Get me outta here!

Monday, 30 December 2013

Turunkan Berat Badan Dalam Pantang

Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang perlu dititikberatkan bagi ibu-ibu yang baru melahirkan. Ini penting bagi mempercepatkan proses pemulihan luka bersalin serta mengembalikan tenaga. Jom ikuti amalan diet yang seimbang yang disarankan bagi ibu-ibu dalam pantang.

baby feet 0009


✯ Jangan tinggal sarapan pagi

✯ Amalkan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran

✯ Banyakkan makanan berserat tinggi seperti oat, kekacang, lentil, bijirin dan biji-bijian

✯ Pastikan menu ada mengandungi makanan berkanji seperti roti, nasi dan pasta (lebih baik jika bijian penuh untuk menamaabah serat)

✯ Kurangkan makanan bergoreng, makanan segera, konfeksi, kek dan minuman bergas yang mana mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi

✯ Kawal saiz hidangan pada waktu makan dan jenis snek serta kekerapan anda mengambilnya di antara waktu makan

Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi, anda memerlukan lebih kalori berbanding ibu yang memberi susu formula. Oleh kerana badan anda memerlukan lebih tenaga untuk menghasilkan susu untuk bayi, maka, anda memerlukan antara 300-500 lebih kalori setiap hari. Walau bagaimanapun, tenaga tambahan ini boleh diperolehi daripada simpanan lemak sedia ada.

Ini bermakna menyusu badan juga boleh membantu mengurangkan berat badan dan ia adalah cara yang selamat dan paling semulajadi. Ketahui cara kami kurus dengan menyusu di sini

0 comments:

Post a Comment