Get me outta here!

Friday, 7 February 2014

Kebaikan Susu Ibu

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus menghirup udara segar hari Jumaat. Hari ni nak berkongsi info yang kini semakin ramai ibu-ibu telah membuka mata iaitu khasiat susu ibu.

Di Malaysia kini, topik penyusuan susu ibu telah diangkat menjadi satu perkara penting yang sering dititikberatkan kepada bakal-bakal ibu atau pun ibu muda. Kita semakin didedahkan teknik cara-cara yang betul untuk mengendalikan susu ibu terutama bagi ibu-ibu bekerja. Kita lihat semakin ramai ibu-ibu yang mula belajar menggunakan pam susu supaya bayi mereka terus dapat menikmati susu ibu walaupun si ibu bekerja. Sana-sini di merata tempat telah ramai pakar laktasi yang dilantik untuk memberi bimbingan terhadap ibu-ibu yang menghadapi masalah penyusuan.

Ya!! Dunia susu ibu kini semakin berkembang. Kenapa agaknya ya? Kerana kita telah didedahkan tentang kebaikan dan manfaat yang ibu dan bayi perolehi daripada penyusuan.

Jom kita tengok apakah kebaikan yang dimaksudkan itu?

KEBAIKAN SUSU IBU KEPADA BAYI

[caption id="attachment_1484" align="alignright" width="300"]Cara lekapan yang betul semasa penyusuan Cara lekapan yang betul semasa penyusuan[/caption]

✧ Bayi menerima nutrien paling lengkap dan optimum secara terus untuk tumbesaran

✧ Bayi lebih mudah hadam susu ibu, mengurangkan risiko sembelit kronik, kolik atau masalah penghadaman

✧ Imunisasi bayi lebih kuat di mana bayi terlindung dari jangkitan, athma, alahan, kencing manis, obesity dan masalah lain

✧ Tiada bayi yang alah pada susu ibu

✧ Susu ibu tidak mengandungi sebarang unsur kimia

✧ Susu ibu meningkatkan kecerdasan otak dan sistem saraf

Always fresh dengan suhu yang sesuai dimana susu ibu menpunyai suhu badan yang sama dengan suhu badan bayi

✧ Mempunyai rasa yang berbeza, mengikut apa yang ibu makan. Oleh itu, ia merupakan pendedahan awal bayi kepada pelbagai rasa makanan melalui susu ibu

✧ Mengerat ikatan emosi antara ibu dan bayi

✧ Meningkatkan pembangunan emosi dan kerohanian bayi

KEBAIKAN SUSU IBU KEPADA IBU

✧ Menjimatkan kos

✧ Penyusuan membantu pengecutan uterus, serta mengurangkan risiko kanser payudara, rahim dan ovari

✧ Membantu ibu menurunkan berat badan kerana penyusuan turut membakar kalori

Jom kita tengok video di bawah:







Jika anda ingin dapatkan Set Penyusuan Shaklee, boleh terus hubungi saya:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

Khidmat KONSULTASI PERCUMA bagi customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE  dengan saya.

##COD KLANG/SHAH ALAM/KELANA JAYA

##Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments:

Post a Comment