Thursday, 13 February 2014
Tips Atasi Bayi Kembung
Posted by Unknown on 2/13/2014 01:57:00 am with 1 comment
Masalah kembung perut kerap berlaku kepada bayi terutama yang berusia kurang dari 6 bulan. Oleh kerana ruang dalam abdomen (abdominal cavity) masih kecil berbanding dengan saiz organ dalam abdomen (usus, perut, hati, limpa, pundi air kencing), perut bayi boleh kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya normal.
ADAKAH KEMBUNG PERUT ITU NORMAL?
Biasanya masalah kembung dikaitkan dengan 'colic', iaitu keadaan di mana bayi akan menangis untuk beberapa jam tanpa henti, kelihatan sangat tidak selesa tanpa sebab yang munasabah, dan kemudian akan kembali normal. Hal ini akan berlaku beberapa kali dalam seminggu dan semakin bayi membesar, masalah ini akan semakin berkurang kerana bayi membesar dan menyusu dengan baik.
PUNCA-PUNCA PERUT KEMBUNG
1) Cara Menyusu Botol Yang Tak Betul - Terlalu condong, saiz lubang botol yang tidak sesuai (terlalu kecil) menyebabkan banyak udara ditelan dan menjadi punca perut kembung. Bayi juga seharusnya disendawakan selepas menyusu.
[caption id="attachment_1543" align="alignright" width="300"] Posisi Sendawakan Bayi[/caption]
2) Bayi menangis terlalu banyak, terlalu aktif kerana overstimulation pada hari tertentu boleh menyebabkan perut kembung.
3) Penghadaman susu yang kurang sesuai dan menghasilkan banyak gas
BAGAIMANA UNTUK ATASINYA?
1) Dukung bayi anda semasa menangis ataupun bedung dan letakkan bayi anda dalam 'baby coat', dalam suasana bilik yang gelap dan sunyi. Jangan keterlaluan meransang bayi anda semasa menangis
2) Ubatan seperti 'simeticone drops' dicampurkan dalam susu - untuk membantu membebaskan gas yang terhasil semasa penghadaman susu
3) Sapukan minyak 'essential oil' di bahagian badan seperti perut, pelipat dan tapak kaki
4) Tukar susu formula jika anda mengesyaki susu adalah puncanya
[caption id="attachment_1544" align="aligncenter" width="300"] Kaedah Urutan Bayi[/caption]
Berminat dengan sebarang supplement kesihatan Shaklee? Boleh hubungi saya:
sms/whatsapp/wechat: 0192156963
Email: migshoppe@gmail.com
ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe
FB Fanpage: FamiliSihat.com untuk CHAT secara terus.
Posted in bayi, botol susu, colic, essential oil, formula, gas, kembung, menangis, perut, Petua amp; Tips, sendawa, SHAKLEE, susu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
[…] air glukos akan menyebabkan perut bayi kembung dan bilirubin tidak dapat dikeluarkan melalui najis, KLIK DI SINI untuk melihat tips atasi bayi […]
ReplyDelete