Get me outta here!

Thursday, 6 February 2014

Makanan Semasa Berpantang

tour_midwife_400Walaupun kini kita berada di tahun 2014, era yang serba canggih dan berteknologi, namun pantang larang dan penjagaan ibu-ibu dalam pantang terutama di kalangan masyarakat Melayu masih lagi diteruskan hingga kini. Tak kiralah samada dari aspek perawatan, urutan, pemakanan dan penjagaan ibu dan bayi. Perkara ini sangat penting demi menjaga kesihatan berpanjangan si ibu dan bayi serta keharmonian rumah tangga.

Kali ini saya ingin kongsikan beberapa panduan pemakanan yang boleh dan tidak boleh diambil oleh ibu-ibu yang sedang berpantang.

➨ MAKANAN YANG BOLEH MAKAN

✔ Ikan haruan, ikan yu, bawal putih, belut

✔ Ulaman tempatan seperti halia, lengkuas, pegaga, pucuk mengkudu, kunyit, serai, ulam raja

✔ Burung puyuh, burung merpati

✔ Ayam kampung

✔ Jeli gamat

✔ Sayur sawi

✔ Makanan yang boleh memanaskan badan

➨ MAKANAN YANG TIDAK BOLEH MAKAN

✔ Makanan atau minuman yang berbisa seperti air tebu, air bergas, nenas, makanan laut

✔ Makanan yang menyebabkan kegatalan seperti telur, udang, sotong, ayam (kecuali ayam kampung)

✔ Makanan yang berangin seperti nangka, petai, pulut, ubi kayu

✔ Kurangkan makanan yang berlemak

✔ Ikan jenis gatal dan berbisa seperti terubuk, ikan duri, cencaru

✔ Sayuran menjalar dan sejuk seperti kangkung, timun, kobis, bayam, labu

PANTANG LARANG LAIN:

✔ Mesti makan nasi panas. Jangan sesekali makan nasi sejuk

✔ Makan ikan segar

✔ Jangan makan ikan masin kerana boleh menyebabkan darah nifas cepat kering dan berbau busuk serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental

✔ Digalakkan minum air rebusan manjakani atau akar kayu untuk membuang angin, mencuci darah & kotoran melalui peluh, mencuci pundi kencing & saluran usus

✔ Jangan minum air dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa, sebaiknya minum sikit-sikit tapi kerap. Digalakkan minum air masak suam 3L sehari

Pastikan ibu-ibu mengamalkan Set Bersalin yang sesuai untuk ibu dan tidak memberi kesan sampingan kepada bayi. Carilah set-set yang boleh memberi tenaga, mempercepatkan penyembuhan luka bersalin serta meningkatkan penghasilan susu ibu kerana tempoh berpantang adalah tempoh yang penuh dugaan kepada si ibu. Ini kerana si ibu terpaksa berjaga malam dan perlu sentiasa bersedia untuk menyusukan bayi bila-bila masa. Dunia kita adalah dunia baru buat bayi anda, dia masih belum menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Bayi anda akan kerap bangun malam dan meminta susu tak kira masa. Jadi, ibu-ibu perlu mengumpul tenaga dan jangan mudah stress atau tertekan kerana ia boleh mengurangkan penghasilan susu.

Ingin mencuba Set Bersalin Shaklee yang memenuhi kriteria-kriteria di atas? Hubungi saya:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

* FREE CONSULTATION untuk customer yang membeli sebarang produk dengan saya.

##COD KLANG/SHAH ALAM/KELANA JAYA

##Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments:

Post a Comment