Get me outta here!

Tuesday, 27 May 2014

Hadiah Paling Istimewa Buat Ibu Bapa Sempena Ramadhan

Alhamdulillah, dah seminggu stok AJHT kembali. Welcome back AJHT !!! Ramai yang tercari-cari AJHT ni sebenarnya. Almaklum lah, "ubat sendi" paling power lah katakan :-))

AJHT atau nama penuhnya Advance Joint Health Tablet merupakan supplement yang memelihara kesihatan sendi. Kandungan utama AJHT adalah ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak jagung dan nutrien penting lain termasuk Zinc, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, AJHT ialah formula sayuran 100%.

Ketahui bagaimana AJHT membantu memelihara sendi anda, KLIK DI SINI.

sendi-1Selalunya,bila kita bercakap pasal sakit sendi, sakit lutut mesti automatik fikiran akan teringatkan ibu bapa di kampung. Ye lah, di usia yang semakin meningkat, pastinya kesihatan sendi dan otot badan mereka sedikit sebanyak terjejas setelah berpuluh tahun memerah keringat mencari rezeki untuk membesarkan kita adik beradik. Tambahan lagi, lebih kurang sebulan lebih je lagi menjelang Ramadhan. Dah tentu mereka ingin menunaikan solat Terawikh tanpa masalah.

Tapi, jangan tak tahu, bukan warga emas sahaja yang selalu menghidap sakit sendi ni, segelintir golongan wanita terutama yang baru lepas bersalin juga akan mengalami masalah ini, kemungkinan akibat salah semasa berpantang.

Jom kita tengok APA KATA MEREKA yang telah menggunakannya..

 

1) Kalau dulu boleh buat 8 rakaat je terawikh, sekarang dah boleh up 20 rakaat. Alhamdulillah mak cik!

testi4-edited

2) Lepas consume AJHT seminggu, radang sendi dah hilang. Tak perlu lagi beli ubat MAHAL kat farmasi tapi TAK BERKESAN :-P

testi5-edited

3) Selamba jer pak cik angkat tong gas. Penangan AJHT, terus nak masuk ahli!

testi6-edited

Jadi, apa tunggu lagi. Ramadhan semakin tiba, rasanya inilah masa yang sesuai untuk hadiahkan AJHT pada mereka buat bekalan masa bulan puasa nanti.

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.

##COD KLANG/SHAH ALAM/KELANA JAYA

##Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, 20 May 2014

Lepaskan Diri Anda dari Rokok!!!

rantai rokokStatistik tahun 2011 mengganggarkan seramai 4.7 juta rakyat Malaysia adalah perokok berbanding 3.1 juta pada tahun 2007. Peningkatan yang sangat 'maju' dalam tempoh 5 tahun, dipercayai akibat fenomena lambakan rokok seludup pelbagai jenama yang dijual pada harga sangat rendah di pasaran.

Secara purata  perokok di Malaysia membelanjakan sebanyak rm178.80 sebulan untuk membeli rokok. Satu angka yang agak besar untuk nilai sesuatu yang merosakkan sebenarnya.

Rokok mengandungi nikotin. Nikotin adalah bahan toksik yang menyebabkan ketagihan. Nikotin juga adalah salah satu radikal bebas yang merosakkan DNA dalam badan. Radikal bebas bertindak merosakkan sel-sel dan sistem imunisasi badan kita. Apabila DNA dan sel-sel badan telah rosak, maka akan terjadilah mutasi DNA  yang seterusnya akan membentuk kanser  atau penyakit-penyakit kronik yang lain

Antara penyakit-penyakit yang disebabkan tabiat merokok adalah:

➳ Sakit jantung


➳ Kanser paru-paru


➳ Kanser mulut


➳ Stroke


➳ Darah tinggi


dan banyak lagi...


TAHUKAH ANDA, selain kesan terhadap si perokok itu sendiri, ASAP rokok juga turut memberi kesan yang tidak sihat terhadap orang sekeliling terutama kepada ibu hamil serta bayi yang dikandungnya.

➳ Risiko kecacatan bayi


➳ Risiko kelahiran pra-matang


➳ Keguguran


➳ Tumbesaran janin terencat


➳ Pendarahan ibu hamil


➳ Kanser


➳ Bayi kurang berat badan


dan banyak lagi...


BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE MEMBANTU?

Vivix bertindak memulihkan struktur DNA yang telah rosak dan seterusnya membantu menghasilkan sel-sel yang baru yang lebih sihat. Ini kerana kandungan Vivix itu sendiri yang bersifat antioksida yang sangat tinggi. Ia terhasil daripada buah anggur muscadine yang sangat tinggi kandungan revestrolnya. Info lebih lanjut tentang Vivix, sila klik DI SINI.

APA KATA MEREKA?

1) Rokok rasa PAHIT macam hempedu!!!

testi 3

2) Hari pertama minum VIVIX, dah hilang 'nikmat' rokok!

testi 4

3) Alhamdulillah, terlepas dari CENGKAMAN rokok!

testi 5**Nota kaki:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 ketika membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam, telah memutuskan bahawa ia adalah haram. Ia berdasarkan banyak hujah dan keterangan yang meliputi dalil-dalil syarak, kaedah-kaedah fiqhiyyah dan alasan-alasan kesihatan.
 

Wallahu A'lam.


sumber: klik DI SINI



Sayangkan suami/ ayah/ adik/abang anda? Jom cuba khasiat Vivix. MAri kita tolong mereka melepaskan diri mereka dari lilitan kuasa rokok yang hanya bisa membunuh!!!


sms/whatsapp/wechat: 0192156963


Email: migshoppe@gmail.comADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.

##COD KLANG/SHAH ALAM/KELANA JAYA

##Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, 16 May 2014

Ubat Sembelit: Enema vs Mealshake

Constipated KidAnak anda pernah sembelit? Sembelit yang sampai berdarah-darah najisnya... sampai kena ambil ubat doktor lah katakan.. Alhamdulillah, anak saya tak pernah lagi sembelit dari dia lahir hinggalah sekarang dan umur 2 tahun pun. Takat berak keras tu adalah, yang memerlukan dia meneran penuh perasaan. Selalunya, dia akan berak keras kalau dia kurang minum air..

Sembelit ni pun puncanya adalah kurangnya cecair dalam badan, samada cecair dari sumber susu, air masak (untuk 6 bulan ke atas) atau buah-buahan. Nak tahu lebih lanjut tentang punca, simptom dan cara mengatasi sembelit, jom klik DI SINI.

Bagi anak saya pula, dia memang kuat minum susu. Lepas makan nasi mesti mintak susu punya. Boleh katakan setiap hari dalam 6-7 botol susu dia minum (7 onz setiap kali minum). Jadi setiap hari saya akan bancuh susu dia dengan sesudu teh Mealshake 2x sehari. Rasanya memang yummy.. rasa dan bau french vanilla, sure kanak-kanak mesti suka.

Bercakap tentang sembelit, saya nak kongsi pengalaman seorang ibu yang anaknya kerap kali sembelit. Dan setiap kali tu la, doktor akan bekalkan ubat sembelit yang macam dalam gambar tu, "Enema" namanya. Untuk pengetahuan, ubat sembelit ada 2 jenis iaitu "Enema" dan "Bisacodyl 5 mg" dan tahukah anda penggunaan yang terlalu kerap boleh mengganggu sistem usus anak kita!!

Jom kita tengok apa kata beliau.


"NAK SHARE, NAK SHARE


Pernah jumpa ubat nie?
Siapa yang selalu guna yek?




Sejujurnya saya tak pernah guna..
tapi sejak amirah kecil saya selalu jumpa ubat nie...


sejak amirah berumur lingkungan 6 bulan,
dia selalu sembelit..
tak sanggup saya tengok bila dia nak membuang nangis-nangis...
tu pun kadang-kadang tak jadi..
nangis lagi...
anak anda pun sama?
seksakan..
seksa kita yang menengoknya...
klu pergi klinik,
nie mesti doktor bekalkan...


tapikan, sampai bila?
so saya ubah...
altenatifnya yang dalam botol kuning tu...
MEALSHAKE


mujarab ke?
Alhamdulillah....
sangat berkesan untuk amirah..
sebab dalam MEALSHAKE ada serat yang bantu ianya lawas...
malah RAMAI YANG SOKONG....


dah lama saya tak pegang ubat nie...


Alhamdulillah,
pilihan yang terbaik untuk amirah..
berbaloi-baloi..
tahan 2 3 bulan setong.."


testi4Selain masalah sembelit, Mealshake jugak sangat sesuai untuk anak-anak yang terlalu kurus, kurang selera makan, athma, resdung, antibodi lemah, mudah letih, hilang fokus di sekolah dan banyak lagi. Bagaimana Mealshake sangat membantu mengatasi masalah-masalah tersebut?  Klik DI SINI dan DI SINI untuk mengetahui lebih lanjut.



Bagi anda yang ingin mendapatkan setong, 2 tong atau bertong-tong Mealshake, boleh hubungi saya. Semuanya ready stock!


sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.

##COD KLANG/SHAH ALAM/KELANA JAYA

##Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

 

** Nota kaki: Mealshake hanya sesuai untuk bayi berusia setahun ke atas.







Khasiat Peria Katak

Entry sebelum ni kita bercerita tentang Diabetes Gestasi. Sekarang nak cerita pulak tentang khasiat peria. Salah satu khasiat yang terdapat pada peria adalah menurunkan paras gula dalam darah.

Tahukah anda, peria katak mengandungi banyak zat dan khasiat yang penting terutama kepada ibu mengandung.

Antaranya adalah:

♦ mengandungi kalori yang rendah

♦ mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zink, fosforus, manganese dan fiber yang sangat tinggi

♦ Kaya dengan zat besi

♦ Kandungan beta karo-tene nya 2x ganda daripada yang terdapat dalam brokoli, kalsiumnya 2x ganda daripada bayam, potassiumnya 2x ganda daripada pisang

khasiat-peria

Khasiat Peria Pada Kesihatan Manusia:

Merawat darah tidak sihat seperti darah bertoksin - campurkan jus peria dengan sedikit jus limau

Merawat penyakit taun - Campurkan jus daun peria dengan jus bawang merah dan jus limau bagi mengubati penyakit taun yang berada pada tahap awal

Penyakit kencing manis - Peria katak mengandingi sebatian hypoglycemic (juga dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan

Pemulihan tenaga - Jus peria katak dapat mengembalikan tenaga dan stamina serta mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu

Masalah mata - Kandungan beta karotene yang sangat tinggi dapat memperbaiki masalah penglihatan

Memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan pengambilan alkohol berlebihan

Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit

Penyakit buasir - campurkan jus peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk yang diperbuat daripada akar pokok peria pula boleh dibubuh pada luka buasir untuk mempercepatkan penyembuhan.

Psiorosis - Kerap minum jus peria dapat mengurangkan masalah psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan dan lain-lain

Gangguan pernafasan - campurkan jus peria dengan madu. Amalkan meminumnya setiap hari untuk merawat masalah athma, dan penyakit paru-paru yang lain

 

♦♦ Nota kaki: Ibu hamil tidak digalakkan minum jus peria terlalu kerap kerana dikhuatiri boleh merangsang pengecutan rahim dan menyebabkan kehairan pra-matang.

Thursday, 15 May 2014

Panduan Pemakanan Bagi Diabetes Gestasi

blood-sugar-test-hymanRisiko menghidap kencing manis semasa hamil atau Diabetes Gestasi adalah pada tahap 2-14%. Kebiasaannya paras gula akan kembali normal selepas bersalin. Hal ini berlaku kerana perubahan hormon dalam badan akibat kehamilan. Semasa hamil, hormon insulin yang berfungsi untuk mengawal paras gula tidak dapat dihasilkan secukupnya oleh pankreas dan menyebabkan paras gula tak terkawal dan meningkat. Pada masa yang sama juga, hormon yang terhasil dari uri bayi untuk tujuan tumbesaran pula menghalang badan si ibu dari menggunakan hormon insulin dengan efisien.

Di sini, saya ingin berkongsi tips-tips yang boleh diamalkan bagi ibu-ibu yang menghidap Diabetes Gestasi:

 

PANDUAN PEMAKANAN

✰ Bahagikan masa makan kepada 3 masa utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam dan 2 kali masa makan ringan.

Jangan makan terlalu banyak dalam satu-satu masa. Bagi memastikan anda tidak terlalu lapar dan makan dengan banyak, sebaiknya ambil snek seperti roti gandum penuh, biskut, salad atau buah di antara waktu makan utama (minum pagi 10am / minum petang 4pm). Selain itu, jangan pernah tinggal waktu makan kerana bayi anda dan badan anda memerlukan lebih nutrisi dari pelbagai sumber.

✰ Kenalpasti kumpulan kanji makanan anda.

Maksimum 2-3 senduk nasi (ataubersamaan 2 keping roti), banyakkan jumlah sayur dalam pinggan terutama sayur hijau kerana sayuran hijau mengandungi serat yang tinggi yang boleh menurunkan paras glukos dalam darah dengan cepat serta menjadikan kita lebih kenyang.

Makanan daripada kumpulan kanji iaitu: nasi, mi, roti, kuih-muih berasaskan teppung gandum akan bertukar menjadi gula apabila diproses dalam badan. Makanan-makanan daripada jenis ini perlu dikawal sebaik mungkin agar paras gula dalam darah tidak meningkat dengan mendadak.

Terdapat 2 jenis makanan berkanji iaitu kanji kompleks dan kanji halus

✔ Nasi putih, roti putih, mee dan sebagainya adalah dari kumpulan kanji halus dan amat mudah diuraikan menjadi gula setelah diproses dalam badan

✔ Nasi perang, roti gandum penuh, adalah dari kumpulan kanji kompleks dan mengambil masa untuk diproses menjadi gula. Justeru, ia mampu menstabilkan paras gula dalam darah dari mencanak naik.

✰ Minum satu gelas susu sahaja dalam satu masa

Susu mengandungi karbohidrat, justeru, ibu-ibu hamil disarankan hanya mengambil hanya satu gelas sahaja dalam satu-satu masa (lebih kurang satu mug). Sekiranya sukatan yang ditetapkan adalah 6 skop, jadi anda boleh bahagikan 3 skop di waktu pagi dan 3 skop pada waktu malam.

✰ Hadkan pengambilan buah

Buah juga mengandungi gula semulajadi yang perlu dikawal pengambilannya. Anda boleh makan 1-2 sajian setiap hari tapi pada masa yang berlainan. Satu sajian bermaksud 1 biji untuk buah kecil (epal, oren, pear), sepotong untuk buah besar (tembikai, betik), 8 biji anggur, 5 biji rambutan, 3 biji kurma, 1 sudu besar kismis dan banyak lagi

 

Petua orang-orang lama mengamalkan memakan peria sebagai ulam atau dibuat jus untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Ketahui khasiat peria untuk penyakit kencing manis di SINI

 

Selain tips-tips di atas, ibu-ibu hamil perlu mengamalkan gaya hidup yang aktif dan cergas. Cuba amalkan senaman ringan seperti berjalan kaki, menaiki tangga, berkebun atau membuat kerja rumah yang tak terlalu berat, sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

Dapatkan juga pandangan doktor dan pakar pemakanan tentang cadanagan pemakanan yang betul dan pengambilan ubat yang sesuai.

[caption id="1694" align="aligncenter" width="312"]GDM BABY Penghidap Diabetes Gestasi berisiko melahirkan bayi besar[/caption]

 

Ingin ketahui lebih lanjut tentang Diabetes Gestasi? Klik DI SINI!

Semoga bermanfaat ^^

 

Monday, 12 May 2014

MAGIC!!! Tiba-tiba Baju-baju Lama Dah Boleh Pakai!

langsing lepas bersalin

Seronok rasanya bila dapat berita gembira dari customer yang setia dengan Shaklee/ MIGShoppe sejak dari awal beliau hamil hinggalah sekarang dah bersalin. Alhamdulillah, dari pengambilan supplement Shaklee yang konsisten, beliau langsung tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang kehamilan. Sekarang beliau sedang berjuang menurunkan berat badan dan dalam masa yang sama menyusukan bayi kesayangannya.

Jom kita tengok apa katanya..

✔ MAGIC!!!


 ✔ Susu OK!


 ✔ Berat badan TURUN!!!


 ✔ "Alih2 muat baju before preggy"


 ✔ Kulit GEBU gituew!!!


testi 10

Beliau mengamalkan SET SLIMMING BREASTFEEDING selama 3 MINGGU dengan konsep asas 3B (Bakar --> Buang --> Bina)

Jom tengok testimoni lain pula...

⌦⌦ Dulu XXL kini L dalam masa 2 BULAN!!!

testi 9

⌦⌦ Hilang 33 kg selepas bersalin

testi 8

Jangan lepaskan peluang untuk merasai kehebatan set slimming kami. In sha Allah dengan pengambilan yang konsisten/ istiqamah/ teratur anda pasti akan turut terkena tempias MAGIC macam customer saya tu. Yuk!! hubungi saya segera!!!

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.

##COD KLANG/SHAH ALAM/KELANA JAYA

##Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

 

 

Thursday, 8 May 2014

Cabaran Menyusu Di Bulan Ramadhan

muslim-adoption-breastfeedingBerpuasa di kalangan ibu-ibu yang menyusukan bayi adalah tidak wajib sebenarnya. Malah, dalam Islam, menganggap ibu yang menyusukan adalah sama seperti wanita yang sakit atau bermusafir dan dibenarkan untuk tidak berpuasa. Namun begitu, keputusan untuk berpuasa atau tidak bergantung pada beberapa perkara dan faktor usia bayi adalah pertimbangan utama.

Badan anda masih boleh menghasilkan susu dan tidak akan membahayakan bayi walaupun anda berpuasa. Kajian juga mendapati walaupun si ibu todak makan selama 24 jam , kandungan lemak dalam susunya tidak akan berubah, malah ia tidak menjejaskan kuantiti serta kualiti nutrisi susu ibu.

Walaupun begitu, perlu anda ketahui menyusu dan berpuasa akan menjadikan cepat dahaga dan ternyahhidrat. Ternyahhidrat akan membuatkan anda berasa tidak sihat. Simptom-simptom anda ternyahhidrat:

✰ Berasa sangat dahaga

✰ Air kencing bewarna gelap dan berbau kuat

✰ Berasa hendak pitam, lemah atau lesu teruatama selepas menyusukan bayi atau selepas mengepam

✰ Sakit kepala, mual atau demam

✰ Menggigil

Jika anda mengalami tanda-tanda di atas, haruslah berbuka dengan meminum air terlebih dahulu dan berehat. Jika sakit berlarutan, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Panduan Berpuasa Bagi Ibu Menyusukan Bayi:

✾  Minum air masak (3L atau lebih) semasa bersahur dan selepas berbuka. Anda disarankan menyediakan bekas minuman khas untuk anda sahaja supaya anda boleh sukat berapa banyak kuantiti air yang perlu anda minum.

✾ Jangan skip waktu sahur. Makanan yang kita makan semasa waktu sahur akan membekalkan tenaga sepanjang hari.

✾ Banyakkan memakan buah-buahan, sayur-sayuran, sup dan makanan berkuah. Elakkan dari terlalu kerap mengambil makanan yang bergula dan bergaran kerana ia akan menyerap lebih banyak air.

✾ Niatkan dalam hati dan mohon pada Allah agar dipermudahkan urusan serta niat untuk menyusukan bayi

✾ Berdoa " Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusukan anakku".

✾ Berbukalah dengan makanan yang diperkaya dengan protein, glukos dan cecair.

✾ Makan banyak kurma

✾ Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat (rujuk Eatwell Plate)

eatwell plate-450x312

✾ Kerapkan menyusu bayi. Jika anda ibu bekerjaya, jangan skip jadual mengepam di pejabat

✾ Seeloknya, bangun awal sebelum bersahur untuk mengepam susu. Amalkan makan kurma semasa bersahur di samping nasi atau makanan lain. Banyakkan minum air masak sebelum imsak

✾ Bagi ibu berkerja, anda disarankan mengumpul stok susu sebelum menjelang bulan puasa.

✾ Jika perlu, amalkan supplement tambahan lain yang boleh meningkatkan penghasilan susu.

✾ Banyakkan berzikir "Ya Wahhab"  dan elakkan tekanan

✾ Sentiasa berfikiran positif dan gembira. Mood yang gembira tanpa tekanan akan meningkatkan production susu

 

APA KATA MEREKA?

1) Puan Syazwani mengamalkan ESP dan Alfalfa disamping tak pernah skip jadual mengepam. Alhamdulillah, kini setiap hari beliau berjaya dapat 4-5 onz setiap botol dalam satu sessi. Susu pun bertambah PEKAT!!

testi 8_EDITED 2

2) Puan A, bersyukur sangat.. dengan pengambilan ESP, susu keluar dengan banyak dan laju. Kulit wajah pun semakin cantik berseri dan yang paling penting, badan tetap bertenaga walaupun beliau seorang ibu menyusu yang bekerja.

testi 4_ALFALFA3) Puan Rohana mengamalkan ESP dan Performance Drink untuk mengelakkan penyahhidratan sepanjang bulan puasa. Alhamdulillah, walaupun berpuasa, susu untuk anak beliau tetap meriah. Thumbs Up!!

testi 11 edited

Ketahui lebih banyak lagi tips-tip2 penyusuan dan testimoni ibu-ibu berjaya di SINI


Anda ingin mencuba Set Lengkap, Set Asas atau Set Penyusuan Sepanjang Berpuasa? Cepat hubungi saya untuk ketahui set mana yang paling sesuai buat anda!!

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.

##COD KLANG/SHAH ALAM/KELANA JAYA

##Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, 7 May 2014

Apa Yang Best Tentang Mealshake?

Anak Gaya Hidup Sihat

Tahukah anda?

Mealshake Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi; buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaanya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin, dan sebagainya.

Mealshake sangat sesuai untuk semua golongan - kanak-kanak, pelajar, ibu mengandungi, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Mealshake merupakan pilihan bijak!

 

MANFAAT UTAMA:

✸ Nutrisi Lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyaukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

✸ Membekal Nutrisi kepada sel tubuh - Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.

✸ Membantu Tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel  untuk proses membesar.

✸ Anti-Oksida - Mengandungi Vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen antioksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

✸ Mengembalikan Seri Wajah - Mengandungi Vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.

✸ Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus

✸ Kelazatan rasanya - Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak menagndungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.

Shaklee_Meal_Shakes_l

Nota Kaki: Hanya 120 kalori untuk setiap hidangn. Boleh dicampur/ dikisar bersama buah-buahan, ESP atau apa jua jenis minuman kegemaran (kecuali kafein).

Ingin dapatkan MEALSHAKE SHAKLEE dengan tawaran servis yang terbaik? Boleh hubungi saya:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

FREE consultation hanya diberikan kepada customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE dengan saya.

##COD KLANG/SHAH ALAM/KELANA JAYA

##Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.