Get me outta here!

Wednesday, 19 February 2014

Apa Itu Jaundis Pada Bayi?

baby03

Menurut Dr Azam Mohd Nor, Pakar Kardiologi  Pediatrik Hospital Perubatan Pantai, dianggarkan 60-70% bayi baru lahir akan mengalami demam kuning atau jaundice dan ia adalah perkara biasa.

"Jaundice merujuk kepada bayi yang mempunyai tanda seperti bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kekuningan. Warna ini dapat dilihat dengan lebih jelas pada bahagian muka, dada, perut, dan kaki apabila kulit bayi ditekan lembut dan akan bertukar kekuningan", katanya.

Dr Azam turut menasihatkan ibu-ibu muda supaya jangan risau sekiranya selepas dua hari dilahirkan bayi mengalami demam kuning kerana ini adalah fenomena biasa apabila darah pada bayi menjadi rosak, pecah dan dicernakan di dalam hati. Pencernaan dan penguraian komponen dalam darah ini akan menghasilkan bilirubin.

"Biasanya bilirubin akan dibuang melalui najis dan air kencing. Tetapi apabila terdapat terlalu banyak darah yang rosak dan pecah kemudian dihuraikan secara serentak dalam satu masa, tahap bilirubin dalam darah akan meningkat. Peningkatan bilirubin inilah yang dapat dikesan melalui kekuningan pada tubuh bayi", katanya.Newborn-jaundice

Ibu bapa perlu tahu bahawa setipa bayi mempunyai tahap kuning berbeza dan akan mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas lahir. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun ke kaki. Jaundis akan kelihatan di bahagian muka, diikuti dada, perut dan kaki.

Biasanya bacaan bilirubin akan meningkat pada hari ketiga, kelima dan ketujuh. Tahap bilirubin yang melebihi 85umo1/1 (5mg/dL) akan menunjukkan tanda kekuningan  dan sekiranya meningkat kepada 100umo1/1 ia masih dalam kawalan. Namun sekiranya dalam masa seminggu tahap bilirubin meningkat sehingga melebihi 340umo1/1  atau 21mg/dL, rawatan fototerapi akan dilakukan.

RAWATAN FOTOTERAPI

✰ Bayi hanya akan dipakikan kain lampin dan penutup mata

✰ Bayi  diletakkan di bawah lampu biru mengandungi 450 nano water

✰ Cahaya lampu ini berfungsi menukarkan bilirubin kepada biliverdin yang lebih "mesra tubuh" dan akan dikumuhkan melalui air kencing

✰ Sekiranya rawatan fototerapi gagal menurunkan tahap bilirubin sehingga bacaan meningkat kepada 428umo1/1  atau 25mg/dL, pemindahan darah terpaksa dilakukan

Jika rawatan pemindahan darah tidak dilakukan dan jaundis berlarutan sehingga 30 hari, bayi akan berisiko untuk menghidap pelbagi penyakit lain seperti radang hati, saluran darah tersumbat atau hepatitis. Lebih kritikal ia boleh menyebabkan kerosakan otak, sawan serta gangguan pendengaran.

BEBERAPA FAKTOR YANG MENINGKATKAN PARAS BILIRUBIN PADA BAYI NORMAL

Secara saintifik, antara faktor yang menyebabkan tahap bilirubin meningkat adalah:

✰ Bayi tidak diberikan susu ibu sepenuhnya

✰ Bayi pramatang atau dilahirkan tidak cukup bulan lebih berisiko untuk mendapat jaundice. Ini kerana hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat atau usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya terutama jika mereka tidak disusukan

✰ Bayi G6PD juga berpotensi untuk menghidap jaundice kerana sel darah merah mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek dan pecah dengan cepat

✰ Lebam pada badan bayi akibat proses kelahiran seperti kaedah vakum yang menyebabkan sel darah merah rosak dan perlu digantikan

✰ Darah ibu dan bayi tidak sesuai

✰ Ibu menghidap diabetes

✰ Penggunaan Oxytocin ketika proses kelahiran

✰ Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan lebih tinggi menghidap jaundice berbanding bayi perempuan

APA YANG IBU BAPA PERLU LAKUKAN?

✘ JANGAN biarkan bayi anda tidur lena dalam tempoh masa yang lama. Ini kerana tidur yang terlalu lama akan MENINGKATKAN tahap bilirubin kerana bayi tidak dapat menyusu dengan lebih kerap. KEJUTKAN bayi anda untuk menyusu 2 jam sekali. Semakin banyak susu ibu diberi, akan menggalakkan pergerakan usus  dan menyebabkan bilirubin dapat dikeluarkan melalui najis. Pastikan anda menyusukan bayi anda setiap 2 jam atau 12 kali sehari.

✘ JANGAN berikan AIR MASAK kepada bayi anda kerana ia TIDAK memberi tenaga ataupun khasiat kepada bayi anda.

✘ JANGAN sesekali berikan SUSU FORMULA pada bayi sebaik sahaja dilahirkan. Sebaliknya memberi lebih banyak RANSANGAN supaya bayi dapat menghisap dengan sempurna

✘ Amalkan makanan yang BERKHASIAT dan SEIMBANG untuk menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti. JANGAN RISAU atau STRESS kerana ia akan menyebabkan susu merosot. KLIK DI SINI untuk mendapatkan tips penyusuan yang betul

SEJAUH MANA KEBERKESANAN PETUA TRADISIONAL MENYEMBUHKAN JAUNDIS?

Ada beberapa petua tradisional yang sering diamalkan oleh ibu bapa yang dipercayai dapat menyembuhkan jaundis. Namun tiada kajian saintifik yang membuktikan keberkesanannya. Ibu bapa dinasihatkan mendapatkan nasihat pakar terlebiah dahulu sebelum mengamalkannya kerana khuatir akan mengundang masalah lain.

1) JEMUR DI BAWAH PANAS MATAHARI

Waktu yang dibenarkan adalah antara jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi selama 10 - 15 minit sahaja. Jika bayi didedahkan terlalu lama, bimbang akan mendatangkan masalah lain antaranya kerosakan retina dan strok. Kebanyakkan pakar tidak menggalakkannya kerana cahaya lampu di hospital sahaja yang terbukti memberi kesan positif kepada bayi

2) MINUM SUSU KAMBING

Tiada sebarang kajian atau bukti yang menyatakan minum susu kambing boleh menurunkan tahap bilirubin. Malah ia boleh menyebabkan masalah usus, atau cirit birit

3) MAKAN JAMU DAN HALIA

Pengambilan jamu dan halia yang keterlaluan akan mengurangkan enzim yang membantu dalam penyingkiran bilirubin apabila bayi disusukan

4) MEMBERI AIR GLUKOS PADA BAYI

Petua ini sangat bahaya kerana air glukos akan menyebabkan perut bayi kembung dan bilirubin tidak dapat dikeluarkan melalui najis, KLIK DI SINI untuk melihat tips atasi bayi kembung.

credit: myMetro

Ingin mendapat sebarang supplement Shaklee semasa dalam pantang atau dalam tempoh penyusuan? Boleh hubungi saya untuk dapatkan dengan HARGA ISTIMEWA!!!

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

0 comments:

Post a Comment