Get me outta here!

Friday, 7 February 2014

Mengatasi Anak Bermasalah

Anak adalah anugerah Allah yang paling berharga. Anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Namun, sebagai manusia, kita tak terlepas dari kelalaian. Kekadang tugas mendidik anak diserahkan kepada bibik kerana ibu bapa terlalu sibuk bekerja.

anak degilDitambah lagi dengan faktor teknologi yang semakin berkembang menyebabkan pengaruh media masa, televisyen atau game alam maya memburukkan lagi keadaan. Jadi, bagi ibu bapa yang tersedar lebih awal, bersyukurlah kerana anda masih sempat membentuk kembali anak-anak anda ke acuan yang sepatutnya.

Dipetik daripada laman sesawang darussyifa.org, terdapat 2 kaedah untuk merawat anak bermasalah.

KAEDAH PERTAMA:

1) Sediakan air  masak

2) Bacakan doa-doa yang terdiri daripada ayat suci Al-Quran seperti Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1-5 (doa pelembut hati), Selawat Syifa', Selawat Tafrijiyah, Surah Al-Mukmin ayat 3 (doa menghindar maksiat) dan beberapa doa yang lain

Surah Toha ayat 1-5

3) Air tersebut kemudian diberi minum kepada anak dan boleh juga dibuat bilasan mandi

KAEDAH KEDUA

Kaedah ini dikatakan juga mujarab untuk merawat anak-anak bermasalah iaitu dengan memandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu dan bapa. Caranya:

1) Ibu bapa terlebih dahulu membersihkan anggota wuduk dengan sabun.

2) Setelah dibersihkan, gunakan air biasan untuk mengambil wuduk seperti biasa

3) Cara mudah, duduk atas kerusi dan letakkan bekas di antara kedua-dua kaki. Biar isteri menolong menuangkan air untuk berwuduk

4) Basuh kesemua anggota wuduk sebanyak 3x dan dimulakan dengan Bismillah. Berwuduk mengikut tertib dan rukun yang betul

5) Pastikan air lebihan wuduk tadi masuk ke dalam bekas yang ditadah

6) Setelah suami selesai, isteri pula melakukan perkara yang sama dan suami menolong menuangkan air untuk berwuduk

7) Setelah kedua-duanya selesai, air tadahan wuduk tadi dicampurkan dengan air biasa

8) Mandikan anak-anak anda dengan air tersebut

9) Selebihnya tawakal dan berdoa semoga dipermudahkan.

~ HAPPY SHARING ~

Ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee pada HARGA ISTIMEW?? Boleh hubungi saya:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

Khidmat KONSULTASI PERCUMA bagi customer yang membeli sebarang produk SHAKLEE  dengan saya.

##COD KLANG/SHAH ALAM/KELANA JAYA

0 comments:

Post a Comment