Get me outta here!

Tuesday, 11 February 2014

10 Tanda Anda Hamil

Adakah anda mengalami situasi seperti di bawah? Jika ya, tahniah! Anda Hamil!

[caption id="attachment_1509" align="alignright" width="242"]Bukan semua tabiat mengidam disebabkan hamil. Bukan semua tabiat mengidam disebabkan hamil.[/caption]

MENGIDAM - Mengidam kepada sesuatu makanan atau minuman biasa berlaku di kalangan ibu-ibu hamil. Tetapi, janganlah terlalu percaya kepada tabiat ini kerana ia mungkin juga petanda yang badan anda kekurangan sesuatu nutrien melainkan ia diikuti dengan simptom-simptom lain yang akan disenaraikan.

WARNA AEROLA MENJADI GELAP - Perhatikan kulit disekeliling payudara anda. Jika ia kelihatan agak gelap, kemungkinan besar persenyawan telah berjaya. Namun, ia juga mungkin menandakan ketidakseimbangan hormon ynag tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun kesan daripada kehamilan terdahulu.

PENDARAHAN ATAU KEJANG AKIBAT IMPLANTASI - Anda mungkin akan mengalami pendarahan implantasi iaitu terdapat tompok-tompok darah bewarna merah jambu atau kecoklatan selepas 8 hari ovulasi. Ia juga boleh diselangi dengan kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Namun, harus diingat anda mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid.

KERAP MEMBUANG AIR KECIL - Sebaik sahaja embrio melekat dan menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mula dapati anda akan kerap ke tandas untuk membuang air kecil.

KELETIHAN - Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa teramat letih seolah baru selesai berlari maraton.

PAYUDARA MELEMBUT DAN MEMBENGKAK - Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin lebih sensitif terhadap sentuhan. Perkara yang sama turut berlaku jika anda hamil cuma dalam tahap yang sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang

DERIA RASA BERUBAH - Perhatikan jika terdapat perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di tekak  dan sesetengah yang lain pula tidak dapat menahan bau kopi atau teh yang sememangnya mereka sukakan kebiasaannya.

MABUK HAMIL/ MORNING SICKNESS - Jika anda bernasib baik, anda tidak mengalami mabuk hamil sehingga beberapa minggu persenyawaan. Lebih bertuah jika anda langsung tidak mengalaminya sepanjang kehamilan. Namun kebiasaannya, selepas 2 hari persenyawaan, anda akan mula berasa loya, mual dan tidak sedap perut. Dan ia  bukanlah berlaku hanya pada waktu pagi.

Bagaimana mengatasi "morning sickness"? KLIK  DI SINI

LEWAT HAID - Paling pasti anda hamil bilamana haid yang selama ini teratur tiba-tiaba pada bulan tersebut langsung tiada. Lebih elok jika terus lakukan ujian kehamilan.

[caption id="attachment_1508" align="aligncenter" width="326"]Lewat haid salah satu tanda anda hamil! Lewat haid salah satu tanda anda hamil![/caption]

UJIAN KEHAMILAN POSITIF - SAH anda hamil jika ujian kehamilan anda POSITIF. Segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat selanjutnya.

Langkah seterusnya, pastikan anda mendapatkan makanan yang seimbang dan berkhasiat dan jangan lakukan kerja-kerja berat terutama di awal-awal kehamilan. Sekiranya anda tidak sihat dan memerlukan anda mengambil ubat lain, pastikan anda mendapat preskripsi yeng betul dan selamat dari doktor anda.

Ingin mencuba Set Kehamilan Shaklee? SELAMAT untuk ibu dan bayi. Boleh hubungi saya untuk HARGA ISTIMEWA.

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

1 comment:

  1. […] Pendarahan implantasi  iaitu pelekatan  telur yang telah disenyawakan pada lapisan uterus. Pendarahan seperti biasanya […]

    ReplyDelete