Get me outta here!

Wednesday, 12 February 2014

Bahayakah Pendarahan Semasa Hamil?

darah-keguguran

Pernahkah terjadi kepada anda pendarahan semasa hamil? Sebenarnya ia adalah perkara biasa. Ia dipanggil Spotting iaitu pendarah ringan dari faraj. Ia seperti haid, tetapi lebih ringan dan warna darah juga berbeza iaitu agak coklat. Kira-kira 15-25% wanita hamil mengalaminya pada awal kehamilan.

Anda lebih berpotensi untuk mengalami pendarahan ringan jika anda menjalani rawatan IVF atau rawatan lain yang serupa untuk membantu anda hamil. Ini disebabkan oleh cara bagaimana bayi anda disenyawakan. Dua embrio mungkin diletakkan ke dalam uterus  (rahim) dan keduanya mungkin lekat, tetapi salah satu daripadanya mungkin tidak kekal. Ini dipanggil kembar yang hilang, ia boleh menyebabkan pendarahan.

Dalam kebanyakkan kes, pendarahan ringan tidak mendatangkan masalah dan dianggap perkara biasa. Walau bagaimanapun, ia juga boleh memberi petanda kepada keadaan yang lebih serius seperti keguguran. Kerana itulah, anda dinasihatkan untuk mengambil serius terhadap sebarang pendarahan semasa hamil dan segera mendapatkan pemeriksaan doktor.

PUNCA UTAMA PENDARAHAN SEMASA HAMIL

Pendarahan ringan di awal kehamilan biasanya tidak membahayakan dan ia disebabkan oleh:

Pendarahan "penebusan" (breakthrough) iaitu hormon yang mengawal kitaran haid anda mencetuskan pendarahan apabila sampai waktu yang sepatutnya anda haid. Anda mungkin mengalaminya beberapa hari sekitar waktu anda sepatutnya haid sewaktu sebelum anda hamil

Pendarahan implantasi  iaitu pelekatan  telur yang telah disenyawakan pada lapisan uterus. Pendarahan seperti biasanya berlaku hanya satu hari

PUNCA LAIN PENDARAHAN SEMASA HAMIL

Perlu diingatkan, bukan semua pendarahan ringan di awal kehamilan adalah perkara biasa. Jika anda mengalaminya dan disertai sakit perut atau kekejangan, segeralah berjumpa doktor. Kerana ia mungkin disebabkan perkara yang lebih serius seperti:

Keguguran  - berlaku apabila bayi tidak berkembang dengan betul. Pendarahan yang disebabkan keguguran akan beransur-ansur menjadi banyak.

ektopik

Kehamilan ektopik - berlaku apabila telur yang disenyawakan melekat pada bahagian luar uterus. Pendarahan akibat kehamilan ektopik akan kelihatan lebih gelap dan cair seperti jus prune dan berlaku tanpa henti. Kehamilan jenis ini akan membuatkan anda sakit teruk, jadi ia harus dihentikan segera.

Mola_Hidatidosa_(Hamil_Anggur)

Kehamilan molar - menjejaskan 2.8 daripada 1000 kehamilan di Malaysia. Ia berlaku apabila embrio tidak membesar dengan sempurna tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal. Demi keselamatan anda, kehamilan molar perlu dihentikan.

TIPS UNTUK MENGHADAPI SITUASI PENDARAHAN SEMASA HAMIL

Segera berjumpa doktor walaupun pendarahan anda telah berhenti - bertujuan untuk memeriksa tahap perkembangan kandungan anda

Sentiasa berfikiran positif

Ingin mendapatkan Set Kehamilan Shaklee dengan HARGA ISTIMEWA? Selamat, Semulajadi dan HALAL.

Hubungi saya:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

0 comments:

Post a Comment