Kajian Kementeraian Kesihatan Malaysia pula menunjukkan 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan telah berada dalam atahap kritikal dan sukar dipulihkan serta berkemungkinan membawa maut. Antara faktor utama adalah pesakit lebih dulu mencari rawatan tradisional dan hanya mendapatkan rawatan klinikal apabila sudah kritikal. Berbeza keadaannya dengan negara maju di mana statistik menunjukkan 80 hinggan 85% peratus pesakit kanser payudara dapat menjalani kehidupan seperti biasa setelah menjalani rawatan peringkat awal, berbanding hanya 58% sahaja di Malaysia.
Sejarah Kanser Payudara
Kanser Payudara adalah merupakan kanser tertua di dunia yang diketahui oleh manusia sebagai kanser ketumbuhan dalam manusia. Penghuraian tentang kanser telah pun diketahui oleh orang Mesir purba sejak berkurun lamanya (walaupun istilah kanser/barah tidak digunakan ketika itu) iaitu lebih kurang 1600 BC.
Menurut huraian Papyrus Edwin Smith, terdapat 8 kes ketumbuhan atau ulser pada payudara yang dirawat dengan kaedah pengkauteran, dengan menggunakan "fire-drill" (gerudi dan bakar tisu kanser yang bertujuan untuk membunuh sel-sel kanser). Sehingga kini, konsep ini masih diguna pakai walaupun tanpa pembakaran. Daripada maklumat yang diperolehi dari Papyrus Edwin Smith, tiada cara untuk merawat penyakit ini dan terdapat satu kes lelaki menghidap penyakit ini. Selama berabad-abad, para doktor tidak menemuai cara untuk merawat kanser ini.
Tetapi, pada kurun ke-17, setelah pemahaman tentang sistem peredaran darah meluas, para doktor telah berjaya memahami hubungan antara kanser payudara dengan nodus limfa di ketiak. Pakar bedah berbangsa Perancis Jean Louis Petit (1674-1750) dan pakar bedah berbangsa Scottish Benjamin Bell (1749-1806) merupakan antara pakar bedah yang terawal yang berjaya membuang nodus limfa, (kanser) tisu payudara dan otot dasar dada.
Seterusnya misi mereka diteruskan oleh William Stewart Halsted yang memulakan masektomi (merupakan prosedur pembedahan) pada 1882. Beliau dikenali kerana Halsted masektomi yang radikal, satu prosedur pembedahan yang kekal popular sehinggan 1970-an.
Rawatan Kanser Payudara
Rawatan utama barah payudara adalah PEMBEDAHAN, dengan kemungkinan diikuti KIMOTERAPI dan/atau RADIOTERAPI.
Bergantung pada tahap dan jenis tumor, hanya jenis lumpektomi (pembuangan ketulan) sahaja diperlukan atau pembuangan tisu payudara yang lebih besar mungkin diperlukan. Pembedahan pembuangan keseluruhan payudara dikenali sebagai masektomi.
Langkah biasa memerlukan pakar bedah memastikan bahawa tisu yang dibuang dalam operasi mempunyai lebih bebas dari barah, menunjukkan barah telah di buang sepernuhnya. Jika tisu yang dibuang tidak sepenuhnya, pembedahan lanjut bagi membuang lebih banyak tisu diperlukan. Kadang kala ini memerlukan penyingkiran sebahagian daripada otot utama pektoralis yang merupakan otot utama dinding dada anterior.
Semasa pembedahan, nodus limfa pada axillia juga dipertimbangkan untuk dibuang. Pada masa lalu, operasi axillary besar membuang 10-40 nodus limfa untuk memastikan sama ada (mengelak daripada) barah merebak. Malangnya ini memberikan kesan sampingan iaitu menyebabkan lymphedema pada tangan sebelah yang sama pada pemindahan ini kerana banyak nodus limfa bersambungan dengan saliran sistem limfa telah dibuang.
Pencegahan Kanser Payudara
Sebagai wanita yang berisiko menghidap penyakit merbahaya ini, sebaiknya kita ambil langkah-langkah pencegahan dari awal. Sesiapa sahaja berpotensi untuk menhidapnya terutama jika anda berusia 30-an dan masih belum mempunyai anak.
Berikut adalah sebahagian dari langkah-langkah pencegahan yang boleh kita amalkan.
♟Say No to ALCOHOL
Kajian mendapati wanita yang mengambil minuman beralkohol berisiko tinggi untuk mendapat kanser. Berdasarkan kajian wanita yang mengambil 2 hingga 5 minuman alkohol setiap hari mempunyai 1½ kali risiko berbanding wanita yang tidak mengambil alkohol. Satu gelas wain setiap hari sebagai contoh mempunyai risiko sebanyak 7%. Risiko ini tidak termasuk faktor risiko yang lain seperti kaum, berat badan, sejarah kanser dalam keluarga, umur mendapat haid atau menapause bermula. Jumlah kehamilan, faktor penyusuan anak, dan penggunaan pill perancang.
♟No SMOKING
Merokok bukan sahaja mengundang kanser paru-paru, malah juga kanser payudara. Remaja wanita yang merokok berisiko mendapat kanser payudara kelak. Selain kanser, merokok juga boleh memudaratkan jantung anda. Jika anda seorang perokok, ini adalah masa yang tepat untuk hentikan tabiat tersebut.
♟ Senaman
Kajian menunjukkan bersenam dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser payudara. Dengan hanya berjalan sebanyak 1.25 hingga 2.5 jam seminggu sudah cukup untuk mengurangkan risiko kanser payudara di kalangan wanita sebanyak 18%
♟ Sejarah Keluarga
Para saintis mengenal pasti bahawa baka kanser payudara yang rosak sebagai BRCA1, BRCA2 dan TP53. Ia merupakan punca kanser payudara berlaku di kalangan ahli keluarga. Jika anda pembawa salah satu daripada baka kanser payudara ini, risiko anda mendapat kanser payudara seumur hidup adalah 85%.
Jika seorang daripada ahli keluarga anda menghidap kanser, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan langakh pencegahan awal. Hanya 5 dalam setiap 100 kes mempunyai talian keturunan dengan baka kanser payudara.
♟ Elakkan pengambilan terapi penggantian hormon (HRT)
Kajian mendapati tersapat pertalian rapat antara pengambilan HRT untuk satu tempoh dengan kanser payudara. Ini kerana kandungan HRT (estrogen dan progesteron) meningkatkan risiko mendapat kanser. Dianggarkan terdapat lebihan 19 kes bagi setiap 1000 wanita yang mengambil HRT untuk tempoh 10 tahun. Bagaimanapun 5 tahun selepas berhenti faktor risikonya kembali normal. Jika anda perlu mengambil HRT, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
♟ Pemeriksaan Payudara Sendiri
Langkah ini tidak mengurangkan risiko kanser, namun ia dapat mengesan kanser lebih awal yang akan menjamin anda mendapat rawatan yang kurang agresif, selain menyelamatkan payudara anda!
Ia perlu dilakukan sebulan sekali. Caranya melibatkan penelitian mengenai perubahan pada payudara sekiranya ada sebarang ketulan atau nodus. Ikuti cara pemeriksaan payudara di SINI.
♟ DIET
Kegemukan dan lemak berlebihan mengeluarkan hormon estrogen yang memainkan peranan besar dalam perkembangan kanser. Namun jika berat badan anda berlebihan sebelum menopuse, risiko mendapat kanser payudara lebih rendah berbanding selepas menopause. Jika anda tergolong dalam kategori GEMUK dan lemak berlebihan, sila klik link ini.
♟ Ujian MAMOGRAM
Seperti pemeriksaan payudara, ujian mamogram juga hanya untuk mengesan, bukan mencegah. Ini kerana ujian mamogram mampu mengesan ketulan yang lebih kecil berbanding melalui pemeriksaan. Ia juga mampu mengesan sel kanser yang tak dapat dirasa dengan tangan
Bila anda perlu menjalani ujian mammogram?
Garis panduan sedia ada untuk wanita yang tidak mempunyai tanda-tanda berkaitan payudara adalah:
Umur 35-40: satu mammogram diperlukan
Umur 40-49; mulakan mammogram setiap tahun
Umur 50 ke atas: lakukan mammogram satu atau dua tahun sekali bergantung kepada faktor seperti terapi penggantian hormone (HRT) dan profil risiko seseorang.
♟ Mempunyai anak
Wanita yang mengandung dan melahirkan anak sebelum usia 30-an, dapat mengurangkan risiko mendapat kanser. Ini kerana ia meningkatkan protein p53 yang dapat melindungi wanita dari kanser payudara. Juga hamil menyekat kitaran haid dan seterusnya melindunginya daripada kanser payudara dan serviks.
♟ Penyusuan anak
Amalkan penyusuan anak selama 2 tahun. Kajian menunjukkan tempoh kedatangan haid ibu hamil dan menyusu mengurangkan risiko kanser. Begitu juga wanita yang menopause awal .
♟ Multivitamin
Pengambilan multivitamin yang mengandungi vitamin C, Vitamin E dan Minyak Ikan dapat menentang pembiakan sel-sel kanser. Ini sebagaia langkah pencegahan terutama bagi individu yang tidak mengaamalkan pemakanaan seimbang.
Ambil langkah bijak dengan segera untuk mencegah ia dari menjadi barah. MENCEGAH LEBI BAIK DARI MERAWAT.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kanser payudara bukanlah satu hukuman mati. Dengan cara pengesanan yang lebih canggih dan rawatan yang lebih efektif, peluang untuk sembuh lebih baik. Namun, Kanser Payudara mungkin menjadi satu Hukuman Mati Akibat Kecuaian.
Hubungi saya segera untuk mendapatkan dengan HARGA ISTIMEWA dan KONSULTASI PERCUMA.
sms/whatsapp/wechat: 0192156963
Email: migshoppe@gmail.com
ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe
FB Fanpage:FamiliSihat.Com
P/S: Segala penulisan tentang produk di blog ini adalah bukan bertujuan merawat, mendiagnose atau menyembuhkan penyakit. Jika anda mengalami masalah kesihatan, digalakkan untuk mendapatkan nasihat pakar perubatan.
Nak tanya punca utama payudara senak,adakah mslah ni bahaya?
ReplyDeleteHi Puan Ummie, maaf kurang jelas dgn maksud payudara senak. Jika puan rasa ada ketulan atau benjolan di sekitar payudara, sebaiknya buat pemeriksaan lanjut di hospital utk memastikan samada ia kanser atau hanya kelenjar ;)
ReplyDelete