama-sama. Sebaiknya dapatkan supplement yang boleh meningkatkan kembali tenaga seperti B Complex dan Vitalea. Selain memberikan tenaga, kedua-dua vitamin ini juga berfungsi mengurangkan stress dan kemurungan.
5) Suka merungut
Jangan sesekali merungut atau kecewa dengan hasil perahan. Sebaliknya ucapkan syukur dan terima kasih pada Allah kerana adanya rezeki buat bayi anda pada hari itu. Ingatlah, Allah akan memberi nikmat kepada sesiapa sahaja yang bersyukur.
SET PENYUSUAN Shaklee banyak membantu para ibu diluar sana yang mempunyai misi besar untuk menghabiskan tempoh penyusuan selama 2 tahun, baik bekerja ataupun surirumah.
Ingin mencuba Set Penyusuan kami? Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami dengan cara berikut:
sms/whatsapp/wechat: 0192156963
Email: migshoppe@gmail.com
ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe
FB Fanpage: FamiliSihat.com
## COD: KLANG/SHAH ALAM
Wednesday, 22 January 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment