Get me outta here!

Wednesday, 5 February 2014

Tips Mengatasi "Morning Sickness"

Mabuk semasa hamil atau lebih dikenali sebagai "morning sickness" sering terjadi kepada ibu-ibu hamil. Paling lazim terjadi pada awal kehamilan sekitar 3 bulan pertama. Namun ada juga ibu-ibu yang mengalaminya sepanjang 9 bulan kehamilan. Punca berlakunya simptom ini adalah kerana kehadiran hormon HCG yang dirembeskan terlalu banyak terutama pada awal kehamilan. Berikut disenaraikan 16 tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan simptom-simptom mual dan loya.

TIPS MENGURANGKAN "MORNING SICKNESS":

1) Makan cracker atau makanan ringan kegemaran anda sejurus bangun tidur bagi mengurangkan tahap keasidan perut anda dan menyimpan tahap gula dalam darah daripada jadi terlalu rendah.

2) Amalkan makanan kudapan setiap 2 jam bagi memastikan perut anda tidak kosong. Perut yang kosong akan meningkatkan asid dalam perut seterusnya mencetuskan loya.crackers

3) Snek sebelum tidur, salah satu cara mengatasi muntah.

4) Makan makanan yang boleh mencegah muntah serta loya seperti buah avocado, protein, keju, susu, yogurt, mentega kacang yang disapu pada roti atau cracker, pasta dan lain-lain.

5) Elakkan makanan yang boleh mencetuskan muntah seperti makanan berminyak, kafein, makanan manis dan lain-lain.

6) Makan makanan berasaskan halia, hidu bau lemon atau minum jus nya. Ini bertujuan meneutralkan asid dalam perut.

7) Asam untuk mengurangkan rasa loya.

8) Banyakkan pengambilan air masak (sekurang-kurangnya 10 gelas sehari) bagi menggantikan bendalir yang keluar serta mengelakkan sembelit.

9) Ambil vitamin pranatal yang dibekalkan selepas makan.

10) Elakkan minum air dalam kuantiti yang banyak semasa makan.

11) Ibu-ibu hamil akan mengalami perubahan hormon yang menyebabkan mereka sentiasa berasa panas yang boleh mencetuskan perut mual. Jadi, disarankan ibu-ibu hamil memakai pakaian yang sejuk dan selesa, dan juga elakkan berada di tempat yang panas atau sesak.

12) Jauhkan dari bau-bauan yang tidak menyenangkan.

13) Cuba teknik tarik nafas dalam dan panjang.

14) Tidur untuk mengelakkan rasa loya.

15) Sekiranya anda mengalami loya atau mual yang teruk, segeralah berjumpa doktor anda bagi mendapatkan preskrepsi yang bersesuaian untuk mencegah muntah.

16) Ambil supplement yang boleh mengurangkan gejala "morning sickness"

credit to: bayi-ibu.com

Sebarang pertanyaan tentang Set Kehamilan Shaklee atau lain-lain produk, boleh terus hubungi saya:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

1 comment: