Get me outta here!

Thursday, 13 February 2014

Tanda-Tanda Awal Anda Bakal Bersalin

bersalin1

Anda sedang menunggu hari untuk bersalin? Ketahui 8 tanda-tanda awal anda bakal melahirkan dalam masa terdekat.

ENGAGES

Anda mungkin perasan kedudukan bayi anda lebih rendah di dalam abdomen anda. Ini menandakan bayi anda telah 'engages' dan mungkin akan keluar dalam masa terdekat. Bagi yang pertama kali menjadi ibu, bayi anda akan mula 'engages' dalam tempoh 2-4 minggu dari tarikh EDD. Manakala bagi yang pernah ada pengalaman, anda akan dapat bayi anda tidak engage sehingga kelahiran bermula. Ini kerana, otot pelvis telah pun diregang. Anda mungkin berasa "kosong" di bahagian atas abdomen dan mungkin berasa kepala bayi berehat di bawah tengah tulang pelvis anda.

KERAP MEMBUANG AIR KECIL

Semakin besar perut anda, semakin berat bayi anda dan kepala bayi pula terletak di bawah tengah tulang pelvis anda, berdekatan dengan pundi kencing anda. Oleh itu, anda akan kerap berasa ingin membuang air kecil kerana kepala bayi menekan pundi kencing.

SAKIT BELAKANG BAHAGIAN BAWAH

Semakin bayi anda membesar dan berada lebih rendah, anda akan berasa sakit di bahagian belakang dan pelvis anda akibat ligamen rahim dan pelvis anda diregang lebih.

BRAXTON-HICKS

Anda akan berasa kontraksi ini semakin kerap dan sakit seperti cramp yang dialami semasa datang haid. Kontraksi pra-kelahiran ini tidak sekuat kontraksi pengecutan kelahiran yang sebenar. Kontraksi ini sebenarnya membantu menipis, memendek dan membuka serviks anda. Ia akan berlangsung untuk 1 hingga 2 minggu sebelum kelahiran bayi. Kontraksi ini akan mula berkurang sekiranya anda menukar posisi atau mula berjalan.

CIRIT-BIRIT

Hormon kelahiran yang bertindak pada usus anda boleh menyebabkan kekejangan abdomen dan longgar. Pergerakan usus yang kerap boleh mengosongkan usus anda dan memberi laluan kepada bayi. Hormon kelahiran ini juga boleh membuat anda berasa loya.

KEPUTIHAN

Anda akan dapati lelehan lendir faraj ataupun keputihan agak ketara dari biasa. Ia adalah salah satu tanda untuk bersalin, namun jika ia diikuti dengan gatal-gatal, adalah dinasihatkan anda berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat. Ketahui lebih lanjut tentang Keputihan Semasa Hamil (KLIK DI SINI)

LENDIR PEKAT DAN PENDARAHAN

Plak mukus berlendir bekat dan berdarah. Apabila kepala bayi turun ke dalam rongga pelvis dan kontraksi Braxton-Hicks boleh menyebabkan plak mukus tertanggal. Plak mukus ini menghalang sebarang kemasukan benda asing ke dalam serviks  dan menghalang sebarang kuman merebak kepada bayi. Ketiadaan plak ini membolehkan bayi bergerak ke bawah lagi secara perlahan-lahan.

AIR KETUBAN PECAH

Hanya 1 dalam 10 ibu hamil mengalami kebocoran air ketuban Sebelum kelahiran. Hubungi doktor anda segera jika anda dapati air ketuban anda telah bocor. Kebanyakkan doktor akan mencetuskan kelahiran dalam tempoh 24 jam untuk mengelakkan jangkitan atau komplikasi lain.

Bagi ibu-ibu semua, berhati-hati sekiranya anda dapati salah satu daripada tanda-tanda bersalin yang dinyatakan di atas telah pun anda rasai. Beritahu pasangan anda agar beliau boleh bersiap sedia untuk menyambut kelahiran orang baru.

ibu hamil melahirkan

Ingin dapatkan Set Berpantang Shaklee dengan HARGA ISTIMEWA? Hubungi saya:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

Khidmat KONSULTASI PERCUMA bagi customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE  dengan saya.

##COD KLANG/SHAH ALAM/KELANA JAYA

##Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments:

Post a Comment