Get me outta here!

Tuesday, 31 December 2013

4 Makanan Punca Penuaan

Awas! Ketahui 4 Makanan Mempercepatkan Penuaan

4 makanan ni memang selalu kita ambil dalam diet harian. Jadi, berhati-hati dan kurangkan pengambilan. Bukan tak boleh langsung, tapi kena kurangkan.

✰ Garam
Pengambilan garam berlebihan boleh melemahkan kulit (menyerang kolagen) dan menyebabkan bengkak bawah mata. Selain itu, seperti yang kita ketahui, garam berlebihan juga boleh mengakibatkan penyakit darah tinggi.

✰ Gula
Kajian mengatakan, gula berlebihan boleh menambahkan laluan insulin yang memberi kesan pada salur darah serta mempercepatkan proses penuaan. Kurangkan pengambilan gula untuk seminggu dan anda akan lihat kulit anda lebih segar dan berseri. Wow! Macam tak percaya kan.

✰ Kopi
Kopi panas memang sedap, tambah lagi minum petang-petang cicah dengan biskut kering. Emm.. Tetiba lapar pulak. Tapi, efek pengambilan kopi berlebihan selain akan meng'hodoh'kan gigi yang putih, ia juga akan mengeringkan tubuh kerana sifat kopi yang 'hydrate'.

✰ Makanan Pedas
Masak lemak cili api, sambal belacan, asam pedas memang sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Adat orang melayu tak lengkap kalau tak pedas. Realitinya, walaupun makanan pedas sangat baik untuk metabolisme, tetapi bagi sesetengah orang ia tak elok untuk kulit. Ia boleh mengembangkan salur darah terutama bagi orang yang mengalami rosacea atau menopause. Kapilari inilah yang membuatkan kulit kelihatan tua berkedut serta kusam.

Jadi macam mana? Masih nak teruskan? Semuanya feveret kita. Sebaiknya kurangkanlah pengambilan dalam setiap hidangan. Selain untuk mengelakkan penuaan, ia juga untuk kesihatan yang berpanjangan.


20131231-162654.jpg

📡📡 Jom order Omega Guard pada harga LUAR BIASA MURAH. Last day promotion, till 11.59pm jew!!

0 comments:

Post a Comment