Get me outta here!

Tuesday, 31 December 2013

4 Makanan Punca Penuaan

Awas! Ketahui 4 Makanan Mempercepatkan Penuaan

4 makanan ni memang selalu kita ambil dalam diet harian. Jadi, berhati-hati dan kurangkan pengambilan. Bukan tak boleh langsung, tapi kena kurangkan.

✰ Garam
Pengambilan garam berlebihan boleh melemahkan kulit (menyerang kolagen) dan menyebabkan bengkak bawah mata. Selain itu, seperti yang kita ketahui, garam berlebihan juga boleh mengakibatkan penyakit darah tinggi.

✰ Gula
Kajian mengatakan, gula berlebihan boleh menambahkan laluan insulin yang memberi kesan pada salur darah serta mempercepatkan proses penuaan. Kurangkan pengambilan gula untuk seminggu dan anda akan lihat kulit anda lebih segar dan berseri. Wow! Macam tak percaya kan.

✰ Kopi
Kopi panas memang sedap, tambah lagi minum petang-petang cicah dengan biskut kering. Emm.. Tetiba lapar pulak. Tapi, efek pengambilan kopi berlebihan selain akan meng'hodoh'kan gigi yang putih, ia juga akan mengeringkan tubuh kerana sifat kopi yang 'hydrate'.

✰ Makanan Pedas
Masak lemak cili api, sambal belacan, asam pedas memang sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Adat orang melayu tak lengkap kalau tak pedas. Realitinya, walaupun makanan pedas sangat baik untuk metabolisme, tetapi bagi sesetengah orang ia tak elok untuk kulit. Ia boleh mengembangkan salur darah terutama bagi orang yang mengalami rosacea atau menopause. Kapilari inilah yang membuatkan kulit kelihatan tua berkedut serta kusam.

Jadi macam mana? Masih nak teruskan? Semuanya feveret kita. Sebaiknya kurangkanlah pengambilan dalam setiap hidangan. Selain untuk mengelakkan penuaan, ia juga untuk kesihatan yang berpanjangan.


20131231-162654.jpg

📡📡 Jom order Omega Guard pada harga LUAR BIASA MURAH. Last day promotion, till 11.59pm jew!!

Monday, 30 December 2013

Turunkan Berat Badan Dalam Pantang

Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang perlu dititikberatkan bagi ibu-ibu yang baru melahirkan. Ini penting bagi mempercepatkan proses pemulihan luka bersalin serta mengembalikan tenaga. Jom ikuti amalan diet yang seimbang yang disarankan bagi ibu-ibu dalam pantang.

baby feet 0009


✯ Jangan tinggal sarapan pagi

✯ Amalkan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran

✯ Banyakkan makanan berserat tinggi seperti oat, kekacang, lentil, bijirin dan biji-bijian

✯ Pastikan menu ada mengandungi makanan berkanji seperti roti, nasi dan pasta (lebih baik jika bijian penuh untuk menamaabah serat)

✯ Kurangkan makanan bergoreng, makanan segera, konfeksi, kek dan minuman bergas yang mana mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi

✯ Kawal saiz hidangan pada waktu makan dan jenis snek serta kekerapan anda mengambilnya di antara waktu makan

Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi, anda memerlukan lebih kalori berbanding ibu yang memberi susu formula. Oleh kerana badan anda memerlukan lebih tenaga untuk menghasilkan susu untuk bayi, maka, anda memerlukan antara 300-500 lebih kalori setiap hari. Walau bagaimanapun, tenaga tambahan ini boleh diperolehi daripada simpanan lemak sedia ada.

Ini bermakna menyusu badan juga boleh membantu mengurangkan berat badan dan ia adalah cara yang selamat dan paling semulajadi. Ketahui cara kami kurus dengan menyusu di sini

Saturday, 28 December 2013

Minyak Ikan Terbaik Untuk Ibu Hamil

Para Saintis kini telah menemui kepentingan asid lemak omega 3 untuk ibu-ibu hamil. Ia mempengaruhi perkembangan bayi dalam kandungan dan juga kesihatan ibu itu sendiri.

Asid lemak omega 3 adalah dari keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Asid lemak ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia dan perlu diperolehi dari diet harian seperti pemakanan seimbang, vitamin atau makanan tambahan.

✒ Kajian menunjukkan bahawa dua komponen utama asid lemak omega 3 adalah EPA dan DHA. EPA penting untuk mengurangkan risiko sakit jantung, sistem imune dan tindak balas keradangan. Manakala DHA pulan membantu meningkatkan kepintaran otak, mata dan sistem saraf utama. Ia sangat penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu menyusu. Ia juga sangat bagus untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran.

✒ Omega 3 memainkan peranan untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin.Hormon ini membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, radang dan tindak balas alergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Ketidakseimbangan hormon prostaglandin boleh membawa penyakit.

✒ Dos Omega 3 yang tinggi digunakan untuk merawat dan mencegah gangguan emosi. Kajian terbaru menemui potensi omega 3 untuk mencegah kanser, penyakit radang usus dan penyakit autoimun yang lain.

Kepentingan Asid Lemak Omega 3 Pada Ibu Mengandung

3374622-girl-listening-to-mom-s-pregnant-tummy-with-clipping-path


ღ Omega 3 penting untuk perkembangan saraf otak dan penglihatan awal bayi. Berdasarkan kajian, ibu hamil mengalami kekusutan omega 3 dalam badan akibat diserap oleh janin yang sedang membesar.

ღ Kajian mengesahkan pengambilan tambahan EPA dan DHA dalam diet ibu hamil mempunyai kesan positif ke atas perkembangan penglihatan dan kognitif bayi.

ღ Penggunaan omega 3 yang tinggi juga dapat mengurangkan risiko alergy pada bayi.

ღ Peningkatan pengambilan EPA dan DHA dapat mencegah kelahiran pra-matang, mengurangkan risiko pre-eklampsia, serta boleh meningkatkan berat kelahiran bayi.

ღ Kekurangan omega 3 akan mendatangkan risiko kemurungan di kalangan ibu mengandung.

Banyak rupanya manfaat omega 3 ni. Bagi ibu-ibu hamil di luar sana, jangan lepas peluang untuk dapatkan OMEGA GUARD SHAKLEE pada harga LUAR BIASA MURAH sempena Offer bulan Disember ni.

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: MIGShoppe

Thursday, 19 December 2013

Tekanan Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi merupakan salah satu 'silent killer'. Mengikut statistik:

➳ Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menyatakan kira-kira 24% rakyat Malaysia menghidap penyakit darah tinggi

➳  Lebih 2,800,000 rakyat Malaysia menghidapnya, malangnya 80% daripada mereka tidak menyedarinya. Ia merupakan pembunuh nombor 1di Malaysia (Persatuan Hipertensi Malaysia, 16 September 2008)

➳ Kira-kira 4.8 juta atau 43% daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi hypertensi (darah tinggi) (The National Health and Morbidity Survey, Jan 2010)

Tekanan darah diukur dalam dua bacaan. Contohnya 140/75

▪ Tekanan sistolik - nombor yang di atas (140)

▪ Tekanan diastolik - nombor yang di bawah (75)

Tekanan Darah Tinggi


Faktor-Faktor Hypertensi


➳ Cara hidup yang tidak aktif                          ➳ Usia melebihi 35 tahun


➳ Kegemukkan                                                 ➳ Kolesterol tinggi


➳ Faktor keturunan                                         ➳ Pengambilan Alkohol secara berlebihan


➳ Merokok                                                        ➳ Pengambilan garam yang tinggi


➳ Ubat-ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid


➳ Penyakit buah pinggang


Simptom-simptom Tekanan Darah Tinggigejala-darah-tinggi


Kebanyakkan kes, pesakit tidak mengalami tanda-tanda atau gejala yang ketara. Kadang-kadang seseorang pesakit hanya mengalami sakit atau pening kepala. Selalunya ia berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung pada tahap hypertensi). Untuk kepastian, pemeriksaan tekanan darah harus dilakukan di klinik dengan kadar segera. Jangan tunggu hingga gejala semakin serius.


Komplikasi Tekanan Darah Tinggi


OTAK: Serangan Stroke/Angin Ahmar


JANTUNG: Kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian disebabkan Coronary Heart Disease, Congestive Heart Failure & Left Ventricular Hypertrophy


Komplikasi Mata: Pendarahan dan Kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata (Hypertensive Retinopathy)


Buah Pinggang: Kegagalan buah pinggang berfungsi (paras serum kreatinin tinggi, Microalbumin, Proteinurea)


Peripheral Vascular Disease: Aneurysm, kehilangan satu atau lebih denyut nadi dan pembuluh darah menjadi keras


Rawatan Alternatif


❏ Ubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat


❏ Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang


❏ Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol (termasuklah serbuk perasa MSG dan Ajinomoto atau yang seumpamanya)


❏ Melakukan senaman secara berkala


Kurangkan berat badan jika anda obes


❏ Atasi tekanan


❏ Berhenti merokok atau minuman beralkohol dan jalani hidup dengan lebih positif


❏ Ambil supplement atau makanan tambahan untuk membantu mengawal serta mengurangkan gejala tekanan darah tinggi  contohnya OMEGA GUARD dan GARLIC SHAKLEE


Kedua-dua supplement bertindak mengawal dan merendahkan paras kolesterol, mengurangkan risiko strok serta memastikan peredaran darah berjalan lancar.


Sempena Bulan Disember ni, anda boleh dapatkan kedua-dua supplement ini dengan harga LUAR BIASA MURAH. Disember je tau... Bulan depan tak dapat dah harga macam ni.


Jom halo-halo kami sekarang! Anda BELI anda dapat FREE KONSULTASI!


sms/whatsapp/wechat: 0192156963


Email: migshoppe@gmail.com


ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe


FB Fanpage: MIGShoppe

Monday, 16 December 2013

Omega Guard Pembakar Lemak

Cerita tentang Omega Guard lagi. Kali ni nak kupas Omega Guard dengan kuasanya membakar lemak. Eh... betul ke? bukan Lecithin ke yang keja dok bakar-bakar lemak ni?

Haa.. Ramai yang belum tahu rupanya! Selain sangat bagus untuk perkembangan minda dan IQ bayi dan kanak-kanak, Omega Guard juga bertindak membakar lemak yang terselit sana sini, malah ia lebih "power" dari Lecithin.  Sebab tu lah, harganaya pun lebih 2 kali ganda dari Lecithin.

Hmm.. Macam mana tu?

Rahsianya ialah asid lemak atau Fatty Acid yang ada pada Omega Guard. Asid lemak omega-3 ini membantu meningkatkan paras hormon leptin. Hormon Leptin pula bertindak mengawal selera makan kita. Jadi, semakin tinggi paras hormon leptin dalam badan manusia, maka semakin kuranglah nafsu makan seseorang itu.

Leptin juga bagus dalam meningkatkan metabolisme badan. Apabila metabolisme meningkat, maka lagi cepatlah lemak dibakar dan disingkirkan dari tubuh kita. Ini sekaligus membantu proses penurunan berat badan dengan lebih efektif dan optimum.

Menurut sumber dari Energyfirst:

"A study published in the International Journal of Obesity showed that supplementing the diet with omega-3 fish oil increases the number of fat calories burned per day by up to 26%"

Fakta Penting Yang Perlu Anda Tahu!

✘ Asid lemak Omega-3 mengawal selera makan dengan peningkatan paras hormon leptin

✘ Hormon Leptin ini juga membantu meningkatkan metabolisme badan yang mempercepatkan lagi pembakaran lemak dalam badan

✘ Dalam satu kajian di Australia, mendapati individu yang bersenam dan dalam masa yang sama mengamalkan omega-3 lebih banyak membakar lemak berbanding individu yang bersenam tanpa omega-3.

✘ Asid lemak Omega-3 juga mengawal rasa lapar dengan mengawal paras gula dalam darah.

Man sees other self in mirror

Fakta yang menarik. Makan lemak untuk bakar lemak!

Kesimpulannya, bukan semua lemak itu tak bagus...

Nak tahu lebih lanjut tentang MANFAAT OMEGA? Klik di SINI.

Offer Omega Guard masih berbaki 15 hari. Cepat grab sekarang sebelum ia menutup tirai.

Hubungi saya untuk harga yang SUPER DUPER ISTIMEWA!

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.Com

Friday, 13 December 2013

Kanser Payudara Pembunuh Wanita

Kanser payudara merupakan barah tisu payudara/buah dada yang paling kerap menyerang wanita seluruh dunia. Di dunia barat, hampir 10% wanita di setiap peringkat umur diserang barah ini. Walaupun usaha bagi pengesanan dan rawatan awal telah dijalankan secara meluas, namun sekitar 20% daripada wanita yang menghidap barah payudara meninggal dunia akibat penyakit tersebut, dan ia merupakan bentuk barah kedua yang mengakibatkan kematian tertinggi bagi wanita.

Kajian Kementeraian Kesihatan Malaysia pula menunjukkan 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan telah berada dalam atahap kritikal dan sukar dipulihkan serta berkemungkinan membawa maut. Antara faktor utama adalah pesakit lebih dulu mencari rawatan tradisional dan hanya mendapatkan rawatan klinikal apabila sudah kritikal. Berbeza keadaannya dengan negara maju di mana statistik menunjukkan 80 hinggan 85% peratus pesakit kanser payudara dapat menjalani kehidupan seperti biasa setelah menjalani rawatan peringkat awal, berbanding hanya 58% sahaja di Malaysia.

Sejarah Kanser Payudara

Kanser Payudara adalah merupakan kanser tertua di dunia yang diketahui oleh manusia sebagai kanser ketumbuhan dalam manusia. Penghuraian tentang kanser telah pun diketahui oleh orang Mesir purba sejak berkurun lamanya (walaupun istilah kanser/barah tidak digunakan ketika itu) iaitu lebih kurang 1600 BC.

Menurut huraian Papyrus Edwin Smith, terdapat 8 kes ketumbuhan atau ulser pada payudara yang dirawat dengan kaedah pengkauteran, dengan menggunakan "fire-drill" (gerudi dan bakar tisu kanser yang bertujuan untuk membunuh sel-sel kanser). Sehingga kini, konsep ini masih diguna pakai walaupun tanpa pembakaran. Daripada maklumat yang diperolehi dari Papyrus  Edwin Smith, tiada cara untuk merawat penyakit ini dan terdapat satu kes lelaki menghidap penyakit ini.  Selama berabad-abad, para doktor tidak menemuai cara untuk merawat kanser ini.

Tetapi, pada kurun ke-17, setelah pemahaman tentang sistem peredaran darah meluas, para doktor telah berjaya memahami hubungan antara kanser payudara dengan nodus limfa di ketiak. Pakar bedah berbangsa  Perancis Jean Louis Petit (1674-1750) dan pakar bedah berbangsa Scottish  Benjamin Bell (1749-1806) merupakan antara pakar bedah yang terawal yang berjaya membuang nodus limfa, (kanser) tisu payudara dan otot dasar dada.

Seterusnya misi mereka diteruskan oleh William Stewart Halsted  yang memulakan masektomi  (merupakan prosedur pembedahan) pada 1882. Beliau dikenali kerana Halsted masektomi yang radikal, satu prosedur pembedahan yang kekal popular sehinggan 1970-an.

kanser-payudara

Rawatan Kanser Payudara

Rawatan utama barah payudara adalah PEMBEDAHAN, dengan kemungkinan diikuti KIMOTERAPI dan/atau RADIOTERAPI.

Bergantung pada tahap dan jenis tumor, hanya jenis lumpektomi (pembuangan ketulan) sahaja diperlukan atau pembuangan tisu payudara yang lebih besar mungkin diperlukan. Pembedahan pembuangan keseluruhan payudara dikenali sebagai masektomi.

Langkah biasa memerlukan pakar bedah memastikan bahawa tisu yang dibuang dalam operasi mempunyai lebih bebas dari barah, menunjukkan barah telah di buang sepernuhnya. Jika tisu yang dibuang tidak sepenuhnya, pembedahan lanjut bagi membuang lebih banyak tisu diperlukan. Kadang kala ini memerlukan penyingkiran sebahagian daripada otot utama pektoralis yang merupakan otot utama dinding dada anterior.

Semasa pembedahan, nodus limfa pada axillia juga dipertimbangkan untuk dibuang. Pada masa lalu, operasi axillary besar membuang 10-40 nodus limfa untuk memastikan sama ada (mengelak daripada) barah merebak. Malangnya ini memberikan kesan sampingan iaitu menyebabkan lymphedema pada tangan sebelah yang sama pada pemindahan ini kerana banyak nodus limfa bersambungan dengan saliran sistem  limfa telah dibuang.

Pencegahan Kanser Payudara

Sebagai wanita yang berisiko menghidap penyakit merbahaya ini, sebaiknya kita ambil langkah-langkah pencegahan dari awal. Sesiapa sahaja berpotensi untuk menhidapnya terutama jika anda berusia 30-an dan masih belum mempunyai anak.

Berikut adalah sebahagian dari langkah-langkah pencegahan yang boleh kita amalkan.

♟Say No to ALCOHOL

Kajian mendapati wanita yang mengambil minuman beralkohol berisiko tinggi untuk mendapat kanser. Berdasarkan kajian wanita yang mengambil 2 hingga 5 minuman alkohol setiap hari mempunyai 1½ kali risiko berbanding wanita yang tidak mengambil alkohol. Satu gelas wain setiap hari sebagai contoh mempunyai risiko sebanyak 7%. Risiko ini tidak termasuk faktor risiko yang lain seperti kaum, berat badan, sejarah kanser dalam keluarga, umur mendapat haid atau menapause bermula. Jumlah kehamilan, faktor penyusuan anak, dan penggunaan pill perancang.

♟No SMOKING

Merokok bukan sahaja mengundang kanser paru-paru,  malah juga kanser payudara. Remaja wanita yang merokok berisiko mendapat kanser payudara kelak. Selain kanser, merokok juga boleh memudaratkan jantung anda. Jika anda seorang perokok, ini adalah masa yang tepat untuk hentikan tabiat tersebut.

♟ Senaman

Kajian menunjukkan bersenam dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser payudara.  Dengan hanya berjalan sebanyak 1.25 hingga 2.5 jam seminggu sudah cukup untuk mengurangkan risiko kanser payudara di kalangan wanita sebanyak 18%

♟ Sejarah Keluarga

Para saintis mengenal pasti bahawa baka kanser payudara yang rosak sebagai BRCA1, BRCA2 dan TP53. Ia merupakan punca kanser payudara berlaku di kalangan ahli keluarga. Jika anda pembawa salah satu daripada baka kanser payudara ini, risiko anda mendapat kanser payudara seumur hidup adalah 85%.

Jika seorang daripada ahli keluarga anda menghidap kanser, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan langakh pencegahan awal. Hanya 5 dalam setiap 100 kes mempunyai talian keturunan dengan baka kanser payudara.

♟ Elakkan pengambilan terapi penggantian hormon (HRT)

Kajian mendapati tersapat pertalian rapat antara pengambilan HRT untuk satu tempoh dengan kanser payudara. Ini kerana kandungan HRT (estrogen dan progesteron) meningkatkan risiko mendapat kanser. Dianggarkan terdapat lebihan 19 kes bagi setiap 1000 wanita yang mengambil HRT untuk tempoh 10 tahun. Bagaimanapun 5 tahun selepas berhenti faktor risikonya kembali normal. Jika anda perlu mengambil HRT, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

♟ Pemeriksaan Payudara Sendiri

Langkah ini tidak mengurangkan risiko kanser, namun ia dapat mengesan kanser lebih awal yang akan menjamin anda mendapat rawatan yang kurang agresif, selain menyelamatkan payudara anda!

Ia perlu dilakukan sebulan sekali. Caranya melibatkan penelitian mengenai perubahan pada payudara sekiranya ada sebarang ketulan atau nodus. Ikuti cara pemeriksaan payudara di SINI.

♟ DIET

Kegemukan dan lemak berlebihan mengeluarkan hormon estrogen yang memainkan peranan besar dalam perkembangan kanser. Namun jika berat badan anda berlebihan sebelum menopuse, risiko mendapat kanser payudara lebih rendah berbanding selepas menopause. Jika anda tergolong dalam kategori GEMUK dan lemak berlebihan, sila klik link ini.

♟ Ujian MAMOGRAM

Seperti pemeriksaan payudara, ujian mamogram juga hanya untuk mengesan, bukan mencegah. Ini kerana ujian mamogram mampu mengesan ketulan yang lebih kecil berbanding melalui pemeriksaan. Ia juga mampu mengesan sel kanser yang tak dapat dirasa dengan tangan

Bila anda perlu menjalani ujian mammogram?

Garis panduan sedia ada untuk wanita yang tidak mempunyai tanda-tanda berkaitan payudara adalah:

Umur 35-40: satu mammogram diperlukan

Umur 40-49; mulakan mammogram setiap tahun

Umur 50 ke atas: lakukan mammogram satu atau dua tahun sekali bergantung kepada faktor seperti terapi penggantian hormone (HRT) dan profil risiko seseorang.

♟ Mempunyai anak

Wanita yang mengandung dan melahirkan anak sebelum usia 30-an, dapat mengurangkan risiko mendapat kanser. Ini kerana ia meningkatkan protein p53 yang dapat melindungi wanita dari kanser payudara. Juga hamil menyekat kitaran haid dan seterusnya melindunginya daripada kanser payudara dan serviks.

♟ Penyusuan anak

Amalkan penyusuan anak selama 2 tahun. Kajian menunjukkan tempoh kedatangan haid ibu hamil dan menyusu mengurangkan risiko kanser. Begitu juga  wanita yang menopause awal .

♟ Multivitamin

Pengambilan multivitamin yang mengandungi vitamin C, Vitamin E dan Minyak Ikan dapat menentang pembiakan sel-sel kanser. Ini sebagaia langkah pencegahan terutama bagi individu yang tidak mengaamalkan pemakanaan seimbang.

Ambil langkah bijak dengan segera untuk mencegah ia dari menjadi barah. MENCEGAH LEBI BAIK DARI MERAWAT.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kanser payudara bukanlah satu hukuman mati. Dengan cara pengesanan yang lebih canggih dan rawatan yang lebih efektif, peluang untuk sembuh lebih baik. Namun, Kanser Payudara mungkin menjadi satu Hukuman Mati Akibat Kecuaian.

Hubungi saya segera untuk mendapatkan dengan HARGA ISTIMEWA dan KONSULTASI PERCUMA.

sms/whatsapp/wechat: 0192156963


Email: migshoppe@gmail.com


ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe


FB Fanpage:FamiliSihat.Com

P/S: Segala penulisan tentang produk di blog ini adalah bukan bertujuan merawat, mendiagnose atau menyembuhkan penyakit. Jika anda mengalami masalah kesihatan, digalakkan untuk mendapatkan nasihat pakar perubatan.

Tuesday, 10 December 2013

Cara Mudah Dan Murah Untuk Dapat Kulit Cantik!

Cara mudah untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat adalah melalui pemakanan yang seimbang. Ramai pakar berpendapat, pengambilan makanan yang seimbang akan memudahkan lagi penyerapan zat-zat ke dalam kulit berbanding pengguanaan losyen dan pelembap. Mari kita tengok pola pemakanan yang disarankan pakar untuk mendapatkan kulit yang cantik berseri.

☛ Air masak - amalkan minum air masak 8 gelas sehari supaya kandungan air pada kulit yang terhidrat dapat digantikan dan secara tak langsung dapat memastikan proses penghidratan dijalankan secara berterusan supaya toksin dapat disingkirkan daripada kulit

☛ Makan makanan yang berwarna oren - contohnya kentang, lobak merah, mangga, betik dan buah oren dikenalpasti kaya dengan beta karotene yang berfungsi memperbaiki sel kulit mati. Namun, awas! Jangan ambil berlebihan kerana bimbang akan memudaratkan di kemudian hari. Cara paling selamat dengan mengambil sebiji Carotomax di sehari

☛ Vitamin C - Vitamin C memang terkenal sebagai salah satu agen kecantikkan kulit. Ia membantu pembentukan kolagen, menegang, melembap dan mencerahkan kulit. Vitamin C Plus Sustained Release 500mg adalah bersifat sustain di mana ia hanya akan dilepas ke sistem tubuh apabila ada keperluan sahaja dalam tempoh 24 jam. Dengan cara ini dapat mengelakkan pembaziran dan kesemua zat digunakan sepenuhnya oleh tubuh.

☛ Kurangkan lemak - walaupun lemak adalah punca utama kegemukkan dan kolesterol tinggi, namun kita tetap memerlukan sedikit lemak untuk memelihara kulit agar sentiasa lembaap dan berseri. Kekurangan lemak akan menjadikan kulit kering dan kurang lembapan serta cenderung untuk menampakkan garis-garis halus atau kedutan. Walau bagaimanapun, makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi seperti daging merah, mentega dan keju haruslah dielakkan atau ambil pada kadar sederhana.

☛ Keseimbangan nutrien - Pemakanan yang seimbang adalah cara paling mudah dan murah untuk mendapatkan kulit yang sihat

☛ Makan makanan yang mengandungi Vitamin H - Vitamin H atau dalam erti kata lain Vitamin B7 biasa ditemui dalam telur, ikan, susu, keju, dan kobis. Vitamin H/B7 dapat mengelakkan kerapuhan kuku.

Kulit_Kusam

Anda individu bekerjaya dan kurang mendapat diet yang seimbang? Ingin tahu suppliment apa yang boleh membantu anda mendapat kulit yang cantik serta kesihatan dan tenaga yang berpanjangan?

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.Com

Friday, 6 December 2013

Sayangnya Allah Pada Wanita

20131206-174918.jpg

25 ganjaran yang Allah berikan seorang isteri solehah.


1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,

2.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,

3.Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,

5.Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6.Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7.Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8.Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9.Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan
seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11.Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21.Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22.Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

23.Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25.Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Ayuh, tanamkan azam untuk menjadi Isteri Solehah idaman Suami Soleh ^__^

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com

Thursday, 5 December 2013

Omega Guard Untuk Semua

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. Disember dah 5 hari berlalu, tapi harini baru berkesempatan nak update blog. Hmmm.... Semakin hari semakin bizi. Walaupun bekerja di rumah, pm-pm customer yang masuk berderet nak kena reply. Ada yang baru nak beli, ada yang nak repeat order, ada yang dah beli and minta pandangan. Alhamdulillah rezeki dari Allah. In sha Allah semua pm akan saya sambung reply dan saya menjanjikan servis sebaik mungkin.

Ouhh.. Panjang nya intro.

Okla.. Balik pada topic asal. Harini nak cerita pasal Omega Guard. Seperti semua tahu, bulan ni Disember adalah promotion untuk Omega Guard. Sejak 1 Disember ia dilancarkan, pm/sms/wasap bertalu-talu masuk tanya pasal omega. Mendapat sambutan hangat betul. Ye lah.. Mana tak nya.. Harga sempena promo ni memang sangat berbaloi. Dari 3 angka, sekarang cuma 2 angka je.. Siapa tak nak kan..?

Kenapa Omega ni sangat BEST? Mestilah sebab khasiat dan manfaatnya untuk semua lapisan umur dan jantina. Jom kita tengok kelebihan dan khasiat Omega Guard Shaklee.

Kelebihan Omega 3 Shaklee:

➥ Diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.

➥ Berbeza dengan produk omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semula jadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu capsule Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan HDA.

➥ Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Tetapi tahukah anda, kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Di Shaklee, kaedah ultratulen bergred farmaseutikel teknologi terkini digunakan untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan merbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl; merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik)

24 Khasiat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita

2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan

3. Mencegah salur darah dari tersumbat

4. Omega 3 dapat mengelakkan strok

5. Mengekalkan tekanan normal darah

6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher

7. Mengurangkan sakit kepala

8. Merendahkan kolestrol

9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan

10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL

11. Mengawal masalah obesiti

12. Mengurangkan risiko penyakit jantung

13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin

14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak

15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak

16. Membantu menyihatkan paru-paru

17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll

18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)

19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang

20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.

21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan

22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik

23. Memelihara fungsi-fungsi sendi

24. Mencegah penyakit gout

Siapa yang perlukan sebotol Omega Guard Shaklee?

✔ Ibu hamil
✔ Ibu menyusu
✔ Kanak-kanak yang sering jatuh sakit
✔ Pelajar genius
✔ Anak yang hilang fokus di dalam kelas
✔ Individu berkolesterol tinggi/darah tinggi
✔ Obesiti dan lemak berlebihan
✔ Individu berisiko strok
✔ Pesakit Gout
✔ Pesakit athma/eczema
✔ Golongan yang sentiasa sibuk dan tidak mengamalkan pemakanan seimbang

20131205-142119.jpg

Setiap golongan berbeza dose yang diperlukan. Jadi pastikan anda mendapat khidmat nasihat dan cara pemakanan yang betul bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

Atau jika anda menjadi pelanggan kami MIGShoppe, secara automatik anda akan mendapat FREE CONSULTATION tanpa dikenakan cas. Bagaimana??

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.Com