Get me outta here!

Wednesday, 5 February 2014

Amalan Ibu Mengandung

Persoalan yang sering ditanya oleh bakal-bakal ibu "apa yang perlu saya lakukan agar anak yang saya kandungkan ini menjadi anak yang soleh/solehah, pandai serta cantik wajah dan akhlaknya?"

Jom saya kongsikan amalan-amalan yang perlu ibu-ibu lakukan sepanjang kehamilan bagi mendapat anak yang diidamkan.bayi-dalam-rahim

Didikan Alam Rahim - pakar perubatan bersetuju bahawa anak-anak boleh dididik menjadi cerdik dan baik akhlaknya sejak dalam rahim lagi. Apabila usia kandungan meningkat 4 bulan, si ibu perlulah menjaga segala tindak tanduk serta emosi kerana pada tempoh ini, ALLAH S.W.T telah meniupkan roh ke atas janin yang dikandung. Ini bermakna, pada waktu ini, janin anda telah boleh mendengar dan mengamati suasana yang berlaku di sekeliling anda.

☂ Jaga Tingkah Laku - tidak dinafikan emosi ibu hamil sering tak stabil dan mudah terasa. Namun, si ibu perlulah bijak mengawal emosi serta menjaga tutur kata dan tingkah laku agar tidak menunjukkan akhlak yang kurang sopan. Sentiasa tuturkan dan perdengarkan perkara-perkara baik sepanjang kehamilan supaya akhlak yang baik ini diwarisi oleh si anak.

Beribadah - Pepatah melayu menyebut "ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi". Begitulah kita manusia. Jika ibu bapa rajin beribadat, in sha Allah anak-anak pasti mewarisi sifat itu. Anak-anak yang dibesarkan dalam suasana  tetap beribadah akan menunjukkan kesungguhan untuk bersembahyang dan memahami tuntutan itu setelah menginjak 2 tahun.

Komunikasi - Selain solat, ibu hamil digalakkan mengucapkan kalimah-kalimah Allah seperti berzikir, atau alunkan bacaan Al-Quran. Yakini anak di dalam kandungan mendengar suara ibunya dan mendoakan yang terbaik buat si ibu.

Amalkan surah-surah berikut:

surah-amalan-ketika-mengandungCredit to: PaMa

Sekian untuk manfaat bersama.

0 comments:

Post a Comment